Isnin, 24 Disember 2012

PANASS!! Pas Kedah Sudah Hilang Undi Pondok Pengajian Islam di Kedah!! #TukarKedah


Gelombang baru melanda Kerajaan Negeri Pas Kedah, apabila mereka kini tertekan disebabkan kehilangan sokongan dari Sekolah Pondok Pengajian Islam disekitar Kedah. Walaupun bukan semua, tapi majoriti mereka berasa tertipu dengan Pas Kedah.

Jika dulu mereka berasa gembira dan bersyukur dengan kemenangan Pas di Kedah, disebabkan mereka ingat Pas perjuangkan Islam dan mengutamakan Sekolah Pondok Pengajian yang terang-terang mendidik anak bangsa mendalami ilmu agama.

Namun, segala tanggapan dan impian mereka itu ternyata hanya mimpi di siang hari. Sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Segala harapan mereka terhadap Pas, musnah, lingkup dan terkubur.

Ternyata, Pas hanya memakai label ISLAM untuk meraih perjuangan kuasa dan politik, sedangkan didalam Pas tidak begitu, mereka hanya nampak harta peninggalan perang yang ditinggal oleh kerajaan terdahulu.

Sedang mereka sibuk mengaut kekayaan untuk diri dan kroni, Pas Kedah lupa akan sokongan akar umbi yang membawa mereka naik dulu. Mereka alpa dan bongkak dengan kuasa, langsung tak pandang kebawah. Akibatnya,Sekolah  pondok pengajian Islam dikampung-kampung ini langsung tidak dipedulikan Pas.

Kalau dahulu, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah (zaman BN) ada juga membantu, tapi kini, Kerajaan Negeri Pas Kedah, bukan kata nak bantu, nak tengok muka Tuan Haji kat pondok pun taknak. Bila minta bantuan, rasanya pelbagai alasan dan dalih yang mereka buat.

Dulu sebelum menang, pelbagai janji ditabur, hari-hari datang ke Pondok untuk ambil hati dan minta sokongan. Bila menang, bukan kata nak datang. Nak telefon tanya pun tidak, Tuan Haji kat pondok, kalau telefon, kena maki lagi ada la.

Itulah pejuang Islam yang selama ini mereka sanjung. Bila menang lupa diri, lupa asal, lupa segalanya. Agama tah ingat tah tidak, sokongan akar umbi pun mereka dah tak ingat.

Selama hampir 5 tahun menang, Pas Kedah tak pernah membantu pondok pengajian Islam. Tapi kalau markas dan Sekolah Agama Rakyat yang PRO PAS, berlambak-lambak duit turun. Apa saja yang berkaitan politik, itu yang mereka utamakan.

Itu cerita dahulu, selepas hampir 5 tahun, kini Tuan punya Pondok dah kenal yang mana kaca dan yang mana permata. Mana yang perjuangkan Islam, mana pula yang hanya bercakap saja pandai. Mereka berjanji, akan mengajar Pas dalam PRU yang akan datang.

Pas sudah kehilangan sokongan dari Sekolah Pondok, Pas telah membuktikan kepada akar umbi bahawa mereka hanya perjuangkan Islam untuk politik. Selain dari politik, mereka tak Islam, sebab itu mereka tak pernah pedulikan langsung kebajikan untuk umat Islam di Malaysia.

Mc percaya, kejadian ini bukan hanya berlaku di Kedah, malah diseluruh Malaysia ditempat yang dikuasai pembangkang. Belum menang janji lain, dan menang jadi lain. Jadi siapa yang lupa diri? Mari kita ajar mereka, biar mereka tahu siapa yang berkuasa nanti!


McTheory:
UMNO tak Islam? Atau Pas yang PERMAINKAN Islam?

Tiada ulasan: