Ahad, 24 Mac 2013

GEMPAR!! Negara Kita Akan Diserang Kumpulan Ajaran Sesat? #PrayforMsia



Kumpulan sesat ni ka?

Semalam Mc ada keluarkan kisah seorang mamat yang mereng, mengaku Sultan Kedah yang sebenar. Sesungguhnya kenyataan yang mamat tu keluarkan, memanglah tak waras. Nak baca boleh klik SINI.

Kemudian, SPR  pula keluar kenyataan tentang wujudnya kumpulan sesat untuk buat kacau pada PRU ke 13 nanti. Bahaya betul, ada dalang disebalik semua ini. Kalau tidak mana mungkin kumpulan gila seperti diatas muncul secara tiba-tiba pada waktu hampir pilihanraya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendedahkan wujud usaha terancang pihak tertentu - yang dilabel sebagai 'kumpulan ajaran sesat' - mahu mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara di tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihak-pihak berkenaan mula mengambil langkah tersusun menyediakan individu-individu, yang terdiri daripada pengundi, bagi mencetuskan suasana kecoh, dengan diberi latihan khusus.

"Kami juga ada memperoleh nota yang digunakan oleh mereka untuk tujuan latihan mencetuskan kecoh di bilik mengundi," kata beliau ketika berucap pada Program Taklimat Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Pegawai Pengurus PRU13 bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima watikah pelantikan masing-masing hari ini daripada Abdul Aziz.

Kata Abdul Aziz, nota latihan yang dikenalikan kumpulan berkenaan diperoleh pihaknya baru-baru ini.

Sambil melabelkan kumpulan itu sebagai "pengacau", beliau berkata, nota yang diperoleh antara lain memberi panduan kepada pengundi tentang cara-cara menimbulkan protes dan rasa tidak puas hati berkenan kertas undi.

"Berdasarkan maklumat nota ini, pengundi diminta mempersoalkan (status) kertas undi, dan mendesak diberi kertas undi lain, dan jika tidak dilayan, akan menjerit di tempat mengundi untuk menarik perhatian ramai dan media," katanya.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya belum membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

"Setakat ini, kami memberi penerangan kepada pegawai pengurus supaya ambil langkah berjaga-jaga.

"Pegawai-pegawai pengurus perlu berhati-hati dengan kumpulan yang menyebarkan ajaran sesat ini, yang meminta pengundi mencetuskan kekecohan pada hari pengundian," kata beliau lagi.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran pihak terbabit.

Tambah beliau, kumpulan berkenaan juga menghasut pengundi dengan mendakwa dakwat kekal yang bakal digunakan tidak halal.

Sambil menekanan kerahsiaan undi terjamin, Abdul Aziz berkata, meskipun setiap kertas undi ada nombor siri, tetapi maklumat itu tidak dicatatkan pada daftar pemilih, malah kertas undi tidak membawa nama atau nombor kad pengenalan seseorang pengundi.

Penggunaan dakwat kekal merupakan antara pembaharuan diperkenalkan pada PRU13 kali ini.

Mengulas mengenai dakwat kekal, kata beliau, SPR akan menggunakan dua warna masing-masing bagi pengundi biasa dan pengundi awal.

Katanya, sebanyak 10,000 botol dakwat kekal disediakan bagi pengundian awal dan 200,000 bagi pengundian biasa.

Seramai 10.3 juta layak untuk mengundi pada PRU13.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini semua nuar berani punya keje,haram jadah punye nuar.

Tanpa Nama berkata...

Apa sahaja mangkuk tuh akan lakukan asalkn cita2 perasan dia tercapai..celaka punyer manusia nuar tuh...aku harap dia sempat la dia bertaubat sebelum mampus..

Tanpa Nama berkata...

Sape yg sesat la ni. Buat keja tak ikut islam, makan rasuah, penyelewengan dlm dana projek. Itu lah yg sesat. Jd org sesat je brkawan dgn yg sesat. Kah..kah.. Kelakarnya . Sape yg perlu brtaubat skrg. Pi la ngaji kitab kt masjid2. Jgn jd bodoh sgt malu kt org. Iqra' pun tak khatam nak suruh org tobat.