Sabtu, 5 Januari 2013

HOT! #IsuAirSgor: Khalid dan Skandalnya Kambing Hitamkan SYABAS!!


Mc ada membaca kenyataan Khalid dalam portal penipu rakyat Selangor iaitu
SelangorKu. Kemudian Mc juga membaca kenyataan dari Setpol MB Selangor iaitu si andartu Faekah.

Pelik juga Mc rasa, kedua-dua pasangan ini mengeluarkan kenyataan yang sama. Tahulah si andartu tu setpol MB, tapi cara si andartu ni keluarkan kenyataan umpama dari suara hati Khalid yang sememangnya benci dengan Syabas.

Kedua-duanya mereka, mempertikaikan kerja Syabas yang kononnya tak mampu nak urus tadbir air di sekitar Lembah Kelang. Malah disebabkan gangguan air ini, Kerajaan Negeri Selangor berazam, bersungguh untuk mempercepatkan penstrukturan air di Selangor.

Nak tergelak pun ada bila Mc baca kenyataan dari kedua-dua skandal ni.

Kita bercakap pasal penstrukturan air. Bersungguh-sungguh ke Kerajaan Negeri Selangor nak buat penstrukturan? Sejak 2010 Khalid menawar untuk membeli, itulah tawaran harga yang terakhir dari Khalid, untuk membeli Syabas. Sejak dari tarikh itu, hinggalah sekarang, sudah pun 2 tahun, Kerajaan Negeri Selangor langsung tidak pernah memanggil Syabas untuk berbincang mengenai penstrukturan.

Sudah la dulu mereka menawarkan harga yang rendah, tak berbaloi untuk Syabas terima, selepas di tolak, Kerajaan Negeri Selangor langsung tidak cuba untuk menawar dengan harga yang lebih tinggi, malah dengan sombong menutup segala pintu perbincangan. Siapa yang tak mahu berbincang sebenarnya? Nak beli dengan harga yang mereka tetapkan, apakah Khalid tak tahu cara untuk membeli sebuah syarikat?

Apakah itu SUNGGUH-SUNGGUH yang diperkatakan oleh kedua skandal ini?

Nampak sangat mereka berdua cuba untuk menipu rakyat Selangor. Pada sesiapa yang tak tahu menahu pasal Air di Selangor ni, mungkin akan mudah percaya dengan kenyataan kedua skandal terburuk tanah air itu.

Tapi bagi rakyat Selangor yang sentiasa ambil tahu mengenai situasi air di Selangor, bermula dari penstrukturan hinggalah Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan Langat 2. Tentunya, tidak akan terpedaya dengan kenyataan busuk kedua skandal tua ini.

Kedua skandal ini juga menyentuh bahawa Syabas tidak pandai mengurus tadbir air di Lembah Kelang sehingga menyebabkan gangguan air di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan beberapa tempat yang mengalami gangguan.

Sebenarnya kerosakan dirumah pam akibat pengunaan terlebih muatan 'overload' telah menyebabkan pam rosak dan perlu dibaiki. Kerosakan pada rumah pam ini telah dituding seratus-peratus kepada Syabas. Sedangkan Syabas juga dibawah pengawasan Kerajaan Negeri Selangor.

Mc dah penat nak terangkan pasal CAPEX Syabas yang disekat, dan hutang Syabas (RM2 billion) yang masih tidak dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kedua-dua ini adalah unsur sabotaj Kerajaan Negeri Selangor kepada Syabas, supaya Syabas tidak mampu beroperasi dengan baik.

Apa yang terjadi sekarang adalah perancangan dari Kerajaan Negeri Selangor yang mahu menghuru-harakan keadaan supaya Syabas kelihatan tidak mampu menjaga air di Selangor hatta Lembah Kelang.

Bila Syabas kelihatan tidak mampu, mulalah Khalid dan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang lain bangkit menghentam Syabas, sama seperti sekarang. Kononnya Syabas tidak lagi relevan untuk urus tadbir air di Lembah Kelang.

Sedangkan pada hakikatnya, mereka ini yang sedang membuat kacau dan onar di dalam Syabas supaya Syabas tidak dapat bekerja dengan baik. Apa saja peluang untuk menghentam dan memperdayakan Syabas, mereka ini tidak akan berlengah, malah dengan sengaja memburukan lagi keadaan.

Semua ini mungkin perancangan dari Khalid dan konco-konco jahatnya.

Kini mereka sedang menghentam Syabas berikutan gangguan air, siapa tahu, mereka ini juga yang akan menghentam Syabas jika Langat 2 tidak dibina, kononnya Syabas yang melaporkan kepada mereka bahawa Langat 2 tidak perlu dan tidak penting.

Terkini, Xavier nasihat pengguna untuk menyaman Syabas. Satu nasihat yang memang bagus sebab si bebal ni suruh pengguna pun saman Kerajaan Negeri Selangor…

Dr gigi ni memang bodoh.. Dah lah Kerajaan Selangor berdepan dengan saman air percuma sekarang bakal dapat saman air terputus he he he. Saman jangan tak saman, duit rakyat habis kat proses mahkamah jer nanti


Semuanya mungkin dengan Pakatan Haram, kerana ketua mereka memang pakar berkonspirasi, setakat konspirasi air di Selangor, dan korbankan keperluan rakyat, itu perkara kecil, sebab dia pernah berkonspirasi korbankan hak melayu dan tanah air untuk digadaikan. Setakat air? Apala sangat, celah gigi je Anwar. heh..

Dengan penjelasan ini, Mc harap pembaca faham tentang apa yang berlaku di Selangor, dan mengapa gangguan air di kawasan anda sering berlaku. Kalau jumpa Khalid, jangan lupa simbah dia dengan air, lebih baik kalau air longkang! Kalau dia tanya kenapa, cakap je, ini hadiah air free dari penduduk Selangor. he he he..

P/s: Mereka sedang mengkambing hitamkan Syabas..


McTheory:
Air pun dorang nak politik, bebal punya Khalid!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Khalid ni patut humban dalam lombong saja! baru ada akai!

Tanpa Nama berkata...

Syabas kroni umngok! sudah tentu Syabas sengaja nak air terganggu!

Tanpa Nama berkata...

Syabas kroni umngok! sudah tentu Syabas sengaja nak air terganggu!

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah bodoh takyah le bagi alasan kroni siapa2 mengaku je lah tak mampu tadbir negeri sebab bodoh. Salahkan dan akui diri sendiri dahulu jangan ego koner sana-sini. Negeri kalau dapat kat pembangang semua lingkup kerena pembangang memandang terlalu mudah urusan mentadbir negeri. Bekas menteri kewangan@sampah pun masih diangkat menjadi penasihat ekonomi, nampak sangatlah siapa yang memilih dan mengangkat mereka sebagai pemimpin memang jenis bengap..cakap pandai berapi-api tetapi otak tak pernah guna untuk berfikir sebaliknya banyak berfikir menggunakan punggung.