Nampaknya kisah rusuhan kaum di Sungai Petani masih lagi tidak selesai. Kali ni ada lagi kecoh-kecoh depan balai, Mc pun tak tahu pasai pa, mai kita baca apa yang si Pisau Kedah tulis.
Pelik sungguh la, macam mana kaum India dan kaum Melayu boleh berada di satu tempat yang sama mengadakan bantahan ni.. Ramai yang yang dok sebarkan sms, email dan bbm mengatakan Sungai Petani dah darurat akibat rusuhan kaum.
LIhat gambar-gambar yang diambil ini,
Sebenarnya gambar-gambar ini telah di ambil dari laman Facebook PDRM Kedah setelah beberapa NGO-NGO Melayu dan India serta Silat Gayong Pusaka mengadakan bantahan secara aman kepada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana cuba untuk menganggu gugat kemakmuran tanah air terutamanya di Sungai Petani dengan menyebarkan Maklumat PALSU berkenaan perkauman.
Pisau Kedah sendiri yang duduk di Sungai Petani tidak nampak sebarang rusuhan kaum yang berlaku, sebaliknya peristiwa yang berlaku pada 16 hb baru ini hanya membabitkan kumpulan samseng nak tunjuk hebat, bergaduh hanya kerana di sebabkan perlumbaan motor saja.
Hanya di sebabkan pergaduhan antara dua kumpulan Samseng, Masyarakat yang berbilang kaum hendak di seret bersama-sama supaya tercetusnya rusuhan kaum.
Sehingga semalam Pisau Kedah masih lagi menerima SMS yang berbaur hasutan supaya mencetuskan huru hara di Taman Keladi dari pihak tidak bertanggungjawab, apabila Pisau Kedah membuat panggilan kembali ternyata ianya di hantar oleh budak-budak belasan tahun yang masih mentah untuk menghargai keamanan negara.
Apabila Pisau Kedah bertanya di mana dia mengetahui maklumat ini, dia kata rakannya yang sms kepada dia dan dia tidak tahu akan kesahihan perkara yang di sampaikan benar-benar berlaku.
Ini menunjukan bahawa ianya hanyalah maklumat PALSU yang cuba di ada-adakan supaya timbulnya syak wasangka buruk kepada kaum lain.
Mari kita lihat gambar-gambar yang di ambil ketika bantahan aman kepada pihak yang tidak bertanggungjawap menyebarkan maklumat PALSU,
McTheory:
Kita buh penampaq saja sapa yang dok buat cerita bodoh ni!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan