Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Kempen Selamatkan Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kempen Selamatkan Kedah. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Jun 2013

PANASS!! Ujian Getir Pertama Sebagai Menteri Besar Kedah!! #HanyaDiKedah


Kebanyakan rakyat Kedah bersyukur apabila BN berjaya menawan semula Kedah dari tangan Pakatan. Semoga ada perubahan yang dibuat oleh pimpinan baru Kerajaan BN Kedah yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato Paduka Mukhriz.

Semalam Mc ada keluarkan cerita parasit dalam SLC Kerajaan Negeri Kedah. Banyak juga benda yang parasit buat hingga boleh menjejaskan Kerajaan Negeri. Nak baca boleh klik SINI. Itu baru cerita SLC, belum lagi cerita di Wisma Darulaman. Kalau SLC pun dah kecoh, macam mana pula dalam Wisma ya? 

Apa yang rakyat Kedah tak tahu ialah, bagaimana MB baru kita ni nak bersihkan kembali organisasi dalam Wisma Darulaman yang telah tercemar dengan karat-karat hijau yang merosakan. Karat-karat hijau ni lah yang akan merosakan segalanya, kemungkinan sabotaj dari dalam atau cerita yang tak sepatutnya keluar juga akan disebabkan karat hijau ni.

Itu baru cerita karat hijau, belum lagi tunggul-tunggul kayu yang tak berguna dalam Wisma Darulaman tu. Tunggul kayu yang merasa diri mereka hebat kerana ada kuasa orang atas, pada hakikat yang sebenar, tunggul kayu yang patut dibuang dalam longkang!

Mc terpaksa mengunakan ayat 'persamaan' atas kerana bimbang rambut dalam tepung yang cuba ditarik oleh MB kita akan berselerak. Harap pembaca faham dengan apa yang Mc tulis. Kalau tak faham pun, buat-buatlah faham. Cuma apa yang Mc nak bagitau, sekarang adalah fasa paling sukar bagi seseorang pemerintah untuk menyusun organisasinya, namun ada pula sekumpulan bijak 'ter'lampau pandai, datang cuba mengawal MB dari membuat keputusan.

Alangkah baiknya jika Mc dapat meluahkan segala-galanya disini tanpa selindung dan segan silu. he he.. nescaya akan Mc terjah sekor-sekor manusia yang 'ter' lampau pandai itu. he he.. namun ini baru fasa permulaan bagi sebuah Kerajaan Negeri yang baru diambil alih.

Beri masa MB kita bernafas, tunggul-tunggul kayu kat Wisma tu jangan dok kacau MB laa.. hangpa pi buat kerja hangpaa..biar dia susun orang dia sendiri, dok sibuk buat apa. Sampai Setiausaha Akhbar MB pun hangpa nak tentukan, itu nampaknya dah tahap melampau!

Mc minta rakyat Kedah bersuara dan beri sokongan pada MB baru kita ni, rakyat Kedah lebih berhak bersuara dari mereka yang merasakan diri mereka pandai tu. Berdoalah supaya MB kita berjaya menepis segala ujian permulaan ini. Anggap ia ujian dari Allah.


McTheory:
Ya Allah Selamatkanlah Kedah dari tangan-tangan yang menghancurkan..

Selasa, 18 Disember 2012

PANASS!! Rakyat Kedah Terus Di Zalimi Oleh Kerajaan Pas Kedah!! #TukarKedah


Tragis bila Mc baca cerita yang dibawa oleh blogger Medan Tempur, tak sangka sejak Pas memerintah Kedah ni, keadaan  ekonomi rakyat Kedah semakin teruk!

Baca apa yang si MTK ni tulis,

Sedih gila bila aku dapat tau ada satu keluarga yang hidup serba kekurangan ni terpaksa membayar bil air tertunggak hampir RM 1000..

Memang zalim betul Pas Kedah ni..Aku pun pelik macamana SADA ni kira bil, keluarga 3 beranak ni guna air takdak lah banyak sangat..Takkanlah kena cas sampai RM 100 sebulan..Gila ka apa SADA ni..

Kalau hangpa tak percaya tengok bil ayaq keluaran Syarikat Air Datuk Azizan (SADA) kat bawah ni



Pak cik yang tunjuk bil kat aku ni mengeluh, dah la ayaq kotoq macam selut, pelan pulak tu..Nak tahan ayaq dalam kolah kena tunggu 1 malam baru penuh..katanya lagi jiran dia rumah batu 2 tingkat pun tak bayaq bil ayaq sampai macam ni..Sedangkan anak beranak jiran dia lagi ramai..Pak cik ni pakai motor honda cup saja tak gaduh nak basuh tiap tiap hari..

Dulu pak cik ni bayaq ayaq dalam RM 15-RM20 saja .. Paling tinggi pun tak sampai RM30..Lepas pada tu makin lama makin tinggi, sampailah tertunggak sebab tak mampu nak bayaq banyak macam tu..

Dia pun dah tak tau nak buat macam mana lagi..Mintak tolong kat MKK pun tak jalan jugak..Harap nama saja parti Pas, tapi bila ada masalah langsung tak boleh pakai..Depa kata kami ada masalah lagi besaq, bila tanya masalah apa, depa jawap nak kempen PRU 13..Aku geleng kepala dengaq pak cik ni bercerita..

Jadi aku syorkan dia suruh pi dekat pejabat SADA, komplen sebab apa bil ayaq mahai sangat..Belum sempat aku nak habiskan ayat, pak cik tu kata " Dulu depa dah mai dah, haram tak buat apa apa, depa kata takdak masalah pun dengan meter ayaq dan paip..

Untuk selesaikan masalah pakcik tu buat sementara waktu, aku mintak dia bagi bil ayaq kat aku untuk dimasukkan dalam blog, untuk tatapan pembaca..Jadi aku bandingkan bil ayaq pak cik ni dengan manifesto Pas masa PRU 12 dulu..



Tengoklah sendiri apa dah jadi dengan Kedah lepas ditadbir oleh Pas..Dulu dalam manifesto kata nak turunkan kadar caj..Tapi bila dah pegang Kedah kadar cas ayaq naik sampai 30-80%..

Kalau berterusan macam ni, nampaknya makin teruklah rakyat Kedah..Dah la kualiti ayaq kat Kedah ni macam hampeh ja..Bayaq mahai, servis teruk pulak tu..


McTheory:
Mahukan perubahan? Undi BN, Kita Tukar Kerajaan Kedah!

Sabtu, 15 Disember 2012

PANASS!! Kempen Selamatkan Kedah Dari Tangan Rejim Zionis PAS KEDAH!! #TukarKedah


Azizan sentiasa dibohongi oleh orang bawahannya. Pelbagai kontroversi melibatkan jutaan ringgit telah dibongkar. Mc diberitahu, banyak lagi skandal melibatkan kewangan dan salahgunakuasa yang belum dibongkar. Alamakk.. baru 5 tahun dah macam-macam?


Anda bosan dengan Pas Kedah? Selama 5 tahun langsung tiada perubahan? Rakyat Kedah bersatu bangkit TUKAR Kerajaan Negeri Pada PRU ke 13 nanti. Jangan bagi peluang pada malaun-malaun ini merosakkan negeri kita.

Jika Anda Mahu Selamatkan Kedah Dari Tangan Parti Pas!! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni


Setiap LIKE anda Amat Bermakna Bagi Kami!! Sila Sebarkan Kempen Selamatkan Kedah kepada rakan-rakan Anda. Bersatu kita menuntut perubahan!! Bersatu, Bersedia, Berkhidmat!!

Page Kempen Selamatkan Kedah boleh lawat kat SINI


McTheory:
Asyik nak bergaduh, bila lagi nak bersatu?