Nampaknya sampai sekarang Pakatan Rakyat masih tidak membuat keputusan rasmi, siapa yang akan diangkat menjadi PM, andaikata mereka menang nanti.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meremehkan isu gabungan itu belum menetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita akan memastikan masa yang sesuai, strategi ini tidak boleh cerita semua dan kalau saya cerita sudah tidak menjadi strategi lagi," Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau enggan menghurai lanjut.
Jawapan Azmin itu disusun setelah perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat memberi sambutan agak hambar kepada gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Anwar harus diangkat menjadi Perdana Menteri untuk “selamatkan” Malaysia.
Sebelum ucapan Guan Eng, Azmin tampil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin berwibawa yang menerajui Pakatan Rakyat, sekali gus menzahirkan pendirian PKR bahawa beliau harus diangkat menjadi PM jika pembangkang menang pilihan raya umum.
Pemerhati politik sebelum ini melihat sebarang ketetapan daripada Pakatan Rakyat mengangkat Anwar sebagi calon PM pembangkang akan menzahirkan permuafakatan antara PKR-DAP-PAS.
Anwar mempunyai sokongan bulat DAP namun sokongan daripada PAS untuk mengisi jawatan tertinggi kerajaan masih samar-samar.
"Bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung, “ kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga mengambill pendirian sama. “Kita bayang (siapa PM) bila kita menang nanti, bagi menang dulu,” kata beliau.
Anwar sendiri cuba meremahkan isu itu apabila ditanya oleh wartawan.
"Awak ada cadangan lain (siapa layak jadi PM) ? Saya tidak bangkit. Tiada masalah apa-apa pun. Usul hari ini konvesyen hanya untuk manifesto. Tidak berbangkit (soal siapa jadi PM,) kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Sumber asal dari AntaraPos Mc cuma terangkan balik situasi sebenar, apa yang berlaku didalam Pakatan Rakyat sekarang ni.
Kalau mengikut pendapat Pas, kalau siapa yang menang kerusi parlimen banyak. Dialah yang akan jadi PM? Macam tu, kalau Dap majoriti dalam Pakatan, sudah tentulah Dap akan naik jadi PM, Betul?
Sebab itulah sekarang ni, Dap pun dah ramai anjing melayu di dalamnya. Semua ini akan mengisi tempat kerusi bukan melayu tak boleh duduk. Sebabnya melayu Dap ni, kalau jadi menteri pun, dia akan jadi boneka pada kepimpinan Dap yang tertinggi.
Sekarang memanglah Dap sokong Anwar bermati-matian, tetapi kalau Dap menang? Rasanya apa akan jadi? Masih ingat kisah penyapu gergasi yang dipegang Kit Siang nak halau Melayu keluar dari Malaysia?
McTheory:
Janganlah kita cuba bermain api.. akhirnya bakal merana diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan