Sabtu, 8 Disember 2012

PANASS!! Rakyat Kedah Di Zalimi, Minta Kerajaan Pas Kedah Bertanggung Jawab!! #TukarKedah






Lebih 50 nelayan bot pukat tunda di Tanjung Dawai dekat sini mengadakan demonstrasi aman di hadapan jeti awam Jumaat, bagi membantah aktiviti mengorek pasir di perairan Kuala Muda, iaitu lima hingga 10 batu nautika dari Pulau Sayak dan Pulau Bidan.

Kumpulan nelayan itu mendakwa aktiviti mengorek pasir tersebut bukan sahaja menjejaskan hasil tangkapan mereka tetapi turut merosakkan pukat.

Wakil kumpulan nelayan itu Mokhtar Mohamad, 47, berkata aktiviti terbabit tidak diketahui bermula sejak bila, namun kesannya dirasai sekitar Julai lalu apabila ramai nelayan bot pukat tunda merungut mengenai pukat rosak dan tangkapan merosot.

"Banyak pukat yang rosak akibat tersangkut pada selut yang terhasil daripada aktiviti mengorek pasir itu, menyebabkan nelayan mengalami kerugian dan terpaksa membaiki atau membeli pukat baru.

"Kami tidak tahu syarikat mana yang bertanggungjawab terhadap aktiviti itu, malah kami juga tidak mempunyai maklumat sama ada mereka beroperasi secara sah atau tidak, sebab itu kami berharap agar pihak yang berkenaan dapat tampil bagi membantu menyelesaikan masalah ini," katanya ketika ditemui.- Media Kedah











Kerajaan Negeri Kedah nak tengok saja ka? Nak suruh sapa settle kes ni? Nak suruh kerajaan pusat settle ka, atau nak tunggu BN Kedah tolong settlekan? Kalau rasa dah takmau jadi kerajaan negeri, tolong bubar Dun sekarang laa.. Senang sikit kami nak buat kerja!

McTheory:
Rakyat Kedah makin bosan dengan kerajaan Kedah ni.. lemauu

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Azizan PAS BODO..BUBAR DUN sajalah!!! KUCAR KACIR Kedah jadinya!!