Selasa, 12 Mac 2013

PANASS!! Saham FGVH Makin Naik, Dr. Bangla Terus Menghilangkan Diri!


Mc sekarang ni sedang tertanya dan mencari dimana Dr. Rosli atau yang lebih dikenali sebagai Dr. Bangla menghilangkan diri. Dr. Rosli ni dulu masa saham FGV baru masuk list, dialah diantara 'pakar' saham yang muncul secara tiba-tiba.

Kerjanya dulu hanyalah mengkritik dan menghentam saham FGV. Dr. Bangla ni dibawa khas dari Bangla oleh Mazlan Aliman untuk menipu rakyat Malaysia dengan ramalan saham yang mengelirukan. Malah berbekalkan latar belakangnya yang konon pernah kerja dengan Bank Negara Malaysia, Dr Rosli ni memang pandai berlagak seolah-olah dia memang terer la.

Namun selepas saham FGV dijangka naik malah semakin stabil. Dr. Rosli ni sudah kurang muncul, bahkan baru-baru ini kelibat dia pun sudah tidak nampak bersama Mazlan. Apakah orang sudah tidak percaya kata-katanya lagi?

Kalau mengikut penganalisis saham, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (Proft Before Tax - PBT) dan selepas perubahan nilai saksama dalam liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (Land Lease Agreement - LLA) sebanyak RM1.126 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Keuntungan ini telah dicapai hasil peningkatan besar 73% pendapatan yang diperolehi oleh syarikat perladangan sawit ketiga terbesar di dunia ini (berdasarkan keluasan hektar tanaman), disumbangkan terutamanya daripada peningkatan jualan minyak sawit mentah (MSM) sejak 1 Mac 2012.

Pendapatan FGV pada tahun 2012 berjumlah RM12.89 bilion berbanding RM7.45 bilion pada tahun sebelumnya manakala keuntungan sebelum cukai pada 2011 adalah RM1.9 bilion. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, jumlah tersebut tidak termasuk liabiliti LLA yang hanya ditanggung pada tahun 2012 berikutan perubahan model perniagaan FGV.

Tanpa mengambil kira tanggungan LLA, keuntungan FGV sebelum cukai pada 2012 adalah sebanyak RM1.34 bilion. Kiranya mengikut penganalisis. Jika tahun lepas pun FGV mampu meraih keuntungan yang besar, walaupun ekonomi tak stabil. Tahun ini dijangka, FGV akan mengaut keuntungan lebih dari 2012.

Jika pasaran antarabangsa semakin stabil dan hasil minyak masak naik. FGV akan terus naik dan keuntungan akan terus meningkat. Bayangkan keuntungan para pemegang saham, mereka akan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda.

Sebab itulah Dr Rosli yang datang dari Bangla tu melarikan diri dari Malaysia. Sebab analisis yang dia buat semuanya palsu. Dia meramalkan saham FGV jatuh merudum dan terus jatuh. Malah saham FGV juga akan terus rugi. Tapi bila jadi disebaliknya, Dr Bangla tu, rasanya dah lari balik bangla kot. he he..

Nasihat Mc pada peneroka Felda, bersyukurlah atas keuntungan yang diberi Allah tu. Kalau rasa taknak saham FGV tu, sila hubungi Mc, Mc sanggup beli! Saham yang takkan rugi, sapa taknak wei!


McTheory:
Kerajaan takkan bunuh peneroka, selama ini pun Felda hidup dibawah jagaan Kerajaan kan?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

APA DAH JADI SEKARANG NI.