User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Selasa, 1 Januari 2013

PANASS!! Kisah Sebenar Kejadian Tetak Budak 3 Tahun di Baling Kedah!!


Gambar Hiasan

Rumah Kejadian 

Berita yang menyedihkan ini dilaporkan oleh Pisau Kedah, ini kisah sebenar, kisah disebalik berita di akhbar konvensional.

Terkejut dan sayu setelah mendengar kisah kanak-kanak, Mohd Muaz Mohd Izwani berusia 3 tahun di tetak oleh ibu saudaranya sendiri mengunakan sebilah parang yang di percayai mengidapi masalah tekanan mental semenjak 20 tahun yang lalu di rumah neneknya, Kampung Kejai, Mukim Tawar, Baling pada pukul 11.30 pagi kelmarin

ketika kejadian, kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain dengan ibu saudaranya itu di beranda rumah neneknya telah di tetak berulang kali di bahagian kepala, tangan dan leher sehinggakan terkulai kanak-kanak berkenaan.

Ibu kanak-kanak terbabit yang menyedari kejadian itu telah cuba menyelamat anaknya, Mohd Muaz namun turut di cederakan suspek sehinggakan mengakibatkan kecederaan di leher dan tangan.

Menurut sumber saudara terdekat keluarga berkenaan,yang ditemui ketika berada di tempat kejadian siang kelmarin, ibu saudara kanak-kanak itu yang berusia 36 tahun itu sudah 7 kali di masukan ke wad sakit mental semenjak 20 tahun yang lalu dan peristiwa yang berlaku kelmarin merupakan kali pertama Ibu Saudara kanak-kanak terbabit bertindak ganas berbanding sebelum-sebelum ini.

Mengikut sejarah, ibu saudara kanak-kanak terbabit mula menghadapi tekanan mental ketika masih belajar di Sekolah Agama Yayasan Khairah Pokok Pisang,Kupang, Baling 20 tahun yang lalu dan terpaksa di berhentikan dari sekolah berkenaan dan telah di rawat untuk di sembuhkan.

Ibu saudara kanak-kanak terbabit yang pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang menghadapi penyakit yang sama dari kawasan Baling dan di kurniakan seorang cahaya mata. Namun anak kepada pasangan mental terbabit telah di jaga oleh abang suspek pembunuhan setelah suami suspek yang kurang siuman menghilangkan diri.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa tindakan luar kawalan ibu saudaranya itu telah menghembuskan nafas terakhir di dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala, tangan dan leher.

Ketika Pisau Kedah cuba mengambil gambar kawasan kejadian yang di penuhi darah ianya telah di halang oleh seorang dari keluarga terbabit yang enggan memberi kerjasama kepada mana-mana pihak media.

Apa yang dapat di lihat, keluarga terbabit di dalam keadaan trauma akibat kejadian yang menimpa keluarga terbabit.

Sehingga semalam Pisau Kedah, ketika di dalam program ceramah perdana Ustaz Fathul Bari telah di khabarkan, Datuk Azeez Rahim masih lagi bersama keluarga terbabit bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang di hadapi keluarga berkenaan.


McTheory:
Takziah kepada keluarga berkenaan.. marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Adik Muaz..

0 Komen Pembaca:

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review