Jumaat, 1 Februari 2013

PANASS!! Lepas Ustaz Nasha, Giliran Haron Din dan Harun Taib Pula Akan Di Gugur?


Pelbagai teka-teki timbul apabila Ustaz Nasha telah digugurkan dari menjadi ahli majlis syura Pas. Satu badan ulamak tertinggi.

Malah para penganalisis politik menjangkakan akan ada seorang atau dua lagi ulamak Pas yang menentang arus parti akan dipecat.

"Seorang atau dua pemimpin kanan PAS dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu" kata bekas pengikut setia parti Pas, Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama PAS ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib dan Timbalan Musridul am Pas sendiri, Haron Din.

Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Jan lalu.

"Majlis Syura Ulama PAS adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti.

Kita tunggu apa tindakan Pas selepas ini. Beranikah Pas memecat dua tokoh ulamak yang terkenal dengan perjuangan agamanya itu.

Benar kata Zainol, Pas telah banyak berubah, yang menegakan agama, dipinggir. Pejuang pluralisme, LGBT, Syiah dan liberal disanjung dan diberi tempat dalam Pas.

Islam yang bagaimana Pas perjuangkan sekarang?

McTheory:
Islam Plural yang liberal?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umngok yg sebok,mampuih pi la

Tanpa Nama berkata...

lepas tu anuar yg masuk jadi ahli majlis syura....baru best

Tanpa Nama berkata...

bukan niat nak sibuk tp jgn la guna agama utk kpentingan politik....x kira la parti apa pun....tp yg terang guna agama adalah PAS...

Tanpa Nama berkata...

Budak hingusan pr dah meroyan kt sini, tu la jangan dok sembahyang hajat minta keburukan untuk orang, kan dah balik kat diri sendiri, ingat Allah SWT tu nak ikut telunjuk parti ajaran sesat(pas) ke, insaflah pas bukan sekadar sesat tapi dah mensyirikkan Allah, Nauzubillah..
takbir 3X...

Tanpa Nama berkata...

Tiada islam dalam perjuangan pas, Islam suku pas tiga suku, takebeer 3X

Tanpa Nama berkata...

ahli2 yang penting yang PRO ISLAM dalam PAS hanya DIGUGURKAN dari MAJLIS SYURA saja kerana PAS tak mahu mereka2 ini MENENTANG USUL/CADANGAN[semasa mesyuarat]yang dikemukakan berkaitan dengan PKR dan DAP.tetapi sebagai AHLI biasa mereka2 ini TIDAK AKAN DIGUGURKAN olih PAS kerana PAS memang tahu yang mereka ini tidak akan keluar dari parti itu ikut sesuka hati mereka kerana mereka2 ini telah TERIKAT dengan SUMPAH BAI'AH.kalau PAS gugurkan juga mereka2 ini dari AHLI PAS sudah pasti PAS akan menghadapi suatu BENCANA yang BESAR.