Khamis, 3 Januari 2013

PANASS!! Fitnah keatas DS Rosmah, Rafizi Bakal Di Pecat Anwar?


Pagi semalam Mc diberitahu, Rafizi Ramli Pengarah Strategik PKR yang pendek gemuk tu, mendedahkan sesuatu yang mengemparkan.

Rafizi Ramli 'mendedahkan' satu emel yang beliau dakwa ada kaitannya dengan DS Rosmah Mansor, barang kemas dan Deepak. Penjelasan detail ini Mc ambil dari blog DrMiM,

Lihat di bawah :



Yang sangat meragukan kita ialah isi kandungan emel itu yang merujuk kepada 'invoice Datin Rosmah Mansor'.

Padahal, invois yang disertakan oleh Rafizi pula tidak langsung mengandungi nama 'Rosmah Mansor'! Invois itu merujuk kepada 'Carpet Raya Sdn Bhd.'

Lihat di bawah :



Jika invois itu merujuk kepada 'Carpet Raya Sdn Bhd', apakah kita boleh percaya dengan isi kandungan emel tersebut?

Transaksi pembelian dan invoisnya hanyalah di antara dua pihak iaitu Dehres Limited dan Carpet Raya Sdn Bhd. Itu sahaja.

Dan sebagai syarikat besar, Dehres Limited tidak mungkin akan merujuk kepada imvois yang tidak wujud di atas nama 'Rosmah Mansor' kecuali jika ada anasir jahat yang sengaja tampered atau meletakkan nama Rosmah Mansor untuk dijadikan alasan dan kaitannya dengan Deepak.

Hujah di atas sudah cukup untuk menangkis permainan politik murahan Rafizi Ramli. Dalam masa yang sama, kita tunggu ulasan terbaru beliau. Mungkin ada lagi.

Tetapi jika beliau tidak mampu untuk mengeluarkan dokumen dan invois yang lebih masuk akal dan ada kredibiliti, Mc sarankan beliau meletakkan jawatan.. Buat malu PKR sahaja.


Pendedahan dari Deepak buat Rafizi kencing dalam seluar!

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen."Saya juga tidak pernah melalui seseorang (proksi) memberikan sebarang dokumen itu kepadanya. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan," katanya.

Beliau yang ditanya pemberita meluahkan kekecewaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya menggunakan Rafizi Ramli untuk mendedahkan dokumen-dokumen yang bukan miliknya.

"Secara jujur saya tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rafizi. Saya rasa ianya bertujuan untuk mensensasikan isu (urusniaga tanah) dan saya sekali lagi berkata tidak pernah melihat dokumen itu.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

Beliau juga mahu Rafizi tampil untuk menunjukkan dokumen-dokumen tersebut yang dipaparkan dalam blog beliau rafiziramli.com. Ditanya lagi mengenai kesahihan dokumen-dokumen tersebut yang turut memperlihatkan nama syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, Deepak berkata

"Syarikat itu memang milik saya, namun dokumen-dokumen yang didakwa Rafizi bukan milik syarikat saya."

 Sebelum itu, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa dokumen-dokumen pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong bernilai RM13 juta adalah untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


McTheory:
Kita tunggu apa pulak Rafizi nak kelentong!!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Attachment name (datin rosmah mansor ( $116,000) feb 12 08 xls
Invoice No 23117 amount USD 115,000.00
Wondering ?? copy paste or just pluck from air.

Tanpa Nama berkata...

dia main hentam saja tu, fitnahkan makan depa,besa la

Tanpa Nama berkata...

mulut iblis memang macam rafizi tu tak puas2 ngn fitnah memang dasar keturunan iblis

merbah desa sgt berkata...

apa yang DS rosmah beli tu dia guna duit dia sendiri.bini rafizi tak beli apa apake.

Tanpa Nama berkata...

ketagih sgt menfitnah hingga memakan diri sendiri..yg puak2 PR nie pulak tukang penyambung fitnah...yg percaya hanya mereka sesama mereka je...kesian

Tanpa Nama berkata...

Oi Rakhinzir, semua catatan awak kantoi la, Amount pun tak betul lagi nak fitnah orang. Di syorkan supaya DS Rosmah buat laporan polis dan saman 12 Bilion pasal memfitnah satu dunia atas saman malu. Orang fitnah kau nak fitnah...........padan muka. Kalau kena saman 12 Bilion sure muflis dan bunuh diri.......dasar Rakhinzir (Rafizi) bangang yang tak celik IT, sekolah lagi kat pondok.........