Tercanting sebagai antara malam paling indah dalam hidup gua... bila dapat menyaksikan sebuah karya hebat di pentas teater, berjumpa dengan seorang negarawan ulung, Tun M dan Tun SH dan bersembang dengan selebriti/pengarah hebat Erma Fatima tentang perjuangan bangsa.
Terima kasih kepada Istana Budaya kerana memberi peluang kepada blogger2 UMB yang diketuai oleh Tun Faisal Ismail merakam kenangan bermakna sebelum berlabuhnya tirai pementasan teater "Dari Hati Seorang Perempuan" (DHSP), tribute untuk seorang isteri bekas Perdana Menteri Malaysia yang menjadi kecintaan seluruh rakyat jelata.
Tempoh pementasan 2 jam terlalu singkat untuk menceritakan segala hal yang diladeni oleh Tun Dr Siti Hasmah sebagai seorang isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun Erma Fatima telah menggarap semua detik penting dalam hidup mereka dengan penuh estetik.
Lisa Surihani dan Eja telah menampilkan lakonan mantap sebagai Tun Siti Hasmah semasa muda dan meningkat usia. Nazim Othman juga mempersembahkan peranan sebagai Tun Mahathir di usia muda dengan baik. Namun penghayatan Esma Daniel sebagai Tun Mahathir semasa dewasa/tua adalah tunjang kegemilangan teater ini.
Bermula dengan kisah cinta Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah di Universiti Malaya, Singapura hingga membawa mereka ke jinjang pelamin, mengimbau kesukaran 'Che Mah' sebagai doktor wanita Melayu kedua menangani persepsi penduduk kampung yang terlalu konservatif terhadap perubatan moden ketika ditugaskan di perkampungan terpencil di Kedah, hinggalah detik pahit dan manis yang dilalui oleh Tun Siti Hasmah bersama seorang suami yang lebih mementingkan rakyat dari keluarga beliau sendiri.
Saat paling mengujakan di akhir pementasan bila semua audien dikejutkan dengan kehadiran Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah di atas pentas.
"DHSP" adalah sebuah karya dari syurga kerana bukan sekadar sebuah autobiografi dalam bentuk teater, tapi membius mesej penting tentang pengorbanan keluarga, perjuangan bangsa dan memartabatkan maruah negara.
Tahniah kepada semua krew, pelakon, penerbit yang terlibat dalam pementasan teater ini... terutamanya Erma Fatima yang menjadi teraju utama yang meletakkan teater "DHSP" berdiri dalam kelas yang tersendiri.
lihat foto-foto lain di blog LENSALOKA
Tentang apa yang kami, blogger2 UMB sembangkan bersama Erma Fatima akan gua garap dalam entry akan datang... tunguuuu okeh!! ;-)
Memang terbaik!! Tapi Mc sedih kerana yang pergi tengok bukan Mc sendiri. Kawan-kawan dari UMB lain yang pergi tengok, cerita ni pun Mc ambil dari blog 1Peluru. Kalau diberikan peluang Mc nak pergi tengok sekali. Agak-agak teater ni sampai ke Kedah tak? Patut Ema Fatimah buat roadshow seluruh Malaysia.
McTheory:
Tentu seronok melihat watak 'Srikandi Malaya'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan