Ahad, 20 Januari 2013

PANASS!! Kisah Skandal Tun Dr Mahathir Berikan Kerakyatan Sesukahati??



Dengan tulisan Dato Tiger, yang sangat rasional diatas penjelasan beliau, apa kata kita baca dan fahamkan pasal isu IC di Sabah:

Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini mengaku meluluskan kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah di era pentadbirannya tetapi semua dibuat berdasarkan undang-undang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa jika dipanggil menjadi saksi di RCI mengenai pendatang asing di Sabah yang bersidang sekarang.

Tun Dr Mahathir mengingatkan rakyat bahawa Tunku Abdul Rahman telah memberi lebih satu juta kerakyatan di Semenanjung selepas merdeka tetapi tiada siapa persoalkan.

Rakyat perlu ingat bahawa pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing dibuat berdasarkan undang-undang dan bukan diberikan mengikut suka hati kerajaan. Sudah tentulah ada kriteria tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan terutama Jabatan Imigresen dalam membolehkan seseorang itu mendapat pengenalan sama ada secara sementara atau dalam jangka panjang.

Dalam pemikiran pembangkang, pendekatan memberikan pengenalan ini sudah tentu memberi kelebihan kepada kerajaan dalam pilihan raya sedangkan mereka tahu bahawa kelebihan itu juga boleh berpihak kepada mereka kerana undi itu adalah rahsia.


McTheory:
Tak sudah-sudah cacai fitnah Tun Dr Mahathir.. ishh

Tiada ulasan: