Selasa, 11 Disember 2012

TUDIAA!! Keajaiban yang Berlaku Terhadap Wakil Rakyat Pas Kedah! #TukarKedah




Blogger Medan Tempur ada menulis mengenai keajaiban YB-YB Pas yang menjadi kaya sekelip mata setelah menjadi YB. Hebat bukan!! Patut la sekarang ni, puak Pas sanggup cantas mencantas untuk menjadi calon, rupanya ada peluang nak cepat kaya!


Cerita ni dah lama aku nak tulis, tapi memandangkan sibuk bekerja jadi aku terpaksa tangguh dulu cerita ni sebab nak beri laluan lintasan secara langsung PAU2012 baru baru ni..

Jadi bulan ni rasa ada masa sikit nak tulis cerita cerita sensasi pasal Adun Pas Kedah..

Beberapa bulan lepas aku dan beberapa orang dalam TMK ada buat satu Operasi Khas untuk melihat sendiri kemewahan beberapa orang ADUN Pas di Kedah seperti apa yang di emailkan kepada aku oleh sumber yang tidak dikenali yang mendakwa mereka sudah jemu dipermainkan oleh pemimpin mereka yang kini lebih suka mengumpul harta dan kekayaan dari mendengar rintihan penyokong sendiri..

Untuk nak pastikan berita yang aku dapat tu betul ke tak betul, kami TMK turun ke beberapa kawasan yang disebutkan..

Jadi dari seorang ke seorang Adun Pas kami jejaki, bertanya sumber sumber yang rapat dengan mereka..Akhirnya aku mendapat beberapa jawapan memberansangkan dan mampu menjawab segala
pertanyaan yang di emailkan kepada aku..

Cuba anda bayangkan baru sepenggal menjadi wakil rakyat, kereta mewah dah 3 buah..Rumah dari teres biasa dah ubah suai nampak macam nak jadi banglo.. Ada juga yang tengah menambah bilangan rumah dari sebuah menjadi beberapa buah.

Pelik jugakkan, wakil rakyat biasa yang tidak dilantik jadi exco hanya bergaji RM 4 ribu lebih mampu memiliki 2 hingga 3 buah rumah dengan 3 buah kereta mewah..Sedangkan latar belakang wakil rakyat Pas ni, kami kenal sangat sangat..

Hangpa tak pelik ka, dengan gaji RM 4 ribu tu lah nak bayar Rumah, kereta, anak bini, P.A, kerani..Agak agak cukup tak ?? RM 4112 cukup ka nak bayar semua tu ??

Jadi mana adun adun ni dapat duit ha ?? projek ke ? bisness kot tepi ke ? bawah meja ke ? Dalam duk jadi wakil rakyat pun, Adun Pas mampu buka restoran..Kira dasyat betul lah adun adun Pas ni..Baru sepengal jadi wakil rakyat dah mampu kumpul macam macam harta dan kemewahan..

Itu belum termasuk harta harta EXCO lagi..Agak agaknya berani ke EXCO EXCO dan Adun Adun Pas nak istihar harta sebelum bertanding PRU13 ni ?? Aku nak syorkan wakil rakyat Pas Kedah perlu istihar satu keluarga depa termasuk P.A sekali..Bukan apa, dengar cerita P.A wakil rakyat pun sama naik dengan bos depa..Masyukkk!!

Aku takmau tulis nama nama wakil rakyat Pas yang aku maksudkan kat atas tu..Cuma untuk penyokong Pas yang baca artikel ni aku harap hangpa tengok tengok la noo, pemimpin hampa tu macam mana..

Dalam ceramah selalu duk belakon susah sebab nak bagi hampa bagi derma..Tapi kot belakang hangpa, orang yang belakon susah tu dah dapat macam macam habuan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tengok contoh, bolehlah sesiapa check dgn adun belah kedalam sikit, kupang baling, bayu ( antara nyalah) kita boleh tengok P.A adun tu hari2 muka dia ada kat pejabat daerah Baling... Buat apa? Jwpnnya ialah menguruskan L.O dan inden kerja2 kawasan adunnya.... Jadi orang tengah, makan komisyen, atau jalankan sendiri kerja2 tersebut?. Tup2 tukar kereta baru, renovate rumah, anak beranak kaya raya..... Tuan2 boleh selidik dan dptkan buktinya.