Kaki betina Leman ni.. |
Baru-baru ini telah tersebar kisah seorang janda yang telah di tipu oleh seorang peserta pertandingan Raja Lawak musim ke 5, si Leman Lembu.
Mungkin Leman nak cover malunya tu, Leman telah membuat laporan polis. Skandal terbaru in dilihat bakal meleburkan harapannya menjadi calon Parlimen (PAS) bagi kawasan Padang Terap.
Si Leman Lembu telah membuat laporan Polis di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terangganu bagi menafikan apa yang di perkatakan dan akan mengambil tindakan menyaman janda terbabit.
Ada percanggahan dalam report polis Leman tu..
Dalam laporan yang di taip Si Leman Lembu, ternyata dia telah memutar belitkan cerita yang sebenar.
Leman menuduh laporan di akhbar itu fitnah, kerana kononnya dia tak pernah bercinta dengan janda terbabit. Namun kalau mengikut laporan yang sebenar, ia bukan tulis cinta, tetapi lebih kepada hubungan erat.
Bukankah hubungan erat tidak semestinya ianya merujuk kepada hubungan percintaan. Kawan baik juga boleh di katakan mempunyai hubungan erat.
Seterusnya dalam laporan Polis yang di taipnya sendiri tu, dia mengaku mempunyai hubungan dengan si janda berkenaan dan hubungan tersebut telah putus di sebabkan pergaduhan dan salah faham yang wujud diantara dia dan janda terbabit.
Selain itu dalam laporan terbabit, Si Leman Lembu mengakui bahawa dia agak terlewat bayar duit yang di pinjamkan dari janda terbabit, ini menunjukan benar la apa yang di perkatakan janda terbabit bahawa Si Leman Lembu menipu di dalam membuat pembayaran balik.
Lepas ni kita tengok berani tak Si Leman Lembu membawa kes ni kes Mahkamah untuk menyaman janda terbabit kerana apa yang kita dapat lihat dari laporan tersebut ia merupakan laporan yang bercanggah dan berbelit-belit.
Nampak sangat Leman Lembu sedang menyembungyikan sesuatu dari umum. Macam mana cara di Leman ni nak belit pun, rasanya tak lepas, sebab orang Kedah dah kenal dengan perangai buruk si Leman ni.
Kalau semua nak tau si Leman Lembu ni bukan setakat duit Janda tu dia sapu, malahan ramai lagi yang menjadi mangsanya. Dahulu bekas tunang Si Leman Lembu pernah membuat laporan Polis keatas dirinya kerana kebas duit loan bekas tunangnya.
Teruk betul la si Leman sekor ni.. memang patut pun orang yang tak berguna macam dia ni masuk Pas!!
McTheory:
Berlagak kaya, biar papa asal bergaya.. cukup tak guna!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan