Kenapa agaknya Mazlan Aliman penentang Felda paling berpengaruh dalam Pakatan Haram tidak mahu bertanding satu Dun pun dikawasan Felda? Malah Mazlan seolah-olah mengelak untuk menjadi calon? Bukankah dia rasa dirinya hebat, kalau hebat jadilah calon!
Mulanya ingat, Mazlan yang merupakan Presiden ANAK haram dan YDP PAS Tenggara akan bertanding pada PRU13 kali ini, namun sangkaan salah, kerana dia tidak bertanding rupanya! Dia menamakan pesara Felda yang baru sangat jadi ahli PAS, Mohd Said Jonit sebagai calon parlimen Tenggara. Said Jonit ni khabarnya orang Simpang Renggam.
Manakala bagi kerusi DUN Pasir Raja pula, Mazlan juga lari dengan menamakan askar pencen, Lef Kol (B) Nazari Mokhtar sebagai calon. Askar pencen ini adalah anak kepada peneroka Felda Bukit Besar yang masuk PAS sebab gagal dapat tempat dalam UMNO!
Manakala bagi kerusi DUN Pasir Raja pula, Mazlan juga lari dengan menamakan askar pencen, Lef Kol (B) Nazari Mokhtar sebagai calon. Askar pencen ini adalah anak kepada peneroka Felda Bukit Besar yang masuk PAS sebab gagal dapat tempat dalam UMNO!
Calon-calon itu dinamakan selepas Mazlan tak berani nak bertanding sebab takut kalah, ini merupakan individu-individu yang terhasut dengan dakyah-dakyah songsang ANAK haram.
Apa yang mengejutkan adalah mengapa Mazlan tidak bertanding jika dia kata para peneroka Felda bersama dirinya sedangkan parlimen Tenggara ada 7 Felda! Dalam DUN Pasir Raja ada 4 Felda beb! Kenapa dia tak lawan?
Malah si Mazlan menamakan Said Jonit, bekas CEO Felda Plantation sebagai calon parlimen Tenggara hanya menyebabkan kemarahan kepada warga Felda.
Sebabnya, menurut warga Felda, semasa zaman Said Jonit inilah banyak kebun tanam semula yang gagal diuruskan dengan baik oleh Felda Plantation hingga menyusahkan warga Felda. Mohd Said nak salahkan siapa? Kalau dah dia ketuanya, takkan nak salahkan UMNO?
Bab DUN Pasir Raja ni, kalau setakat Nazari yang bertanding, confirm hilang wang pertaruhan. Apa tidaknya, sejak Nazari balik kampung, bukan kata orang kampung biasa, Ketua AMK Johor, Zabidi Abas yang juga anak jati Felda Bukit Besar terus menjauhkan diri dari politik Tenggara ini.
Jadi memang benarlah yang Mazlan Aliman seorang pengecut dan manusia yang hanya pandai berkata-kata retorik penuh hasutan sahaja?
Patutnya sebagai Ketua Pemberontak di Felda, Mazlan kena test power, tengok ramai mana yang sokongnya tu!!
McTheory:
Takdak telor sungguh Mazlan ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan