Sponsor

Memaparkan catatan dengan label krisis isu felda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label krisis isu felda. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Mei 2013

PANASS!! Penghinaan Blogger Pakatan Rakyat Terhadap Semangat Orang #Felda!




Mc tertarik untuk mengulas artikel bangang dari portal rasmi Pakatan Rakyat. Artikel yang Mc rasa diterbitkan atas dasar untuk menghina dan cuba mencemar semangat orang felda sendiri.


Apalah teruk sangat perangai blogger Pakatan Rakyat, cuba mempertikaikan usaha yang dilakukan oleh Ketua Pendaki Everest Felda, Siti Hanisah Sharuddin yang hasratnya tidak kesampaian untuk menawan puncak gunung Everest kerana diserang penyakit Akut Gunung.

Penyakit Akut Gunung ni boleh terjadi pada sesiapa saja yang mahu memanjat gunung dan selalunya terjadi pada orang muda yang bersungguh-sungguh untuk memanjat gunung. Lebih kurang macam gayat la, tapi ia lebih kepada tekanan mental.

Benda macam ni pun boleh jadi isu besar bagi blogger Pakatan Rakyat...nampak sangat dah tak ada idea nak fitnah Kerajaan Barisan Nasional...sampai daki gunung pun boleh diperlekehkan..kalau kesemua pendaki gagal sampai ke puncak tu boleh kita cari apa silapnya...

Tapi ni 6 orang warga felda telah berjaya sampai, ke puncak! itu pun nak pertikaikan lagi ka...nak harapkan puak Pakatan hantar? Sampai kiamat pun belum tentu mereka sanggup gadaikan nyawa untuk banggakan negara.

Mc betul-betul hairan mengapa Blogger Pakatan Rakyat ni boleh kata felda membazir duit kerajaan untuk anjurkan misi daki gunung Everest. Sebab Felda tak guna duit Kerajaan pun, semuanya ditanggung sendiri.

Buat pengetahuan blogger bodoh Pakatan Rakyat, Ekspedisi ini menggunakan dana Felda dan FGVH sendiri, malah sejak 1996 lagi, FELDA dah tak pakai duit kerajaan pusat...lainlah kalau misi ini gunakan duit Yahudi Soros..bolehlah blogger bangang ni fitnah usaha suci mendaki gunung Everest ni!!!

6 orang berjaya sampai ke puncak everest pun sudah dikira misi pendakian berjaya..takkan kerana ketua misi Everest ini tak berjaya terus nak nilai misi ni gagal..Siti Hanisah Sharuddin gagal pn sebab dia diserang AMS iaitu sejenis penyakit Akut Gunung...bukannya dia gagal kerana mengaku kalah!!!

Tinggal lagi 148 meter je Siti Hanisah nak tamatkan misi tapi apakan daya dia terpaksa mengalah kerana diserang AMS...Menggalah selepas berjuang lebh bagus daripada penulis Blogger Pakatan Rakyat yang bengong ni yang hanya tahu fitnah dan reka cipta cerita yang tak logik.





Tetapi selepas cubaan pertamanya gagal, Mc dimaklumkan beliau berjaya dicubaan keduanya. Itulah semangat anak muda yang kita cari. Bukan semangat nak bantah dan berdemo saja. Itu perosak namanya.

Pakatan Rakyat tak payah cakap banyak la, kalau berani sila hantar Adam Adli, Khalid Ismath dan mana-mana lagi budak pro Pakatan pi panjat Gunung Everest tu. Kita tengok, ada telor ka takdak!

Setakat cakap kosong pandai la..bodoh punya orang!

McTheory:
Dengki, fitnah perut busuk, itulah Pakatan Rakyat!

Selasa, 30 April 2013

INFO! Adaka Patut PKR Hantar Artis Tak Laku Layan Orang #Felda?


Nampaknya PKR  berani letak artis tempat tempoh si Dayangku Intan yang akan bertanding di Parlimen Pengerang..Penyandang parlimen ini, Datuk Seri Azalina Othman Said tidak akan mengalami masalah besar untuk melawan artis tamat tempoh ni...

Artis PKR ini fikir dia mampu melayan rakyat FELDA tapi itu adalah silap...Penyandang parlimen ini Datuk Azalina memang dikenali di peringkat akar umbi...banyak kemajuan dan pembangunan telah di bawa Datuk Azalina di Parlimen Pengerang ini..

Jika hendak dibandingkan dengan Artis ini, apakah sumbangannya di kawsan Pengerang yang majoritinya rakyat FELDA?sudah semestinya tidak ada langsung...yang dia mampu hanyalah melampiaskan nafsu dengan memfitnah dan menghasut rakyat di sini untuk memecah belahkan masyarakat FELDA....

Rakyat FELDA kawasan Pengerang ini tidak hairan langsung siapa yang akan bertanding di Parlimen ini..ini kerana sudah tercatat dihati mereka Datuk Azalina adalah pilihan yang tepat...

Letaklah artis hebat mana sekalipun...undi tetap pada Datuk Azalina dan Barisan Nasional...mengikut pengamatan aku..kawasan ini adalah kawasan COMFEM menang..letaklah siapa calon sekalipun..UNDI Tetap BN!!!!

Ahad, 28 April 2013

INFO! 54 Kerusi Parlimen dan 92 Kerusi DUN Kawasan Felda Kekal Milik BN! #PRU13 #Felda


Jika kita lihat senario politik kawasan FELDA ketika ini, pastinya anda dan warga peneroka merasa kurang selesa melihatkan serangan bertali arus pembangkang di kawasan melibatkan FELDA...tujuan utama pembangkang menyerang FELDA tidak lain tidak bukan hanyalah sandiwara mahukan undi dan kerusi di kawasan ini yang mana menjadi benteng kuat Barisan Nasional..

Berbagai-bagai serangan telah dilakukan dari sandiwara mengatakan FELDA bakal bankrap tetapi sehingga hari ini, kita lihat FELDA masih kekal seperti biasa dan semakin maju dengan penyenaraian FGVH di dalam bursa saham..

ANAK yang diupah oleh pembangkang untuk merencatkan sokongan peneroka dan warga FELDA kepada Barisan Nasional ternyata gagal..biarpun mereka cuba masuk tetapi tidak masih tidak mampu...biarpun mendapat sokongn padu media besar pembangkang seperti Malaysiakini, Harakah tetapi ianya bukan membuatkan warga FELDA bepaling tadah tetapi telah bersatu menyokong Barisan Nasional....

Jika dihitung kerusi Parlimen di kawasan FELDA ini adalah sebanyak 54 Kerusi dan 92 Kerusi untuk DUN..dahulu ada satu Barisan Nasional pernah kehilangan kerusi di Jengka yang mana majoritinya warga FELDA pada tahun 1999...ketika itu zaman reformasi yang memungkinkan ada yang terpedaya dengan anasir subversif yang di bawa Anwar Ibrahim...

Namun, kerusi tersebut telah berjaya di rampas kembali oleh Barisan Nasional pada PRU 11..sehingga waktu dikataakan tsunami politik ketika PRU 12 pun kerusi majoriti milik FELDA ini masih kekal milik BN...

Dijangkakan penolakan warga Felda kepada Pakatan Rakyat semakin kuat untuk PRU 13 memandangkan masyarakat FELDA sudah sedar akan penipuan demi penipuan yang dibawa oleh puak pembangkang...

Gelombang penolakan warga FELDA kepada pembangkang ini semakin kuat apabila Mazlan Aliman dan ANAK cuba memporak perandakan pemikiran masyarakat FELDA..hasil daripada usaha yang diiktiraf sia-sia Mazlan Aliman ini telah membuatkan masyarakat FELDA kini lebih bersatu..

Di tambah pula insiden pencerobohan lahad datu di Felda Sahabat telah mengukuhkan tali persaudaraan sesama masyarakat FELDA untuk terus bersama Barisan Nasional..Antara fitnah terbesar pembangkang terhadap FELDA adalah penyenaraian FGVH dikatakan akan membangkrapkan FELDA namun sehingga hari ini, FGVH terus memberi faedah kepada warga FELDA dengan pemberian berbagai jenis imbuhan dan bonus...

Kerusi-kerusi majoriti warga peneroka ini kebanyakannya berada di negeri Pahang, Johor dan Negeri Sembilan dan sebahagian di neger-negeri lain...Pembangkang tahu yang rakan setubuh mereka DAP tidak mampu masuk ke kawasan FELDA ini memandangkan masyarakat Melayu memang menolak sekeras-kerasnya parti rasis perkauman DAP ini..jadi dengan ini, mereka hanya menghantar calon-calon dari PAS dan PKR...

Penyertaan beberapa orang artis tidak laku dalam industri hiburan telah membuatkan warga FELDA secara sinis bersuara apakah tiada calon lain mampu menjadi pemimpin mereka..apakah bekas artis mampu memimpin atau hanya sekadar sandiwara politik...

Sabtu, 27 April 2013

HOT INFO! Lagi Perkara Pasal #Felda Yang Patut Anda Tahu! #FGVH


Sebelum ini ramai yang tak tahu apa itu tanah FELDA dan apa pula status tanah peneroka, namun selepas isu FGVH ni tersebar diseluruh pelusuk Malaysia. Ramai yang ingin tahu, sebab Mazlan Aliman dalam ceramahnya banyak sembunyikan fakta dan kebenaran.

Apa itu Tanah FELDA?

Nama pun tanah FELDA..sudah tentu tanah ini milik FELDA..tanah ini diusahakan sendiri oleh pihak FELDA dan langsung tiada kaitan dengan peneroka..FELDA ada hak untuk memberi hak ini kepada para peneroka melalui tawaran permohonan peneroka baru...jikalau seseorang anak FELDA tidak menjadi salah seorang keluarga peneroka FELDA, mereka masih boleh berkhidmat di FELDA dengan menjadi kakitangan atau pekerja FELDA walaupun bukan bergelar peneroka...
Pembangkang perlu tahu..kebanyakan daripada mereka beranggapan..anak FELDA jer pasti kerjanya menyawit..walhal sehingga hari ini, macam-macam benda anak-anak FELDA ini sudah buat...ada yang mengusahakan pembuatan elektronik telefon, ada yang ingin mendaki gunung Everest dan ada yang sudah bermain bola sepak dieropah...

Satu perkara yang saya banggakan anak-anak FELDA ini ialah mereka sangat bermotivasi untuk memajukan diri mereka disamping membawa nama FELDA di persada dunia...

Apa pula tanah peneroka?



Tanah peneroka ini adalah hak milik peneroka. Pada waktu dulu, felda akan dibagikan 1/2-1 ekar untuk tempat tinggal...Felda akan membahagikan 1 bahagian mengikut sistem blok yang mana satu block terdapat 10 ekar tanah..
Dalam 10 ekar ini terdapat 4 orang pemilik...setiap orang pemilik akan dapat memperolehi 10 ekar tanah di blok yang berbeza..makanya setiap orang pemilik akan dapat 2.5 ekar tanah di setiap blok yang mana mereka akan ada hak 2.5 ekar dalam 4 blok berbeza...ini adalah salah satu pendekatan untuk memudahkan urusan...

Felda akan memberi tanah dan rumah ini dalam bentuk ansuran yang mana harganya sangat berpatutan..sebelum ini, para peneroka diberi hak sebanyak 2.5 ekar x 4 bahagian...1 bahagian itu dikongsi dengan orang lain..sampai 1 masa, kesemua tanah ini akan dicantumkan menjadi 10 ekar..bolehlah nego suka sama suka...

Tanah dan rumah yang diansuran akan menjadi hak mutlak setelah semua bayaran selesai..para peneroka juga akan dapat geran...

Peneroka Boleh Buat Pilihan...


Bila tanah dah jadi hak milik para peneroka..mereka ada 2 pilihan samada nak urus sendiri atau suruh FELDA urus...sekiranya mereka menebang pokok untuk penanamn semula tiada income akan diperolehi sehingga pokok mengeluarkan hasil...

Jika peneroka tidak mampu untuk mengurus sendiri tanah mereka, maka mereka boleh mengambil inisiatif untuk FELDA menguruskan...sepanjang FELDA menguruskan tanah ini, mereka akan menerima hasil walaupun duduk goyang kaki di rumah...

Manakala sekiranya mereka mampu mengurus sendiri, mereka boleh upah pekerja dari kalangan anak peneroka mahupun warga indonesia...FELDA akan memberi bantuan dari segi baja subsidi...cumanya mereka perlu mengeluarkan modal sendiri untuk tanam semula dan pengurusan...hasilnya mereka boleh menjual kepada FELDA walaupun mereka menguruskan sendiri...

Walaupun peneroka memilih untuk mengurus sendiri tanah, mereka tetap mendapat hak seperti peneroka yang mengamanahkan FELDA mengurus tanah...jikalau FELDA memberi bonus raya, bonus hasil sawit dan apa sahaja betuk bonus...semua peneroka akan mendapat manfaat...

Lihatlah betapa bertuahnya badan peneroka, itu pun tak, masih ada yang tak tahu bersyukur. Kalau Mc jadi peneroka, tadah tangan dan bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Malah Mc rasa bertuah kerana Allah kekalkan negara kita dibawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Moga kekal atas kehendaknya, Aminn...

Jumaat, 26 April 2013

HOT INFO! Rahmat Kepada Felda yang tak ramai orang tahu #Felda!



Bertuah betul jadi anak peneroka Felda ni. Awat la Mc dulu tak dilahirkan dalam keluarga peneroka. Pada yang bijak pandai, ada biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran. Pada yang agak kurang pandai pun tak dilupakan, Felda tetap membantu.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata matlamat Felda ialah memberi peluang kedua kepada generasi kedua Felda yang kurang cemerlang di bidang akademik bagi mendapat latihan untuk bersaing di pasaran kerja.

“Setakat ini sebanyak 80 buah institut latihan kemahiran menjalin kerjasama dengan Felda dalam usaha menyediakan program latihan kemahiran itu.

“Sejak 2005 seramai 35,000 orang generasi kedua Felda yang kurang cemerlang dalam bidang akademik telah mengikuti pelbagai program latihan yang disediakan, sekurang-kurangnya seorang satu kemahiran,” katanya.

Mohd Isa berkata setiap tahun Felda memperuntukkan RM50 juta untuk program latihan kemahiran kepada generasi kedua.

Pada anak peneroka yang dapat keputusan SPM kurang baik. Mc rasa tak perlu risau dengan peluang yang diberikan oleh Felda.

Sudahlah dapat lot saham, dapat durian runtuh, nak sambung belajar pun dibantu lagi? Tapi mengapa masih ada peneroka yang menyokong pembangkang?


Malah ada yang percaya betul dengan pengkhianat Felda si, Mazlan Aliman. Kalau ada masalah dengan pengurusan tu, perkara biasa. Bawak-bawaklah berbincang. Takkan disebabkan sedikit hal yang kecil, telah memadam memori bantuan Felda kepada peneroka? Fikirkanlah..


McTheory:
Fikir betul-betul yang mana lebih banyak berjasa..

Khamis, 25 April 2013

GEMPAR!! Peguam Wan Azizah 'Cabut Lari' Kendali Kes Saman #Felda #FGV Terhadap PKR...#TolakFitnah


Baru-baru ini peguam Kak Wan si Presiden PKR telah menarik diri daripada terus mengendali kes saman Felda terhadap PKR yang telah secara jelas memfitnah FELDA akan Bankrap!...

FELDA diwakili peguam Datuk Fairuz Hussein Jamaluddin manakala Wan Azizah diwakili peguam Mohd Afiq Mohd Noor telah menarik diri tanpa sebab...masakan mungkin tiada sebab tapi bertindak menarik diri...

Mudahnya alasan nak lepaskan diri...tarik diri tanpa sebab...yelah..kita ni tidur tanpa sebab...makan dan minum semua tanpa sebabkan...hehe


Dalam kes saman ini,FELDA telah memfailkan saman RM 200 juta mendakwa artikel pertama bertajuk 'Felda Bangkrap' dan artikel kedua berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

Inilah padahnya asik dengan fitnah...Dalam kes ini juga, selain Kak Wan, turut dinamakan FELDA sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn Bhd, Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu.

Berat benar kes ini...sampai peguam pun tarik diri..dahulu pun kalau korang masih ingat, Surendren pernah berkata bahawa Felda tak boleh saman pembangkang kerana melanggar hak asasi...



Di bawah ini petikan ayat Surendren :


"Jika perkara itu dibenarkan (Felda Saman Pihak lain), maka hak rakyat untuk mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan, institusi kerajaan dan badan berkanun, akan tergugat,"

Felda ditubuhkan dengan menawarkan skim-skim tertentu bagi membantu peneroka, bukannnya "dipergunakan oleh segelintir orang untuk menghentam parti politik pembangkang".

Betapa sialnya si surendran ni...Felda juga mempunyai hak untuk dijaga..kalau ikut kepala si bengong ni..pembangkang bolehlah sesuka hati tabur fitnah untuk memburuk-burukkan Felda...kata ingin menegakkan keadilan..tapi time depa balun FELDA bukan main seronok lagi..bila FELDA nak saman depa kata tak boleh saman..

McTheory:
sory tadi ada masalah teknikal sikit.. harap maaf..

Rabu, 24 April 2013

PANASS!! Saham #FGV Terus Rugikan Peneroka #Felda?


Di siri ceramah ANAK haram yang sudah hampir terkubur tu, mereka tidak sudah-sudah kata saham FGV asyik jatuh saja, meh sini aku nak kongsi..saham mana yang tak pernah alami kejatuhan? yang bodohnya puak ANAK bengong ni, depa tidak adil..bila mana saham jatuh jer..terus depa kata saham FELDA jatuh bankrup.

Sedangkan selepas tu, saham FGV naik mencanak-canak dan dikatakan akan mengaut keuntungan sebanyak 150%. Wow! banyak tu, kat bawah ni Mc sertakan graf naik turun FGV.

Saham FGV

Ni buktinya..adakah graf tu jatuh menjunam? tidak bukan..ianya turun dan naik? biasalah saham..nama pun saham..mestilah turun naik.

Oklah di sini ada beberapa fakta untuk dikongsikan : 
1) Sejak kebelakangan ni, pasaran ekuiti global agak lemah terutama dengan situasi ekonomi Eropah yang tidak menentu..
2) FGV terlibat dalam industri berkaitan kelapa sawit, naik turun harga saham syarikat dalam industri ini bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah.
3) Harga sawit bergerak secara 'cyclical' turun dan naik semula mengikut masa. Bila harga sawit naik, melambung jugalah saham FGV dan syarikat-syarikat lain dalam industri yang sama.
4) Pembangkang gila ceramah sampai tak faham perjalanan perniagaan saham..Sebab itu jugalah KOHILAL, Syarikat milik mereka tu dulu lingkup.

Kalau tak pandai bab saham, tak payah cakap la, memalukan saja. Kalau tak pandai berniaga, bagi orang lain berniaga, yang tak pandai tu makan gaji sudah. Sama juga macam memerintah negara, kalau tak pandai tu, tak payah nak perintah, bagi orang lain. Korang jadi pembangkang lebih sesuai, sebab itu saja yang korang tu. Bangkang segala yang Kerajaan buat!


McTheory:
Kalau bodoh tu, belajar, bukan sukahati buat-buat pandai!

Ahad, 14 April 2013

HOT INFO! Mazlan Aliman Boleh Sakit Jantung Bila Dengar Cerita #Felda #FGVH Ni!!


Datuk Sabri Ahmad 

Sebenarnya Mc baru mendapat info mengenai FGV. FGV akan melebarkan lagi perniagaan dan pelaburan mereka ke Myanmar pulak. Dahsyat betul, lagi dihentam, lagi dikutuk, lagi bersemangat FGV mengorak langkah.

FGV bakal memuktamadkan satu pengambilalihan asset berkaitan perladangan getah di Myanmar dalam tempoh 6 bulan ini. Selama ni ada yang kata FGV akan merudum adalah fitnah yang sangat besar..kalau fikir secara logik, kalau syarikat nak merudum, takkan mampu ambil alih syarikat lain..kalau syarikat dalam Negara tak apalah juga..ini syarikat negara luar.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Sabri Ahmad, beliau menjelaskan bahawa pihaknya sedang mengadakan rundingan dan kajian daya maju bagi menilai potensi sumbangan pengambilalihan aset berkenaan…pengambilalihan ini mungkin berupa sebuah aset kilang pemprosesan getah di Myanmar.

Penyenaraian ini perlu dilakukan berhati-hati kerana ingin memastikan peningkatan pendapatan yang lumayan untuk masa depan…memang gilalah kemajuan yang pencapai FGV ni..memang patut pun digelar syarikat perladangan ketiga terbesar di dunia!

Untuk makluman, prestasi FGV kini berada dalam kedudukan selesa untuk melaksanakan sebarang pengambilalihan kerana mempunyai kedudukan tunai yang kukuh selepas penyenaraian selain ditambah dengan dana hasil pelupusan 20 peratus kepentingan dalam Kumpulan Tradewind.

Disebabkan itu, Mazlan Aliman sekarang ni diam saja. Sebab FGV dah stabil, kalau dia sentuh hal FGV lagi, tentu dia kena maki nanti. he he.. 

Patutnya rakyat Malaysia berbangga dengan FGV, selain menambah pendapat negara, FGV juga bakal membawa nama Malaysia kepersada antarabangsa. Contoh macamnya Petronas. Mazlan? dia tak pi mana-mana, orang jahat kaki fitnah mana berjaya. Semua orang benci!

McTheory:
Punyala takut, Mazlan tak berani jadi calon pun.. he he

Sabtu, 13 April 2013

PANASS!! Mazlan Aliman Lari dari jadi Calon? Telur Sudah Hilang ka? #Felda #FGVH



Kenapa agaknya Mazlan Aliman penentang Felda paling berpengaruh dalam Pakatan Haram tidak mahu bertanding satu Dun pun dikawasan Felda? Malah Mazlan seolah-olah mengelak untuk menjadi calon? Bukankah dia rasa dirinya hebat, kalau hebat jadilah calon!

Mulanya ingat, Mazlan yang merupakan Presiden ANAK haram dan YDP PAS Tenggara akan bertanding pada PRU13 kali ini, namun sangkaan salah, kerana dia tidak bertanding rupanya! Dia menamakan pesara Felda yang baru sangat jadi ahli PAS, Mohd Said Jonit sebagai calon parlimen Tenggara. Said Jonit ni khabarnya orang Simpang Renggam.

Manakala bagi kerusi DUN Pasir Raja pula, Mazlan juga lari dengan menamakan askar pencen, Lef Kol (B) Nazari Mokhtar sebagai calon. Askar pencen ini adalah anak kepada peneroka Felda Bukit Besar yang masuk PAS sebab gagal dapat tempat dalam UMNO! 

Calon-calon itu dinamakan selepas Mazlan tak berani nak bertanding sebab takut kalah, ini merupakan individu-individu yang terhasut dengan dakyah-dakyah songsang ANAK haram.

Apa yang mengejutkan adalah mengapa Mazlan tidak bertanding jika dia kata para peneroka Felda bersama dirinya sedangkan parlimen Tenggara ada 7 Felda! Dalam DUN Pasir Raja ada 4 Felda beb! Kenapa dia tak lawan?

Malah si Mazlan menamakan Said Jonit, bekas CEO Felda Plantation sebagai calon parlimen Tenggara hanya menyebabkan kemarahan kepada warga Felda.

Sebabnya, menurut warga Felda, semasa zaman Said Jonit inilah banyak kebun tanam semula yang gagal diuruskan dengan baik oleh Felda Plantation hingga menyusahkan warga Felda. Mohd Said nak salahkan siapa? Kalau dah dia ketuanya, takkan nak salahkan UMNO?

Bab DUN Pasir Raja ni, kalau setakat Nazari yang bertanding, confirm hilang wang pertaruhan. Apa tidaknya, sejak Nazari balik kampung, bukan kata orang kampung biasa, Ketua AMK Johor, Zabidi Abas yang juga anak jati Felda Bukit Besar terus menjauhkan diri dari politik Tenggara ini.

Jadi memang benarlah yang Mazlan Aliman seorang pengecut dan manusia yang hanya pandai berkata-kata retorik penuh hasutan sahaja?

Patutnya sebagai Ketua Pemberontak di Felda, Mazlan kena test power, tengok ramai mana yang sokongnya tu!!

McTheory:
Takdak telor sungguh Mazlan ni..

Jumaat, 12 April 2013

INFO! Peneroka Harus Terus Menyokong #Felda!



Timbalan Perdana Menteri berkata, masyarakat FELDA pada hari ini semakin membangun dengan penempatan mereka mempunyai sistem jalan raya yang baik dan peneroka memiliki rumah yang selesa berbanding dahulu.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, walaupun ada cubaan pembangkang untuk meracuni fikiran masyarakat Felda, namun beliau yakin mereka tidak terpedaya dengan tipu helah itu.

"Pembangkang berkempen dengan membuat janji yang sedap didengar tetapi tidak menjelaskannya secara terperinci.

"Jadi, saya harap masyarakat Felda jangan tertipu. Kita kena bijak menilai demi masa depan generasi anak muda," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin turut memuji program kolaborasi strategik yang bertujuan membangunkan persekitaran lestari di kawasan komuniti itu.

Selain meningkatkan pendapatan, katanya, warga FELDA perlu memberi penekanan kepada usaha memelihara alam sekitar dan mencantikkan kawasan persekitaran.

Program tiga hari itu adalah kerjasama antara FELDA, Universiti Teknologi Malaysia, Landskap Johor dan Kolej Komuniti Muar.

Selagi FELDA ditangan yang betul, percayalah FELDA akan maju seperti mana syarikat Multinasional yang lain.

Jumaat, 5 April 2013

PANASS!! Kaitan Mazlan Aliman dan Pengalaman lampaunya dengan #Felda?



 
Sebut nama Mazlan Aliman, dah tentu kita tahu bahawa dia ni penentang Felda nombor satu di dunia ni. Tapi kita tahu ke latar belakang family dia?

Mazlan Aliman pernah 'bengang' dengan Felda kerana dalam majalah 'ICT Jelas' keluaran Felda Bil : 4/2010, ada mengeluarkan satu wawancara bersama Abd Rahim bin Aliman, iaitu abang kepada Mazlan Aliman.

Wawancara tersebut sungguh menarik sekali. Di hati kecil Mc berkata, 'patutlah Mazlan marah sangat dengan Felda'. Mc tidak mahu menulis panjang lebar berkenaan artikel tersebut tetapi cukuplah dengan menulis semua yang di 'hitam'kan di majalah:


1) Saya adalah anak peneroka. 6 orang adik beradik saya yang lain juga adalah peneroka.

2) Dari segi pendidikan pula, sejak darjah 5, anak-anak peneroka ini dijaga oleh Felda sampailah mereka memasuki universiti.

3) Jangan percaya kepada orang luar yang ada niat politik datang ke tempat kita kononnya nak membantu.

4) Nasihat saya kepada peneroka... Marilah kita bersama Felda. Ikutlah program tanam semula bersama Felda. Kita semakin tua. Kalau kita berduit pun, kita tidak mempunyai tenaga untuk menguruskan ladang 10 ekar.

5) Akhir sekali saya juga selaku abang kepada saudara mazlan Aliman, ingin menyeru kepada peneroka-peneroka yang terlibat bersama beliau, PULANGLAH KE PANGKAL JALAN.

 
Oleh itu, Mc juga nak berpesan kepada Mazlan supaya janganlah memecah belahkan masyarakat peneroka. Ingatlah, Felda sudah banyak berjasa kepada peneroka. 

Memang Felda bukanlah 100% sempurna namun pihak pengurusannya telah berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada mereka. Ingatlah, tidak semestinya apabila bertukar kerajaan, semuanya akan menjadi baik.

Cuba kita lihat contoh negara luar, ramai banyak negara yang kacau bilau bila bertukar Kerajaan? Apakah kita nak negara kita jadi seperti itu? Fikirkanlahh..

McTheory:
Menyesal kemudian tidak berguna

Rabu, 3 April 2013

PANASS!! Kisah Anak #Felda Bermain Bola di England? #Fgvh


 Mc teruja bila mengetahui 50 orang anak muda dari Akademi FELDA Kuantan telah diberi penghormatan menjalani latihan selama 3 minggu bersama team Cardiff City di England. Cardiff City sebuah kelab hak milik Malaysia yang bermain d Liga 1 England.




Siapa sangka, anak muda Felda diberi peluang yang begitu hebat. Tak termimpi mereka untuk menjejakan kaki di England untuk berlatih dan kelab yang sudah ada nama.

Anak muda Felda ini juga telah diberi penghormatan untuk masuk ke dalam padang ketika waktu rehat semasa perlawanan Cardiff City menentang Sheffield United. Anak-anak Felda ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada 25,000 orang penonton yang sedang menyaksikan perlawanan tersebut.

Satu ucapan tahniah harus diberikan kepada DS Najib Razak atas usaha ini yang mana telah memberikan pengalaman baru buat anak bangsa kita, tidak lupa juga satu ucapan tahniah kepada Pemilik Cardiff City FC, Tan Sri Vincent Tan kerana membuka peluang ini.

Selepas tertubuhnya Akademi Felda Kuantan, ada tiga lagi Akademi Felda akan dirubuhkan iaitu di Alor Setar dan Gua Musang, Kelantan dengan ketiga sedang dirancang di wilayah selatan...aku harapkan anak-anak generasi Felda ini, akan terus dalam perjuangan mereka dan tidak terpengaruh dengan anasir sial subversif sepertimana yang dibawa Mazlan Aliman dan Anak haram mereka.

Dijangkakan Felda juga akan membina sebuah stadium yang berkapasiti 30,000 di Bandar Tun Razak Jengka, Pahang. Ini menunjukan Felda sememangnya serius hal meningkatkan mutu bola sepak tanah air kita.

Malah, Felda juga dikatakan akan membina gelanggang Futsal di setiap kawasan penempatan peneroka Felda. Inilah yang dikatakan Felda untuk rakyat, bukan macam perjuangan ANAK 'haram' Mazlan Aliman yang hanya mahu memburukan Felda semata-mata.

Mc harap, peneroka Felda dapat menilai yang mana intan, yang mana kaca. Tapi kalau Mazlan Aliman tu, bukan kaca. Tapi sampah yang tak berguna langsung!

McTheory:
Sampah? Buang la dalam tong sampah weii..

Selasa, 2 April 2013

INFO! #Felda Sudah Jadi Syarikat Multinasional!


Selain daripada syarikat minyak nasional Petronas, Malaysia tidak ada nama syarikat multinasional yang begitu gah namanya di serata dunia. Sebab itu kita mengalu-alukan daya usaha Felda Global Ventures Holdings yang ditubuhkan pada 2007, sebagai sayap pelaburan Felda untuk berkembang ke luar negara.

Kumpulan Felda kini mempunyai 80 syarikat yang aktif. Sebagai sebuah entiti bebas dan tidak lagi bergantung pada bantuan atau dana daripada kerajaan, apa sahaja pendapatan dan keuntungan dijana oleh Kumpulan Felda, para peneroka juga akan menikmatinya secara bersama.

Ia boleh diterima dalam bentuk pembangunan komuniti, infrastruktur, tanggungjawab sosial korporat, biasiswa, pendidikan, tanaman semula, bantuan kewangan dan sebagainya. Perubahan-perubahan yang dilakukan Felda semenjak beberapa tahun lalu adalah bagi memenuhi keperluan komuniti Felda sendiri yang juga berubah mengikut peredaran semasa.

Misalnya pada 1996, Felda telah diperbadankan sebagai Felda Holdings dengan objektif merancakkan aktiviti komersial melalui beberapa anak syarikat yang terlibat dalam pelbagai perniagaan.

Ketika peneroka sibuk mengusahakan tanah-tanah mereka, Felda Holdings dan Felda Global pula memperluaskan operasinya yang majoritinya berkaitan dengan kepakarannya dalam urusan peladangan.

Tidak ketinggalan dalam membantu meningkatkan pendapatan peneroka dalam pemberian dividen yang tinggi setiap tahun ialah Koperasi Permodalan Felda (KPF). Pada tahun lalu sahaja KPF dilaporkan membayar dividen 15 peratus dan purata tahunan 14 peratus sejak 10 tahun lalu kepada ahlinya yang terdiri daripada peneroka dan kakitangan Felda. Bayaran dividen ini lebih tinggi daripada yang diberi oleh saham-saham amanah Permodalan Nasional Berhad.

Kejayaan ini menjadi jasa perjuangan kerajaan selama ini kepada keluarga peneroka Felda di seluruh negara, menyebabkan ada pihak tidak senang hati. Berikutan itu, sengaja ditimbulkan cerita kononnya Felda bankrap dan cuba menyerang agensi ini kerana melihat kawasan tanah rancangan menjadi kubu kuat kerajaan Barisan Nasional (BN).

Felda sebenarnya tidak lagi menerima geran dan bantuan kewangan daripada kerajaan sejak 1996 selepas menyelesaikan hutang Bank Dunia dan menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM400 juta setahun. Jadi ia menunjukkan Felda mampu mengurus kewangannya dan cerita Felda bangkrap adalah karut.

Baru-baru ini Felda Global menyenaraikan syarikat gulanya MSM di Bursa Malaysia - yang pertama sebuah syarikat Felda disenaraikan - berjaya memberi keuntungan hampir RM300 juta kepada Koperasi Permodalan Felda yang memiliki pegangan saham 20 peratus dalam MSM.

Berikutan kejayaan itu, timbul spekulasi penyenaraian Kumpulan Felda di Bursa malaysia sebagaimana dicetuskan daripada idea Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2003 dahulu. Para peneroka kini mahu melihat kaedah meningkatkan pendapatan mereka melalui cara yang berbeza. Kalau dahulu dengan tangan dan cangkul, tetapi dengan terbukti penyenaraian MSM, mereka juga mengharapkan mendapat laba jika Kumpulan Felda turut disenaraikan.

Di alaf fasa kedua 50 tahun pertumbuhan Felda, punca pendapatan peneroka bukan hanya akan datang daripada hasil tanah yang diusahakan tetapi akan juga melalui pelaburan di dalam KPF.

Salah satu kelebihan apabila Felda disenaraikan - modal yang diperolehi boleh dimanfaatkan untuk dana penyelidikan dan pembangunan (R&D), meningkatkan produk dan tekonologi untuk memudahkan kerja-kerja peneroka.

KPF dimiliki oleh peneroka dan kakitangan Felda. Hanya mereka sahaja layak melabur dalam KPF. Jadi jika Felda disenaraikan, keuntungan akan disalurkan semula kepada KPF. Jika purata dividen KPF ialah 15 peratus, bayangkan berapa jumlah diperolehinya jika Kumpulan Felda disenaraikan?

Jangan kita lupa, Felda adalah cermin kejayaan konglomerat Malaysia yang mempunyai kekuatan dan nama yang gah.

Isnin, 1 April 2013

HOT INFO! Mazlan Aliman KANTOI Fitnah #Felda dan #FGVH!


Mazlan Aliman sudah banyak kali kantoi dalam isu melibatkan warga FELDA...setelah dia lihat isu FELDA yang melibatkan para peneroka ini susah untuk pusing...maka, baru-baru ini dia dikatakan telah menziarah Pak Cik Utoh di Kg Melayu Sedenak.

Dalam laporan yang dikeluarkan Facebook dan Sinar harian jelas menunjukkan bagaimana cara Mazlan Aliman memainkan politik kolot...pergi ziarah rumah orang..lepas tu beri sumbangan sikit...bila balik jer dia uplah cerita kononnya Pak Cik utoh ini daif daif dan tidak mendapat pembelaan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Akhbar Sinar yang membuat liputan ini, jelas menyebelahi Mazlan Aliman tanpa usul periksa dan fakta yang jelas...Laporan Sinar seolah-olah menunjukkan yang Pak Cik Utoh hidup dalam kesengsaraan...bolah baca dibawah.


Apa yang aku hendak jelaskan di sini ialah Mazlan Aliman adalah seorang manusia yang pandai putar belit...dia mendakwa bahawa Pak Cik Utoh LANGSUNG tidak pernah mendapat pembelaan...perbuatan Mazlan Aliman ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sedia ada tidak bertanggung jawab.

Jika anda baca petikan daripada Facebook Mazlan Aliman, nescaya anda akan beranggapan kononnya memang benar Pak Cik Utoh hidup dalam keadaan daif...sebenarnya, apa yan diceritakan oleh Mazlan adalah rekayasa yang sangat kejam.

Benar kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga....cerita Mazlan Aliman terhadap Pak Cik Utoh ini telah menaikkan kemarahan jiran tetangga Pak Cik Utoh...dakwaan Mazlan Aliman tentang kehidupan Pak Cik Utoh yang tinggal di pondok tanpa bekalan air dan elektrik adalah tersangat bohong.

Memang patut pun Jiran Tetangga Pak Cik Utoh marah...sebenarnya, Pak Cik Utoh mempunyai 2 rumah yang sangat rapat...pertama pondok yang seperti didakwa Mazlan...tetapi ada satu perkara yang Mazlan sembunyikan dan akhirnya terkantoi!!

Buat pembaca yang masih mengagung-agungkan Mazlan ini, aku nasihatkan korang cukup-cukuplah...berhampiran pondok seperti gambar di atas, Pak Cik Utoh juga mempunyai rumah baru hasil bantuan PPRT yang mana lengkap dengan kemudahan asas air dan elektrik.

Jika aku bercakap macam ini, sudah mesti puak pembangkang tak akan percaya...di sini aku lampirkan beberapa respon terhadap statement Mazlan Aliman yang cuba mengaibkan Pak Cik Utuh...pemberi maklumt adalah orang yang hidup rapat bersama Pak Cik Utoh.

Jiran tetangga Pak Cik Utoh yang berang dengan FITNAH dilemparkan Mazlan Aliman
Respon di atas adalah tindak balas jiran Pak Cik Utoh terhadap pembohongan Mazlan Aliman.


Inilah modus operandi Mazlan Aliman..pergi beri bantuan dan jengguk-jenguk orang kampung..lepas tu buat fitnah...Bagi yang tidak mengetahui, Pak Cik Utoh mempunyai 2 buah rumah (Rumah PPRT dan Pondok)..tidak perlu kita tanya kenapa Mazlan tidak masukkan sekali rumah PPRT tu...jawapannya hanya mahu mewujudkan sentimen membenci kerajaan..itu sahaja.

Khamis, 28 Mac 2013

PANASS!! Kenapa Mazlan Aliman Dengki Sangat Dengan #Felda #FGVH?!!


Mesti ramai yang tertanya-tanya apa kaitannya Mazlan Aliman dengan Felda. Siapa dirinya yang sebenar dan layak atau tidak dia menjadi wakil berbicara pasal kepentingan anak peneroka?

Mazlan Aliman sebenarnya cuma seorang politikus PAS yang diangkat menjadi AJK PAS Pusat bukan kerana ilmu agama yang tinggi tetapi kerana kontroversi, fitnahnya serta kebiadapannya dalam membawa isu Felda. Erti kata lain seorang populis murahan PAS.

Dia telah menubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang dijadikan sebagai agen untuk menghasut para peneroka untuk membenci kerajaan. Semua yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan akan cuba digagalkan melalui persatuan itu.

Dia yang merupakan anak Batu Pahat dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai , Johor. Seorang yang dibesarkan di Felda tetapi tidak sedar dek untung, nama Felda cuma dicalarkan sehabisnya. Atas sebab apa ya?

Dendam kesumat apa yang merasuk hatinya? Sebenarnya Mazlan inilah orang yang mahu melihat anak-anak Felda tidak berjaya sebagai pembalasan dendam kebanyakan orang Felda tidak mengundi dirinya ketika bertanding sebanyak tiga kali pada tahun 1999, 2004 dan 2008.

Kerana itu jugalah mungkin dirinya ahu melihat Felda itu runtuh. Itu baru bercakap pasal Felda ya! Mungkin kerana hatinya yang sudah tidak lagi 'putih'. Dendamnya membara tatkala dia ditangkap kerana tidak mempunyai permit berceramah di Felda Klau, Raub, Pahang.

Tapi sebenarnya, orang Felda Klau sendiri yang buat aporan polis sebab tak tahan dengar dia fitnah Felda! Kiranya dia memang menipu sejak dahulu lagi kepada orang Felda!

Sebab itu Mc kata dia tak layak bercakap pasal Felda ataupun FGVH. Lagi tak layak bila dia bukannya orang yang bijak bermain saham! Dia jugak yang cuba saman orang yang dituduh berkonspirasi menyebabkan dirinya ditahan namun dia gagal mengemukan bukti yang mengatakan wujudnya unsur-unsur konspirasi. Erti kata lain dia fitnah dan kantoi!

Orang kaki fitnah dan penipu macam ni pun ada orang nak percaya lagi ka? adehh laa..

Rabu, 27 Mac 2013

PANASS!! Perkara Benar yang Pembangkang tak Pernah Nak Tunjuk Pasal #Felda #FGVH



Puak pembangkang selalu hentam dan sebarkan carta penurunan saham FGV kononnya terendah. Tapi mereka tak sebarkan graf saham perladangan lain yang turut menurun.

Carta yang sering disebarkan oleh pihak pro pembangkang..

Carta saham-saham perladangan lain dalam tempoh yang sama...













Ini bermakna, semasa penurunan yang lepas, bukan hanya FGV saja yag jatuh. Semua saham perladangan lain turut jatuh. Namun paling pembangkang sedih apabila FGV mencatatkan keuntungan besar tahun lepas. Nak baca boleh klik SINI

Carta-carta diatas Mc ambil dari blog Carta Kebenaran

Selasa, 26 Mac 2013

HOT INFO! Cerita yang kita patut tahu mengenai #Felda #Fgvh



Dulu mereka mendakwa bahawa FELDA bakal rugi sebanyak RM 2 billion tetapi setelah diperjelaskan ternyata geng pembangkang kecut telur dengan prestasi Felda dan FGV yang mana memperolehi dana sebanyak RM 9.9 billion..

Si Mazlan mencanang bahawa FELDA bakal lingkup kerana penyenaraian FGV tetapi mereka sedikit pun tak fikir yang kerajaan Selangor bawah pakatan lagi teruk...habis semua di gadainya...Yayasan Selangor apa cerita?ibu tunggal rakyat Selangor ditipu..rakyat ditindas dengan isu Air...


Yang keduanya, mereka mendakwa bahawa KWSP diperkakaskan untuk menyelamatkan FELDA..itu semua pembohong!!!perkara yang sebenarnya berlaku, KWSP hanya memiliki 184.7 juta unit saham FGV daripada jumlah keseluruhan iaitu 3.6 billion...

Selepas suntikan saham di FGV, KWSP telah menambah sebanyak 281 juta iaini (7.7%)..apa yang dilakukan KWSP adalah untuk pelaburan jangka panjang..takkanlah anggota KWSP nak labur duit semata-mata mahu selamatkan FELDA..KWSP pun fikir...kalau itu tujuannya, bermakna ianya telah memperjudikan wang rakyat..KWSP bukan macam pembangkang suka-suka guna rakyat untuk kepentingan politik mereka...

ANAK dan pembangkang meramalkan saham FGV akan jatuh merudum tetapi ramalan mereka ternyata meleset..maka mereka fitnahlah kata kejayaan FGV bukan kerana diri sendiri tetapi disebabkan bantuan KWSP..haha...


Terakhir ni lagilah tipu..bukan main lagi WAK CANANG (Mazlan Aliman) kata jikalau saham FGV jatuh maka peneroka akan rugi kerana menanggung kadar faedah pinjaman pembelian saham..itu semua penipuan terancang oleh ANAK dan pembangkang...

Perkara yang sebenarnya cuba disembunyikan ialah..sejak September 2012...Felda sudah mengambil alih semua pinjaman itu..makanya di sini, para peneroka tidak berhutang dengan bank tetapi mereka berhutang dengan FELDA..dari celah mana pula kata peneroka perit!!adoiyai!!!

Para peneroka hanya perlu bayar sebanyak 800 unit saham sahaja yang dibeli...FELDA turut memberi kelonggaran kepada peneroka untuk membayar ecara beransur-ansur dengan kadar RM 50 sebulan sahaja...apalah sangat sebulan 50 kan...

Para peneroka melahirkan rasa syukur kerana mereka dapat manfaat yang mana mereka hanya perlu fikir untung..rugi tu semua mereka tak perlu tahu dan mereka takkan rugi...malah mereka hanya perlu bayar ansuran sahaja tanpa dikenakan bunga...

Selasa, 19 Mac 2013

HOT INFO! Walaupun Di Serang Penganas #Felda Tetap Diyakini Oleh Pelabur Luar! #FGVH


Mc sebenarnya kagum dengan keyakinan peniaga kepada Felda, walaupun kita tahu Felda Sahabat telah diserang oleh penceroboh yang ganas, namun aktiviti eksport minyak sawit keluar tetap berjalan lancar.

Ini bermakna segala khabar angin mengenai Felda tidak menjejaskan aktiviti perniagaannya kerana para peniaga luar tetap yakin dengan kemampuan Felda dan FGVH menguruskan perniagaan walaupun dalam konflik yang dahsyat.

Keyakinan itu juga sebenarnya diteraskan oleh keupayaan anggota keselamatan negara telah terbukti, bayangkan, kilang penapisan minyak sawit mentah yang terletak di Felda Sahabat 16 teramat hampir iaitu hanya 16 KM dari lokasi kejadian krisis ini. Malah perkara ini telah disahkan oleh Pengurus Kawasan Felda Transport Services Sdn Bhd, Sukirman Mukhtar.

Keupayaan pihak keselamatan memperketatkan kawalan telah berjaya meningkatkan keyakinan para peniaga dari luar. Operasi tetap berjalan seperti biasa walaupun terpaksa ditutup sementara pada 23 Februari lalu. Namun selepas itu, operasi berjalan seperti biasa.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dengan hasil usaha Felda ini, kerana hasil Felda bukan sahaja untuk keperluan tempatan tetapi telah menjalankan aktiviti eksport hasil ke pasaran antarabangsa contohnya di negara Pakistan, China, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Ini terbukti apabila pada 14 Mac yang lalu, Kapal Tangki pertama, Bungan Allium telah berlabuh di jeti Felda Sahabat 16 untuk mengambil minyak Sawit Mentah yang sudah diproses untuk penghantaran ke Pakistan.

Dalam konflik dengan penganas pun mereka sanggup lagi datang ambil minyak, lihat betapa yakinnya orang luar dengan kita. Bukan saja kepada Felda, tetapi pada Kerajaan Malaysia. Kalau pembaca, ada berani ka nak buat macam tu?

Kapal Tangki yang angkut minyak ni sangat besar, bayangkan 1 kapal mampu mengangkat muatan sebanyak 35,000 metrik tan bergantung kepada saiz kapal. Cuba korang fikir balik, banyak juga hasil yang dikeluarkan Felda ni, 35 ribu metrik tan minyak, dah lah dalam keadaan krisis tapi masih mampu hasilkan minyak yang begitu banyak.

Untuk rekod, pada hari berkenaan sahaja, sebanyak 8 buah kapal telah berlabuh di Jeti tersebut, bayangkan 35 ribu tan metrik didarabkan dengan 8, uihh berapa banyak tu?

Tu pun tak, si Mazlan Aliman 'ANAK' haram tu dok kata Felda ni nak bungkus la, nak bankrup la, sedangkan pada pandangan profesional, Felda semakin maju dan berkembang jauh.

Cuma sekarang ni Mc pelik sikit, mana pergi Mazlan Aliman? Sejak ada konflik di Lahad Datu tu, Mazlan menghilangkan diri. Takut kena hantar pergi Lahad Datu ke? ha ha ha..


McTheory:
Mangkuk punya Mazlan Aliman.. hahaha

Rabu, 13 Mac 2013

HOT! Sabri Menjawab Fitnah Mazlan Aliman Pada Saham #FGVH!


Mazlan Aliman memfitnah lagi, ternyata apa yang diperkatakanya tidak benar sama sekali dari fakta penyenaraian syarikat Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mazlan Aliman seperti orang hilang akal, mengadu domba merata tempat dengan fitnah tanah peneroka tergadai.

Presiden FGVH, Datuk Sabri Ahmad berkata, segala yang disampaikan oleh Mazlan kepada media itu tidak tepat dan sangat bercanggah dari realiti penyenaraian syarikat tersebut.

Beliau berkata, Mazlan mengutarakan empat kerisauannya mengenai penyenaraian FGVH mengikut kaca matanya iaitu tanah Felda Plantation yang dikatakan akan dipajak, modus operandi Felda Plantation Industries (MPI), isu ‘durian runtuh’ dan penubuhan sebuah syarikat khas (SPV).

Menurut Sabri, tanah seluas 360,000 hektar yang terlibat dalam penyenaraian tersebut melibatkan tanah Felda Plantation yang diserahkan kerajaan kepada Lembaga Felda pada tahun 1990 dan tidak sekali-kali melibatkan 500,000 hektar tanah milik para peneroka di seluruh negara.

“Premium tanah milik Felda Plantation tu semua dibayar oleh Felda, bukan free (percuma).

“Saya nak tekankan di sini bahawa tanah Felda Plantation tu bukannya dipajak seperti yang dikatakan Mazlan Aliman, tanah tu di sewa…FGVH sewa dari Felda..kita bayar..kita sewa dalam jangka masa panjang..jadi ia milik kekal Felda,” tegas Sabri.

Justeru itu beliau berkata, kenyataan Mazlan yang kononnya tanah Felda Plantation tersebut akan tergadai itu sepatutnya tidak timbul memandangkan faktanya tidak benar sama sekali.

Selain itu, Sabri melahirkan rasa hairan dengan kerisauan AJK Pas Pusat itu mengenai modus operandi MPI yang dikatakan akan berubah dan tidak menyebelahi kepentingan para peneroka.

“Selama ini MPI tu saya yang uruskan, modus operandinya tak berubah sama saja sama ada sebelum penyenaraian atau selepas penyenaraian (FGVH)..termasuk harga sawit mentah, jadi apa yang Mazlan Aliman takutkan sangat?

“Tak berbeza, tak bertukar, saya pun tak tahu apa yang dia risaukan sangat,” katanya lagi.

Sebenarnya Mc pun pelik dengan Mazlan ni, mungkin dia ni sakit jiwa. Atau pun mengalami masalah kemurungan yang amat sangat. Sebab tu dia selalu bersifat negatif dan bersangka buruk.

Pesanan pada peneroka dan rakyat Malaysia, jika ada sesuatu berita buruk mengenai Felda atau FGVH, hubungi pihak yang bertanggung jawab, jangan cepat percaya, sebab syaitan mencucuk dimana-mana.


McTheory:
Kalau Syaitan tu nama Mazlan Aliman, lagi la jangan percaya, jahat tuu..

Selasa, 12 Mac 2013

PANASS!! Saham FGVH Makin Naik, Dr. Bangla Terus Menghilangkan Diri!


Mc sekarang ni sedang tertanya dan mencari dimana Dr. Rosli atau yang lebih dikenali sebagai Dr. Bangla menghilangkan diri. Dr. Rosli ni dulu masa saham FGV baru masuk list, dialah diantara 'pakar' saham yang muncul secara tiba-tiba.

Kerjanya dulu hanyalah mengkritik dan menghentam saham FGV. Dr. Bangla ni dibawa khas dari Bangla oleh Mazlan Aliman untuk menipu rakyat Malaysia dengan ramalan saham yang mengelirukan. Malah berbekalkan latar belakangnya yang konon pernah kerja dengan Bank Negara Malaysia, Dr Rosli ni memang pandai berlagak seolah-olah dia memang terer la.

Namun selepas saham FGV dijangka naik malah semakin stabil. Dr. Rosli ni sudah kurang muncul, bahkan baru-baru ini kelibat dia pun sudah tidak nampak bersama Mazlan. Apakah orang sudah tidak percaya kata-katanya lagi?

Kalau mengikut penganalisis saham, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (Proft Before Tax - PBT) dan selepas perubahan nilai saksama dalam liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (Land Lease Agreement - LLA) sebanyak RM1.126 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Keuntungan ini telah dicapai hasil peningkatan besar 73% pendapatan yang diperolehi oleh syarikat perladangan sawit ketiga terbesar di dunia ini (berdasarkan keluasan hektar tanaman), disumbangkan terutamanya daripada peningkatan jualan minyak sawit mentah (MSM) sejak 1 Mac 2012.

Pendapatan FGV pada tahun 2012 berjumlah RM12.89 bilion berbanding RM7.45 bilion pada tahun sebelumnya manakala keuntungan sebelum cukai pada 2011 adalah RM1.9 bilion. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, jumlah tersebut tidak termasuk liabiliti LLA yang hanya ditanggung pada tahun 2012 berikutan perubahan model perniagaan FGV.

Tanpa mengambil kira tanggungan LLA, keuntungan FGV sebelum cukai pada 2012 adalah sebanyak RM1.34 bilion. Kiranya mengikut penganalisis. Jika tahun lepas pun FGV mampu meraih keuntungan yang besar, walaupun ekonomi tak stabil. Tahun ini dijangka, FGV akan mengaut keuntungan lebih dari 2012.

Jika pasaran antarabangsa semakin stabil dan hasil minyak masak naik. FGV akan terus naik dan keuntungan akan terus meningkat. Bayangkan keuntungan para pemegang saham, mereka akan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda.

Sebab itulah Dr Rosli yang datang dari Bangla tu melarikan diri dari Malaysia. Sebab analisis yang dia buat semuanya palsu. Dia meramalkan saham FGV jatuh merudum dan terus jatuh. Malah saham FGV juga akan terus rugi. Tapi bila jadi disebaliknya, Dr Bangla tu, rasanya dah lari balik bangla kot. he he..

Nasihat Mc pada peneroka Felda, bersyukurlah atas keuntungan yang diberi Allah tu. Kalau rasa taknak saham FGV tu, sila hubungi Mc, Mc sanggup beli! Saham yang takkan rugi, sapa taknak wei!


McTheory:
Kerajaan takkan bunuh peneroka, selama ini pun Felda hidup dibawah jagaan Kerajaan kan?