Ahad, 27 Januari 2013

PANASS!! Anwar Ibrahim SETUJU Bukan ISLAM Di larang Guna #KalimahAllah?


Makin lama makin berbelit-belit la puak Pakatan ni. Ada setuju, ada tidak, ada tolak, ada pertimbangkan. Mana satu yang betul ni?

Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH bagi bukan Islam di negara ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disalah ertikan pihak media sehingga menimbulkan salah faham.

Menurutnya, PR tidak mengeluarkan kenyataan persetujuan, sebaliknya memperakui perkara itu berdasarkan hasil perbincangan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak kata tidak bersetuju. Ada media yang memutarbelitkan kenyataan. PR hanya berpandu kepada kenyataan Presiden Pas yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis PR.

"Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan berkenaan penggunaan kalimah ALLAH dengan beberapa syarat tidak dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis PR," katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR.

Katanya, PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi.

"Saya ulang, saya hanya baca dan meneliti kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas dan kita (PR) memperakui dan sokong kenyataan tersebut," katanya.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Majlis Syura Pas sudah membuat ketetapan, kalimah ALLAH hanya boleh digunakan masyarakat Islam sahaja dan akan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno jika Pakatan Rakyat (PR) bertegas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH di negara ini.

Pada 8 Januari lalu, Majlis Pimpinan PR mencapai persetujuan bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Isu kalimah Allah pun Pakatan tak dapat 'sepakat' dan selesaikan. Macam mana nak selesaikan perkara lain? Agaknya kalau Pakatan memerintah negara, kacau bilau la jadinya. Malaysia Utara buat lain, Selatan lain, timur lain, barat lain. Semuanya tak sama, kacau bilau Malaysia, lingkuplah ekonomi.

Maklumlah, semua nak jadi kepala, sapa nak dengar cakap Anwar tu..



McTheory:
Pas pertahankan ISLAM? Kena gejut sikit dah berselerak lari!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat sebenarnya adalah Pakatan Menipu Rakyat