Selasa, 26 Februari 2013

TUDIAA!! Azizan Razak Laungkan Amaran Pada Penentangnya di Kedah!! #TukarKedah


Walaupun pesaing Menteri Besar si Phahrolrazi semakin membuat langkah untuk naik jadi Menteri Besar Kedah. Azizan Razak yang selama ini dilihat sering sakit dan tak sihat terus bertegas untuk mempertahankan jawatannya.

Menteri Besar, Azizan Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan tetap bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini. Azizan berkata, beliau masih sihat dan bersemangat untuk terus berjuang dan tiada sebab untuk berundur.

"Mengapa ada orang hendak saya berhenti, kata saya tidak sihat, jalan tiga selinder. Itu tak betul," katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada akan berundur ekoran dakwaan bahawa keadaan kesihatannya tidak memuaskan. Sejak tahun lepas Azizan telah beberapa kali mendapatkan rawatan kerana menghadapi masalah kesihatan termasuk masalah mata.

Azizan ditemui di pejabatnya pada Ahad lalu, bagi mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan isu aktiviti pembalakan dalam kompartment tujuh hutan Bukit Perangin di Wang Perah dalam daerah Kubang Pasu.

Mengenai dakwaan beliau mencatur pemilihan calon bagi 11 kawasan Dun, Azizan berkata selaku Pesuruhjaya Pas Negeri beliau hanya menyampaikan nama orang-orang yang dicalonkan. "Pas Pusat yang akan membuat pemilihan, bukan saya yang menentukannya," kata Azizan.

Penafian yang Azizan buat semata-mata tidak mahu timbul kontroversi apabila ada calon dari 'the other side' tidak terpilih kelak. Kerana kumpulan 'the other side' yang diketuai oleh Mat Sabu dan Phahrolrazi sedang mengasak Azizan Razak dengan begitu dahsyat di Kedah.

Apa yang menjadi persoalannya, puak penentang Azizan, berani bersuara lantang menolak beliau. Sedangkan penyokong Azizan langsung tak nampak muka. Apakah Azizan mempunyai penyokong? Atau beliau hanya berjuang seorang diri?


McTheory:
Kesian Azizan, jenuh taichi la sorang-sorang..

Tiada ulasan: