Selasa, 26 Februari 2013

PANASS!! Manifesto Bukan Janji Lawak Alaf Baru Pakatan Rakyat! #ManifestoBukanJanji



Mc agak teruja bila membaca ulasan dari Blog MiM yang menceritakan Manifesto Bukan Janji pada Pakatan! Kalau ianya bukan janji, apa motif Pakatan buat Manifesto?

Belum pun sempat membuai rakyat dengan mimpi palsu, Manifesto Bukan Janji PRU13 Pakatan pembangkang sudah bertalu-talu disindir dan dikutuk dengan hebat.

Ironinya, kritikan tajam itu bukan disebabkan oleh UMNO dan BN tetapi dek kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini yang menyebabkan Manifesto Bukan Janji pembangkang tampak murahan, tidak boleh dipercayai dan menempelak diri mereka sendiri.

Di antara puncanya ialah kerana TS Khalid Ibrahim, sebagai Menteri Besar Selangor pernah mendakwa bahawa “sebuah manifesto bukanlah janji” sebagai respon terhadap tuntutan air percuma oleh rakyat Selangor seperti yang dijanjikan dalam manifesto 2008.




Kenyataan itu sekali gus telah menyebabkan rakyat begitu mual apabila  kepimpinan pakatan pembangkang bercakap tentang 'Manifesto' kerana mereka tahu pakatan pembangkang tidak semestinya menunaikan manifesto itu kerana ianya bukannya janji.

Kata mudah, apa sahaja yang diperkatakan di dalam Manifesto Bukan Janji PRU13 ciptaan pakatan pembangkang boleh ditukar menjadi 'bukan janji untuk ditepati tetapi janji untuk dicapati'!

Sebutlah apa sahaja, semuanya di dalam Manifesto Bukan Janji PRU13 pakatan pembangkang, tidak boleh kita percayai langsung perlaksanannya.

Malah, bila mereka diberikan kuasa untuk melaksanakan projek-projek seperti rumah mampu milik, kerajaan pakatan pembangkang terbukti tidak mampu melaksanankannya!


Contohnya, ialah Manifesto Bukan Janji Pakatan pembangkang kononnya mahu menyediakan 150,000 unit rumah mampu milik.
Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Wira Ir. Idris Haron berkata, pembangkang hanya pandai menabur janji sedangkan semua rumah mampu milik di seluruh negara adalah atas usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi pihaknya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Risda, Felda dan lain-lain. 
"Pas memerintah Kelantan selama 23 tahun tetapi sebuah rumah mampu milik pun mereka tak bina. Semua rumah itu dibina oleh SPNB. Kelantan juga adalah penerima terbanyak Rumah Mesra Rakyat (RMR) kelolaan SPNB," katanya kepada Utusan Online hari ini. 
Selain daripada kenyataan Khalid Ibrahim, kenyataan 'merapu' Nik Aziz dan Hadi Awang juga telah menempelak mereka. What a timing!

Dek kerana menghina rakyat seperti ikan, ayam dan lembu, Manifesto Bukan Janji pakatan pembangkang tampak low class dan tidak boleh dipercayai langsung!

Apa tidaknya, Manifesto Bukan Janji pembangkang telah menyelitkan gula-gula pilihanraya untuk menipu dan memerangkap rakyat.

Setelah dihina sedemikian rupa oleh pakatan pembangkang, pasti rakyat tidak lagi memandang atau mahu percaya dengan segala Manifesto Bukan Janji Pembangkang.

Kerana itu juga, Ketua Hubungan Kajian, Akademi Kajian Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA), Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberi komentar yang sangat pedas tetapi benar!
Beliau berkata, sesiapa sahaja boleh buat membuat pernyataan, tetapi jika tidak apat dilaksanakan mereka akan mengubah kenyataan itu kepada "tidak pernah berjanji". 
"Tidak guna nak komen mengenai manifesto pakatan rakyat kerana bagi mereka (pembangkang), hal itu adalah satu pernyataan sahaja, bukan janji,’’ katanya kepada Utusan Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Selain daripada 2 perkara di atas, kita percaya rakyat sudah mulai sedar bahawa angka-angka Ringgit yang dinyatakan oleh Pakatan pembangkang tidak berdasarkan kepada kiraan tepat dan sebenar pendapatan negara dan tidak merujuk kepada pelbagai indeks kewangan dan ekonomi Malaysia.

Maksudnya, pembangkang boleh tulis apa sahaja nombor dan menjadikannya manifesto tetapi semuanya itu nombor-nombor yang dipetik di langit !

Tetapi apabila dinyatakan akibat buruk dek mainan politik pembangkang, kita semua tentu terkejut besar! Sebagai contoh :


Tambahan pula, pembangkang tidak semestinya menunaikan manifesto mereka!

Apa pun, Manisfesto Bukan Janji Pembangkang PRU13 telah menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia. Semuanya kerana mulut mereka juga.

Memalukan!

Untuk lebih menarik layan video kat bawah ni.

Tiada ulasan: