Sabtu, 9 Mac 2013

HOT! Apa kaitan Felda dengan Pencerobohan di Sabah? #FGVH


Untuk pengetahuan semua, sekarang ini pihak keselamatan negara sedang melakukan operasi pembersihan untuk mencari saki baki pengganas.

Serangan daripada penceroboh Lahad Datu bermula pada 9 Februari apabila mereka memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul di Felda Sahabat 17.

Bermula 9 Februari sehingga 28 Februari, masyarakat Felda Sahabat 17 hidup dalam ketakutan. Mereka terpaksa bersiap sedia menerima sebarang kemungkinan apabila kira-kira 180 orang penceroboh bersenjata menjadikan Felda mereka sebagai markas untuk berkumpul.

Kerajaan Malaysia ketika itu cuba berunding dengan Sultan Jamalul Kiram III untuk mengusir penceroboh dan menamatkan konflik. Namun, ianya tidak berhasil.

Malah pada 28 Februari, mereka masih berdegil. Agbimuddin Kiram dengan bongkaknya menegaskan bahawa hanya abangnya sahaja mampu mengarahkan 180 penceroboh itu meninggalkan Felda Sahabat.

Keadaan semakin genting apabila anggota pasukan penyelamat telah dibunuh, maka pihak tentera tidak ada cara lain untuk mengusir mereka kecuali perang habis-habisan. Demi menjaga kedaulatan negara.

Pemimpin di Felda Sahabat banyak bekerjasama dengan anggota keselamatan, malah bekalan makanan dan ubatan juga ada yang disalurkan oleh Felda. Bermakna Felda juga memainkan peranan penting dalam operasi keselamatan kali ini.

Tertanyalah juga akan kelibat si hero ANAK Felda si Mazlan Aliman. Manalah tahu dia nak datang melawat dan menjadi hero kepada penduduk Felda. Bukan apa, Mazlan kan suka mencari glamor dan nama.

Dia selalu kata dia ni penyelamat masyarakat Felda. Dialah hero, tapi bila bab nyawa orang Felda, dia tak berani pulak nak datang Lahad Datu ni. Patutnya Mazlan Aliman datanglah jadi hero, kalau dia benar-benar ikhlas nak bantu.

Rasanya kalau nak tunggu Mazlan, 15,000 penduduk di Felda Sahabat ni dah teruk dikerjakan oleh penceroboh. Paling menyedihkan, hingga kesaat ini, masih tidak ada sebarang kenyataan dari Mazlan. Mana la tahu, nak ambil berat pasal penduduk Felda.

Dari keadaan ini pun kita dah tahu siapa yang benar-benar mengambil berat pasal penduduk Felda. Kalau Mat Maslan pun boleh datang bertemu dengan pemimpin masyarakat Felda Sahabat, di mana Mazlan Aliman yang mengaku pemimpin berjiwa rakyat?

Tiada ulasan: