User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Jumaat, 4 Januari 2013

PANASS TERKINI!! Akhirnya Kes Madrasah Salihiah Diselesaikan Luar Mahkamah!! #TukarKedah


Masih ingat dengan peristiwa Madrasah Salihiah? Madrasah yang berumur 103 tahun, terletak diatas tanah wakaf. Madrasah ini juga yang mahu dirampas oleh Pas untuk dibangunkan tanah wakafnya menjadi Shopping Mall.

Punca begini, waris tanah wakaf tersebut, memberi amanah kepada MAIK untuk uruskan Madrasah terbabit, namun MAIK salahguna amanah dengan menjual tanah wakaf tersebut kepada taukeh cina dari Penang untuk projek Shopping Mall.

Semuanya atas nasihat dan saranan dari Pas Kedah. Patutkah sebuah jabatan agama, menjual tanah wakaf yang diwakafkan untuk dijadikan madrasah dan surau? Kalau dijual untuk dibangunkan menjadi tempat yang elok-elok takpa juga. Tapi, tapak wakaf madrasah dan surau, hendak dijadikan shopping mall, yang dah tentunya akan ada banyak maksiat.

Bersungguh-sungguh Pas Kedah dan MAIK mahu merampas tanah wakaf. Dengan harapan, mereka boleh robohkan Madrasah dan surau terbabit untuk jadikan shopping mall. Lawak betul, sebuah parti Islam dan jabatan agama Islam, mahu rampas tanah wakaf untuk dijadikan shopping mall? ha ha ha.. dunia sudah terbalik!

Disebabkan kejadian pelik itulah, waris tanah wakaf dan rakyat Kedah yang prihatin bangkit mempertahankan Madrasah Salihiah. Malah mereka bertekad untuk mempertahankan Madrasah sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Pelbagai onak dan duri yang mereka hadapi untuk mempertahankan madrasah salihiah. Pelbagai orang politik, NGO dan segala agensi mereka merayu untuk bantu bersama namun segala usaha gagal.

Laporan polis, laporan SPRM, malah memfailkan kes ini ke mahkamah untuk mempertahankan madrasah terbabit. Di mahkamah pun pihak madrasah menghadapi pelbagai rintangan.

Akhirnya mereka hanya berharap pada jalan terakhir, iaitu mengadap menyembah duli yang maha mulia Sultan Kedah, yang kini menjadi YDP Agong.

Setelah mereka adukan permasalahan mereka pada Yang Dipertuan Agong, akhirnya YDP Agong dengan bijaksananya menyelesaikan perkara yang genting ini dengan mudah.

Setelah berbincang panjang lebar diantara pihak Istana dan pihak madrasah. Pihak madrasah setuju untuk memberikan tanah wakaf terbabit pada kerajaan negeri untuk dimajukan.

Kerana, Kerajaan Negeri perlu ganti tanah wakaf terbabit dengan saiz yang sama dan tidak jauh dari tapak asal wakaf. Maksudnya dalam qariah yang sama. Kemudian, MAIK terpaksa memulangkan wang rm1.43juta kepada pewaris madrasah. Kerana tanah wakaf itu asalnya milik pewaris madrasah. Jadi duit itu hak pewaris.

Akhirnya segala permasalahan selesai begitu saja. Semua ini atas kebijaksanaan YDP Agong, merangkap Sultan Kedah. Kalau harap kerajaan negeri Kedah, sampai kiamat pun tak selesai hal ini.

Apa yang kerajaan negeri Kedah tahu, rampas tanah, buat serupa hak mak bapak depa punya, tanpa sebarang ganti rugi atau ganti tapak. Selamatlah Sultan Kedah dengan adil menyelesaikan permasalahan ini.

Mc harap, lepas ni tidak ada lagi sengketa yang berlaku kat madrasah tu. Cuma Mc terkilan dengan kerajaan Pas Kedah, kenapa nak tunggu Sultan Kedah selesaikan? Pas Kedah taktahu hukum hakam ke?

Atau Pas Kedah lebih nampak hukum DUIT dan harta DUNIA dari hukum akhirat. Jadi mereka pun sanggup gadaikan tanah wakaf untuk meraih sumber kewangan.

Teruk betui la Kerajaan Pas Kedah ni. Mengaku Islam tapi kerja tak macam orang Islam pun.

Alhamdullilah.. selesai sudah masalah Madrasah Salihiah. Apakah KUIN juga perlu mengadap bantuan dari YDP Agong untuk selesaikannya?

Kalau semua YDP Agong nak selesaikan, Pas Kedah jadi kerajaan buat apa?


McTheory:
Pas Kedah tak layak jadi Kerajaan Negeri, jadi tukang kutip sampah layak la!!

4 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

Ameno bangkai!

Nie Feng Malaysia berkata...

Tukang Kutip Sampaaahhh???? Kat Selangor ni, Tukang Kutip Sampah pun diaorg tak layak weeeyyyy...
Kat Selangor ni, kalau nk kemas rumah, bermakna bilangan sampah akan naik, bermakna kena la tahan bau selama tunggu diaorg kutip... tak kira anjing yg dok lepak kat sampah tu lagi ! Tak layak weeeyyyy... tak layaaakkkk

Tanpa Nama berkata...

PAS lah bangkai busuk, apa lah sgt bersungguh nk robohkan Madrasah tu. Jika dr awal PAS bangkai tidak ada sifat tamak dan gila dunia, PAS melalui MB bangkai tu boleh pinda rancangan pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob itu tanpa kacau Madrasah itu sbb madrasah itu sudah rapat di gigi jalan, nk buat shopping mall apanya smpai gigi jalan..

TAPI disebabkan busuknya dan kufurnya hati pemimpin apatah lg pencacai PAS, benda mcm ni boleh dirancang jd rosak dan rumit dan bertelagah habis.. MUFTI dipaksa ikut telunjuk JAHAT MB nafsu binatang bini 2 tu..

Kalau lah iman ada di hati pemimpin PAS, apa yg berkaitkan dgn soal Islam mahu diselamatkan di pelihara. Apatah lg sebuah tapak Madrasah yg sudah diwakaf lama.. kita pertahankan sbg tanda kita nk buktikan pd Allah SWT bila2 masa pun Islam dan maruahnya adalah teringgi walau bertembung dgn apa isu dunia sekalipun.

Madrasah itu jika Kedah dikuasai oleh MB yg ada takut pd Allah, MB yg tk jahat tadi boleh plan supaya wujudkan taman/garden yg memisahkan shopping mall dan madrasah itu.. mcm mana model Masjid Syakirin KLCC (Mahathir yg dicaci Mahafiraun oleh PAS yg fikir cara Islamik), Sewajibnya MAIK sbg pemegang amanah wakaf terus teruja dan berfikir bagaiman untk memperelokkan Madrasah ini supaya sesuai dgn URUF barunya berdekatan Shopping Mall, sebb tempat tumpuan pasti akan ada org yg akan mahu bersolat, dari situlah dakwah secara berkesan boleh digerakkan krn tapak Madrasah itu ekslusif, nak azan pun shopping mall tak boleh larang..


Tapi..ini hanya angan2 semata2.. hakikatnya pemimpin PAS lebih busuk dari bangkai dan nanah.. mereka tiada pun rasa rendah hati tawadhuk pd agama..

kerja mereka ialah caci maki UMNO.. sama cm cai sekor yg posting di atas..

inilah pewaris2 MUNAFIQ.. mereka ramai dn kelihatan kuat.. Semoga Allah Yang Maha Agung memelihar org2 beriman dan agama-NYA dr puak2 PAS Laknatullah ini! Mereka takkan dpt seinci pun memerintah Kedah lagi lepas ini..INSYA ALLAH!!

AMinn..

shafizul safee berkata...

Skg kes ni mcm mna??skg spa pegang..

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review