User Online

Politics Blogs

Seminar Autisme 2014

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Jumaat, 18 Januari 2013

HOT! Radiasi #Lynas Bahaya? Dongeng Pakatan yang Tak Sudah!!


Lynas bahaya? Lynas bahaya ooo..!! Bahaya macam mana tu? Bahaya laa.. bahaya dari segi apa? Radiasi yang dikeluarkan oleh Lynas tu boleh menyebabkan mudarat pada manusia dan juga binatang. Betul ke bahaya? Iyer sangat bahaya!!

Bahayanya Lynas tu boleh menyebabkan keguguran, boleh menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan, boleh membutakan mata, boleh terencatkan otak, mengurangkan mani dalam testis dan pelbagai lagi.

Betul ke Lynas boleh menyebabkan semua tu? Boleh tak buktikan macam mana boleh jadi macam tu? Heh.. Mc berani potong jari, tak akan ada orang yang boleh buktikan Lynas tu bahaya.

Kalau ada yang cuba bandingkan Lynas dengan kilang Rare Earth kat Bukit Merah tu, kat bawah ni Mc nak bagi detail mengenai perbandingan diantara kedua-duanya.

Apa yang tidak samanya Lynas dengan Asian Rare Earth (ARE) kat Bukit Merah tu.

  • Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
  • Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan.
  • Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE.
  • Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bukit Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
  • Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.
  • Jumlah dedahan radiasi dari rokok (150mSv) 75 ribu kali ganda dari Lynas (0.002 mSv)!

Soo.. bukan saja terbukti Lynas jauh berbeza dari Rare Earth, merokok pun lebih bahaya dari Lynas!! Apa agaknya puak Pakatan nak putar kata lagi lepas ni?

Kiranya semua tanggapan atau tuduhan terhadap Lynas hanyalah cerita dongeng yang dibuat oleh puak Pakatan untuk takut-takutkan orang Kuantan.

Motif mereka buat cerita tu, hanyalah untuk gagalkan pelaburan Lynas di Malaysia. Bila gagal, Kerajaan Malaysia akan kerugian beratus juta ringgit setahun. Kegagalan ini adalah satu kemenangan bagi Anwar dan pakatan.

Mc diberitahu, puak Pakatan telah dibiayai oleh pihak luar untuk gagalkan projek kilang Lynas ini. Tujuannya hanyalah mahu mengekang Malaysia dari menjadi kuasa pembekal nadir bumi yang terbesar di Asia.

Sebelum ni dah diterangkan bahawa negara China memonopoli industri nadir bumi, mengawal lebih dari 90% pasaran nadir bumi dunia. Lynas di Malaysia bukan sahaja akan memecahkan monopoli tersebut, malah mampu meningkatkan ekonomi negara Malaysia. Lynas bukan sahaja terbukti selamat, malah bantu menjana ekonomi.

Sebab itu mereka bertungkus lumus mahu Lynas tidak melabur di Malaysia. Soal bahaya dan radiasi, itu hanyalah alasan untuk mengagalkan projek ini.

Tak hairanlah, mereka cipta pelbagai alasan untuk gagalkan projek Lynas, walaupun kita dah berbuih mulut untuk terangkan bahawa Lynas ini tidak bahaya.

Hinggakan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rusli, yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengakui projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.

Sampai tahap itu kita buktikan bahawa Lynas tak berbahaya. Namun sedih, kerana masih ada insan bebal yang mempercayai dongeng Pakatan Haram.

Biasa la cerita tipu ni lagi mudah orang percaya dari cerita betul!!


McTheory:
Kentut radiasinya lagi tinggi dari Lynas tau.. he he..

1 Komen Pembaca:

Unknown berkata...

ada yg puas hati dengan kerajaan..apa yg kerajaan bn buat semua x betuil..dahulu mereka bantah pembinaan putra jaya..sekarang lynas pula..seolah2 mereka saja yg betul

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review