Sabtu, 19 Januari 2013

TUDIAA!! Jamil KUIN Mencanak Lari, Bila Kena Soal Dengan Staff!! #TukarKedah


Pengurusan KUIN Tak sudah sudah dengan masalah besar..Sejak Pas perintah Pretasi KUIN makin teruk, sampai kakitangan KUIN dan Pelajar dizalimi..Masalah KUIN makin bertambah tambah dari segi kewangan..

Beberapa hari lepas pihak pengurusan KUIN mengadakan satu perjumpaan dengan semua kakitangannya bagi menjelaskan kedudukan sebenar masalah yang dialami KUIN..Dalam perjumpaan itu juga semua kakitangan KUIN diberi hak dan kebebasan untuk bertanya apa saja soalan kepada pihak pengurusan..

 Seramai 300 staff diarahkan berhimpun dalam dewan Insaniah Alor Star pada hari tersebut, malangnya perhimpunan kali ni seperti perhimpunan di sekolah apabila pihak pengurusan tidak menyediakan kerusi..Semua kakitangan kena berdiri mengikut bahagian..

Pihak pengurusan diwakili oleh 6 orang diketuai Jamil selaku rektor, 2 timbalan rektor(kroni Jamil)iaitu Wan Sulaiman dan Zakaria Man, Pendaftar dan penolongnya, Datuk Latipah (ex-penasihat dasar Kerajaan Selangor/Unisel) dan Ustaz Sayuti, serta Penolong Bendahari, Che Kartina...

Lebih menyakitkan,Jamil selaku rektor hanya berucap lebih kurang 10 minit. Lepas tu pihak pengurusan yang lain ambik giliran masing-masing berucap. Peliknya, penjelasan yang diberikan tu tak memuaskan hati semua kakitangan...

Apa lagi mengamuklah kakitangan KUIN..Ada beberapa kakitangan mahu penjelasan dari Jamil soal kenaikkan gaji tahunan dan penyelarasan gaji 13%, termasuk potongan zakat dan beberapa pekara lain..

Baru 3 soalan ditanya keenam enam pengurusan KUIN lari dari dewan dengan alasan ada meeting tergempar...Memang masa tu ramai staff dah menyirap darah tahap maksimum..

Memang penakut betul la pengurusan KUIN ni, kalau takdak masalah seperti Azizan cakap, kenapa perlu takut dengan kakitangan..?? Ini membuktikan bahawa terdapat salahguna dalam pengurusan KUIN..

Kalau korang nak baca lagi pasal KUIN boleh pi kat Blog DUKE OF UMNO

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Depa x bagi kerusi pasal takut kerusi terebang!