Wahh.. makin lama, semakin menonjol samseng Dap ni.
Semasa perasmian Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang, Lim Guan Eng DAP berkata :
Saya yakin dan percaya dengan wujudnya PPS ini, pasti akan dapat membantu kita dalam mencapai status negeri yang paling selamat untuk dilawati di negara ini.Yang amat memalukan ialah berita terbaru tentang seorang wartawan Guan Ming Daily yang dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai anggota PPS yang 'diyakini dan dipercayai' oleh anak Lim Kit Siang itu.
Di antara laporan tersebut :
Seorang wartawan akhbar berbahasa Cina terpaksa menghadapi detik mencemaskan apabila dia dibelasah empat lelaki, dipercayai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak di sini, awal pagi tadi.
Ang Kean Siang, 32 dari Guan Ming Daily juga mendakwa dia diugut dan kameranya dirosakkan oleh lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati kerana mengambil gambar kejadian seorang wanita ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 19 pangsapuri berkenaan.
Kean Siang berkata, dia bergegas ke pangsapuri berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.20 pagi.
Menurutnya, ketika dia mengambil gambar mangsa di tempat kejadian, tiba-tiba datang seorang lelaki memarahinya dan mengarahkan dia beredar dari tempat kejadian.
Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Kean Siang berkata, dia meninggalkan tempat berkenaan namun seorang lagi lelaki bermotosikal meghampirinya dan menawarkan untuk membawanya keluar dari kawasan berkenaan.
Beliau bersetuju dan membonceng motosikal berkenaan.Bagaimanapun, lelaki berkenaan membawanya ke kawasan kontena yang dijadikan pos kawalan PPS bagi kawasan Lorong Perak dan meninggalkanya di situ.
"Selepas ditinggalkan di depan pos kawalan PPS berkenaan, datang lelaki yang memarahi saya tadi yang dikenali sebagai Ah Chai bersama tiga lagi lelaki lain. Mereka terus memukul dan mengugut saya.
"Mereka juga merampas kamera dan menghempas ke lantai sehingga menyebabkan kamera saya rosak,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pagi tadi.
Kean Siang berkata, empat lelaki berkenaan bertindak memukulnya bertubi-tubi di bahagian muka, badan dan salah seorang daripadanya bertindak menendang kemaluanya. Seterusnya.
Lim Guan Eng disarankan supaya menjawab dakwaan wartawan tersebut tentang penglibatan anggota PPS dengan kadar segera supaya tidak menjejaskan imej pasukan itu.
Dan jika benar, ianya sudah pasti akan menambah malu kerajaan negeri yang ditadbir oleh Lim Guan Eng DAP.
Dalam masa yang sama, Mc sarankan juga agar anak Kit Siang DAP itu juga menjawab tentang pembohongan portal rasmi DAP tentang tanah perkuburan orang Islam. BACA SINI
Beranikah?
2 ulasan:
Apa lu cakap bro, ada kenyataan nya. You,ve made a legitimate staement. I am also a BN supporter since the symbol of the "kapal layar" days. Not my days but my grand daddy days and my father's days. But till today I still supported the "kapal layar" i.e the days when BN change the symbol to the dacing. When Tun Dr. M, took the helm of the BN , I've seen real positive changes towards the development of the government. He really got balls. He got the brains . Today, even when the cousin made a lot of blunders ,to the detrimental of Malaysia and the Malaysians ,still retained him with all the perks, for what? To please the family tree to the annoyance of the rests of the BN supporters? KDN , thats a tough ministry to handle. When the Tun Dr. M, he handles it himself, knowing how volatile it is with multi cultural ethnicity, then he appoints someone without blood ties, thus that someone handles it well with integrity and guts!Without fear or favour. With the failure of the cousin thru Bersih 1.2,3,4 and so on , he is a failure in the leadership of the country. Who is at the helm of that ministry to not oppose abolishing that ISA laws. Look at what is happening without ISA. Even the US of A have got got their homeland laws, and even the Brits. why are we the Malaysians Cabinets members so stupid to repeal this law?
Dap parti gengster, untuk bebas dari gengsterism vote bn in coming pru13.
Catat Ulasan