Rabu, 27 Februari 2013

GEMPAR!! Kisah Ceramah Pas Mengunakan ILMU GHAIB!! #TukarKedah



Cerita yang Mc ambil dari blog Aloq Staq Blog ni agak menarik dan unik, kerana belum pernah lagi Mc dengar kejadian seperti ini. Tengok banner ceramah Pas ni betul-betul. Ceramah gerak gempur PRU ke 13 yang dibuat oleh Pas Kubang Pasu.


Ini kisah orang Pas yang tertipu dengan banner tu. Bayangkan, orang tu siap bawa family untuk pergi dengar ceramah, lepas tu sanggup tunggu 1 jam. Tapi akhirnya apa pun takdak. Kosong! Untuk lebih lanjut boleh baca cerita kat bawah tu.

Kata pengirim email tersebut, beliau dengan besar harapan telah pergi sekeluarga ke kawasan lapang Taman Tunku Maheran Jitra seperti yang dimaklumkan dalam poster ceramah tersebut, tetapi malangnya beliau sekeluarga telah menunggu sehingga jam 10.45 mlm (melepasi lebih 1 jam dari waktu asal yang dihebahkan dalam poster), yang ada hanyalah padang yang lapang itu semata-mata dengan beberapa bendera PAS yang dipacakkan dengan buluh di sekeliling padang tersebut, bersama beberapa hadirin lain yang turut menunggu, malangnya tidak ada ceramah seperti yang Pakatan Rakyat Kubang Pasu janjikan tu.

Seperti gambar kat bawah tu..




 Apa yang peliknya, kalau tak jadi pun, kenapa tak ada sebarang notis penarikan balik mahupun pengumuman pembatalan, ceramah yang tak jadi itu dibiarkan begitu sahaja dan seolah-olah memperbodohkan penyokong-penyokong PR yang bersusah payah datang untuk meramaikan majlis. Semuanya pulang dengan sia-sia sahaja!

Apa dah jadi PAS dan Pakatan Rakyat Kubang Pasu? Kata ini Ceramah Gerak Gempur PRU13? Belum sempat menggempur, dah menggelupor ke, sampai korang tak jadi buat ceramah malam ni !

Apa hal beb?? Macamana nak menang pilihanraya di kerusi Kubang Pasu ni? Atau Pas memang dah tahu, Kubang Pasu kubu kuat UMNO yang tak dapat ditumbangkan?

Lagi satu, kalaupun ceramah tu tak jadi dibuat atas apa sebab sekalipun, hebahkan lah kepada ahli-ahli supaya mereka tak dipermainkan datang jauh-jauh dengan keluarga bagai, tetapi yang ada hanya padang kosong saja .

Sekurang-kurangnya, adakanlah seorang dua orang urusetia menunggu di tempat 'ceramah tak jadi' tersebut untuk memaklumkan kepada sekalian hadirin yang hadir malam ni bahawa ceramah malam ini tidak dapat dijalankan (mungkin) disebabkan Pakatan Rakyat Kubang Pasu dahpun dapat merasai BN akan menang lagi di Kubang Pasu, maka mereka tak perlu bersusah payah berceramah nak gempur BN pun ! HAHA !!

Tengok Pakatan, ceramah politik pun tipu! Belum lagi manifesto? Ahh ya, betul la.. manifesto bukan janji kata mereka!! he he..

McTheory:
Kalau ceramah pun sanggup tipu, puak ni memang dah teruk gila dah..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan ilmu ghaib tapi pengundi hantu yg beribu-ribu datang atas arahan dan jemputan Haji Badi Bawang "IQ Zero"!! huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

hahaha..himpunan syaitan dan iblis kot?