Khamis, 28 Mac 2013

EKSKLUSIF! Ustaz Azizan Bersubahat Menjual Arak di Kulim? #TukarKedah #TolakPas


Hanya gambar hiasan.. hehe

Kulim Golf and Country Resort di Kulim Hi-Tech, Kedah. Ketua Pegawai Eksekutif, Bakry Abu Seman
Pengerusinya si Saifudin Nasution, ianya milik Penuh PKNK 100%, Pengerusi PKNK pula si YAB Ustaz Azizan Abdul Razak.

Aktiviti yang disyaki, menjual arak jenis Carlsberg kepada pelanggan. Tukang hidang 'arak' Pekerja Melayu Islam. Pelanggan yang mereka hidang 'arak' juga kebanyakannya Melayu Islam. Majoriti pekerja hampir semuanya melayu Islam.


Premis ni memang ada lesen arak, tapi Mc nak pertikaikan, kenapa ambil pekerja 'Melayu Islam' untuk hidangkan arak? Bukankah itu dah dikira bersubahat?


Dulu Pas maki UMNO bab arak ni. Pendapatan haram, duit haram, tak berkat, tak islamik dan pelbagai kata nista yang mereka selalu maki atas pentas ceramah. Tapi dah 5 tahun mereka jadi Kerajaan Negeri Kedah, kenapa tidak ada perubahan?


Pengerusi PKNK Ustaz Azizan Razak juga makan duit haram ya? Saifuddin Nasution Pengerusi Kulim Golf Club pun selama ni makan duit hasil arak ka? Pekerja melayu Islam yang bekerja disana semuanya bersubahat jual arak. Pendapatan mereka halal ke haram?


Bukankah jika kita bersubahat perniagaan arak ni, hatta menjadi tukang sapu pun, hasil gaji kita tetap haram. Awat Pas boleh biar semua ini berlaku?


Ohh lupa pulak, Pas sekarang bukan macam Pas dulu. Pas dulu perjuang negara Islam, Pas sekarang cuma perjuang negara Kebajikan. Jadi arak 'halal' dan cukai arak juga 'halal' kan Ustaz Azizan kannn...


McTheory:
Cakap tak serupa bikin, rosak-rosak!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas kan guna walhalalku, walharam mu..