Sabtu, 5 Januari 2013

HOT SOSIAL!! Pelajar Bunuh Diri Selepas Kecewa Dengan Teman Lelaki?


Tekanan akibat bergaduh dengan teman lelaki dipercayai menjadi punca seorang penuntut perempuan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Ulu Puah, di sini, mati petang semalam.

Mangsa, Prema Parthiban, 20, penuntut jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan dan berasal dari Kulim, Kedah, dipercayai kecewa selepas bergaduh dengan teman lelakinya malam sebelum kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Ishak Baharom berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kes tersebut daripada pihak pengurusan asrama.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.

“Setakat ini kita belum mendapat maklumat penuh berkaitan punca utama yang menyebabkan mangsa mati.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca utama kejadian itu ,” katanya.

Ishak berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terkejut dengar jeritan

Sementara itu, menurut seorang kenalan rapat mangsa, mangsa pada mulanya dilihat berselisih faham dengan teman lelakinya di tangga asrama.

Katanya, pertelingkahan antara pasangan kekasih itu menyebabkan beberapa penuntut lain yang berada di situ terkejut dengan jeritan mereka berdua.

“Melihat pertelingkahan itu, kami beranggapan ia mungkin perkara biasa bagi mereka dan tidak terlalu menghiraukan kejadian itu.

“Namun, tidak pula kami menyangka mangsa, yang dikenali sebagai seorang yang baik hati, ditemui mati di biliknya, selepas itu,” katanya semasa ditemui di pekarangan politeknik, di sini semalam.


Bergegas ke tempat kejadian

Katanya, mereka dikejutkan dengan kejadian itu setelah seorang penuntut yang melalui kawasan itu ternampak mangsa sebelum menjerit meminta tolong.

“Terkejut dengan jeritan itu, beberapa penjaga asrama dan pengawal keselamatan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak bermaya di dalam bilik yang didiaminya seorang diri.

“Penjaga asrama yang berada di tempat kejadian menghubungi polis dan melaporkan kejadian tersebut kira-kira jam 3 petang semalam,” katanya.


Sumber

Tiada ulasan: