Jumaat, 21 Disember 2012
PANASS!! Polis Tangkap Suspek Pengaduhan Kaum di Sungai Petani!!
Nampaknya polis telah mula menangkap suspek punca pergaduhan di Sungai Petani. Mc harap, polis juga menangkap penyebar khabar angin cerita palsu ini. Semoga menjadi pengajaran pada yang lainnya.
SUNGAI PETANI - Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menghalang anggota polis menjalankan tugas meleraikan satu insiden pergaduhan yang berlaku di kawasan asrama Kilang MAAM, Taman Ria Jaya di sini pada 16 Disember lepas.
G.Magen, 23, R.Nares Kumar, 23, dan Cheng Kim Hong, 18, meminta dibicarakan selepas dituduh menyerang seorang anggota polis Koperal Saiful Rizan Mohd pada 5.30 pagi hari tersebut.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin, mereka didakwa mengikut Seksyen 152 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani menawarkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin, bagaimanapun mereka memohon pengurangan atas alasan tidak berkemampuan.
Majistret kemudiannya menetapkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh, dan menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan serahan dokumen.
Sementara itu, tertuduh kedua, Nares Kumar didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang, pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua
tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Nares Kumar yang mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan itu, ditawarkan oleh mahkamah ikat jamin RM6,000 dan menetapkan 21 Januari untuk sebutan semula kes.
Dalam perkembangan berkaitan, 10 daripada 13 suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret petang tadi, dibebaskan dengan jaminan sementara pihak pendakwaan melengkapkan kertas siasatan.
Selain Razali yang merupakan Ketua Unit Pendakwaan Negeri Kedah, pihak pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Anida Mohd Nasir.
Ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan