Rabu, 30 Januari 2013

PANASS!! Peluang Terbaik Untuk Orang Muda Cari Kerja! #BNYJobsFair13


Sempena Himpunan Orang Muda Kedah bersama Perdana Menteri yang akan berlangsung 31 Januari 2013 sehingga 02 February 2013, pihak penganjur telah menyediakan bermacam-macam program untuk golongan anak muda di Kedah.

Antara program yang paling menarik di sediakan adalah untuk golongan anak muda Kedah yang masih mencari-cari peluang pekerjaan, golongan anak muda yang mahu membina kerjaya baru atau menambahkan jumlah pendapatan melalui sumber lain.



Pihak penganjur melalui inisiatif Pemuda Barisan Nasional, buat pertama kalinya di Malaysia pada tahun 2013 telah mengadakan Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair di Kedah sempena Himpunan Orang Muda Kedah Bersama Perdana Menteri dengan menampilkan lebih dari 85 agensi kerajaan dan syarikat swasta yang menyediakan 4,200 peluang kerjaya dari segi pekerjaan dan perniagaan.

Bagi golongan muda yang mahu membina kejaya melalui perniagaan, latihan dan kemahiran, bimbing keusahawanan dan khidmat nasihat serta kemudahan pinjaman perniagaan turut di sediakan di Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair.yang di adakan di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar.

Karnival Kerjaya berkenaan akan berlangsung selama 2 hari, bermula 31 Januari 2013 sehingga 01 February 2013.

Golongan muda Kedah yang masih mencari atau mahu membina kerjaya baru di jemput hadir beramai-ramai bagi memanfaatkan peluang keemasan yang di sediakan di Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair di Himpunan Orang Muda Kedah Bersama Perdana Menteri. - Media Kedah

Tiada ulasan: