Khamis, 21 Februari 2013

PANASS!! Kenapa 11 DUN Pas di Kedah, Tolak Azizan Razak Sebagai Ketua? #TukarKedah

Round 2..
Mc tak terkejut langsung dengan perkembangan terbaru pergolakan dalam Pas. Sebab kami TMK dah tahu lama dah masalah dalaman Pas ni. Tapi bila kami buat pendedahan, sapa sekor pun susah nak percaya. Malah ada yang kata kami ni fitnah.

Sedangkan maklumat dan sumber yang kami dapat adalah tepat dan boleh dipercayai. Pergolakan dalam Pas Kedah sebenarnya umpama belon yang sedang dipam secara pelahan-lahan, cuma tunggu masa nak meletup.

Patutnya belon tu lambat lagi meletup, tapi bila rakaman suara diantara Nasir Mustafa (Adun Kubang Rotan) dan pengikutnya di perisian 'Zello' telah membuatkan belon yang selama ini ditahan oleh Presiden Pas meletup juga!!

Selepas kantoinya Nasir Mustafa bersama konconya kerana mengutuk dan merancang untuk jatuhkan Azizan di Sungai Limau. Azizan Razak selaku pesuruhjaya Pas Kedah telah mengambil tindak balas dengan menghantar 'pasukannya' menyelidik dan membalas serangan kumpulan (sayap kiri Pas Kedah) yang diketuai oleh Phahrolrazi dan disokong kuat oleh Mat Sabu.

Mc juga diberitahu, 11 DUN yang membantah Azizan itu sebenarnya risau, nama mereka tidak tercalon semula pada PRU ke 13 ni. Atas kerana prestasi 5 tahun yang gagal dan Azizan sedang membersihkan (kumpulan sayap kiri) dari menjadi calon PRU ke 13.

Disebabkan risau tidak tercalon semula. Adun Pas dan konconya bangkit membantah dengan meminta Azizan letak jawatan dari menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah dan secara automatiknya gugur jawatan MB Kedah darinya.

Bila Azizan turun, semestinya Phahrolrazi akan naik mengantikan Azizan. Lalu calon-calon Pas Kedah akan dipilih semula mengikut acuan Phahrolrazi. Ini kerana, bagi Pas, Pesuruhjaya Negeri berkuasa penuh melantik calon bagi negerinya.

Semua ini tidak ada kaitan dengan UMNO. Pas lemah atau kuat, itu tak penting. Paling penting UMNO perlu mencari kekuatan dalamnya sendiri. Kalau Pas bergolak, itu merupakan satu bonus bagi kita. Kerana jentera mereka juga berpecah-belah seperti mana sekarang. Hancur!!

Cuma satu saja Mc terkilan bila Azizan Razak tidak lagi menjadi MB Kedah. Phahrolrazi pro Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas yang sememangnya kita tahu, digelarkan 'Bapak Syiah Malaysia'. Jadi faham-faham sajalah. Sudah pasti Mat Sabu akan bertanding di Pendang 'Parlimen syiah dalam rancangan' dan konco-konco Syiah lain akan naik bertanding, maka Kedah akan diubah menjadi 'negeri syiah' dalam perancangan rapi Mat Sabu.

Lepas ni, Mat Sabu tak payah la ke Satun, Thailand lagi untuk berjumpa dengan puak-puak Syiah bahagian utara, sebab Pendang hatta Kedah akan di'syiahkan' oleh Mat Sabu bersama konco-konconya nanti.

Sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu Mc menyokong Azizan meneruskan tugasnya sebagai MB dari diberikan kepada Phahrolrazi. Tapi PRU dah dekat, apa kata dari bagi kat Azizan, rakyat Kedah bagi balik kat UMNO. Sudah tentu pentadbiran UMNO bermazhab Syafie (Ahlus Sunnah Wal Jamaah). Tak payah nak risau lagi dah.

Jangan pandang ringan terhadap syiah, kerana syiah menghalalkan darah sesama Islam. Malah siapa yang tak mengikut ajaran syiah, akan diCOP kafir. Seperti mana Pas selalu buat kat UMNO. Sekarang ni mereka tak ramai, memang la mereka tunduk. Kalau mereka ramai, kita pun mereka tanam hidup-hidup.


McTheory:
Tolak fahaman syiah dari Kedah.. sebelum kita menyesal!

4 ulasan:

Unknown berkata...

semua yg berlaku dlm pas ataupun pr skrg ni adalah balasan dari Allah SWT akibat dari doa k.o tempoh hari

Unknown berkata...

semua yg berlaku dlm pas ataupun pr skrg ni adalah balasan dari Allah SWT akibat dari doa k.o tempoh hari

Tanpa Nama berkata...

Boleh percaya ka depa tu bergaduh betoi?. Aku nampak depa ni pun main aci lut jeeerr.. Aku ingt, esok lusa depa baik balik lah..

Tanpa Nama berkata...

mc ni betul la kata org..umno ni pemfithah...kalau nak bagi pendapat tu..selidik dahulu ..jangan jadi ahli sunnah wajamaah yg sukla buat fitnah..itu dah kira adik beradik dengan syiah la tu