Selasa, 18 Disember 2012
PANASS!! Rakyat Kedah Terus Di Zalimi Oleh Kerajaan Pas Kedah!! #TukarKedah
Tragis bila Mc baca cerita yang dibawa oleh blogger Medan Tempur, tak sangka sejak Pas memerintah Kedah ni, keadaan ekonomi rakyat Kedah semakin teruk!
Baca apa yang si MTK ni tulis,
Sedih gila bila aku dapat tau ada satu keluarga yang hidup serba kekurangan ni terpaksa membayar bil air tertunggak hampir RM 1000..
Memang zalim betul Pas Kedah ni..Aku pun pelik macamana SADA ni kira bil, keluarga 3 beranak ni guna air takdak lah banyak sangat..Takkanlah kena cas sampai RM 100 sebulan..Gila ka apa SADA ni..
Kalau hangpa tak percaya tengok bil ayaq keluaran Syarikat Air Datuk Azizan (SADA) kat bawah ni
Pak cik yang tunjuk bil kat aku ni mengeluh, dah la ayaq kotoq macam selut, pelan pulak tu..Nak tahan ayaq dalam kolah kena tunggu 1 malam baru penuh..katanya lagi jiran dia rumah batu 2 tingkat pun tak bayaq bil ayaq sampai macam ni..Sedangkan anak beranak jiran dia lagi ramai..Pak cik ni pakai motor honda cup saja tak gaduh nak basuh tiap tiap hari..
Dulu pak cik ni bayaq ayaq dalam RM 15-RM20 saja .. Paling tinggi pun tak sampai RM30..Lepas pada tu makin lama makin tinggi, sampailah tertunggak sebab tak mampu nak bayaq banyak macam tu..
Dia pun dah tak tau nak buat macam mana lagi..Mintak tolong kat MKK pun tak jalan jugak..Harap nama saja parti Pas, tapi bila ada masalah langsung tak boleh pakai..Depa kata kami ada masalah lagi besaq, bila tanya masalah apa, depa jawap nak kempen PRU 13..Aku geleng kepala dengaq pak cik ni bercerita..
Jadi aku syorkan dia suruh pi dekat pejabat SADA, komplen sebab apa bil ayaq mahai sangat..Belum sempat aku nak habiskan ayat, pak cik tu kata " Dulu depa dah mai dah, haram tak buat apa apa, depa kata takdak masalah pun dengan meter ayaq dan paip..
Untuk selesaikan masalah pakcik tu buat sementara waktu, aku mintak dia bagi bil ayaq kat aku untuk dimasukkan dalam blog, untuk tatapan pembaca..Jadi aku bandingkan bil ayaq pak cik ni dengan manifesto Pas masa PRU 12 dulu..
Tengoklah sendiri apa dah jadi dengan Kedah lepas ditadbir oleh Pas..Dulu dalam manifesto kata nak turunkan kadar caj..Tapi bila dah pegang Kedah kadar cas ayaq naik sampai 30-80%..
Kalau berterusan macam ni, nampaknya makin teruklah rakyat Kedah..Dah la kualiti ayaq kat Kedah ni macam hampeh ja..Bayaq mahai, servis teruk pulak tu..
McTheory:
Mahukan perubahan? Undi BN, Kita Tukar Kerajaan Kedah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Untuk pengetahuan semua, dari pada pemerhatian, didapati caj bil air sada sejak 3 tahun lepas telah naik kadarnya hampir 100% (2 kali ganda) dari caj asal. Caj untuk masuk meter pun telah naik 2 kali ganda dari RM250 kpd RM500++.
Kerajaan negeri dan SADA menggunakan taktik halus mcm perompak, iaitu tidak mengumumkan kenaikan bagi menggelakan rakyat terhidu kerakusan mereka.
Dulu ayaq mata mat sabu bertaburan di serata pida dan juga lain2 tempat di seluruh Malaysia kerana ayaq kolam udang kerpan bercampur ayaq masin.. cuba periksa dah kering ke ayaq mata dia.. senyap saja langsung tak sebut lagi. aku rasa kalu cerita bil tinggi tu masa dulu sebelum pas perintah dah tentu mat sabu menangis dan meraung lagi macam dia menangis meratapi kolam udang kerpan.. taulah aku dulu dia teqhiyak sakan pasai cuma nak dapat sokongan bukannya ikhlas.. berlakun saja lebih.
Catat Ulasan