Sabtu, 27 April 2013

HOT INFO! Lagi Perkara Pasal #Felda Yang Patut Anda Tahu! #FGVH


Sebelum ini ramai yang tak tahu apa itu tanah FELDA dan apa pula status tanah peneroka, namun selepas isu FGVH ni tersebar diseluruh pelusuk Malaysia. Ramai yang ingin tahu, sebab Mazlan Aliman dalam ceramahnya banyak sembunyikan fakta dan kebenaran.

Apa itu Tanah FELDA?

Nama pun tanah FELDA..sudah tentu tanah ini milik FELDA..tanah ini diusahakan sendiri oleh pihak FELDA dan langsung tiada kaitan dengan peneroka..FELDA ada hak untuk memberi hak ini kepada para peneroka melalui tawaran permohonan peneroka baru...jikalau seseorang anak FELDA tidak menjadi salah seorang keluarga peneroka FELDA, mereka masih boleh berkhidmat di FELDA dengan menjadi kakitangan atau pekerja FELDA walaupun bukan bergelar peneroka...
Pembangkang perlu tahu..kebanyakan daripada mereka beranggapan..anak FELDA jer pasti kerjanya menyawit..walhal sehingga hari ini, macam-macam benda anak-anak FELDA ini sudah buat...ada yang mengusahakan pembuatan elektronik telefon, ada yang ingin mendaki gunung Everest dan ada yang sudah bermain bola sepak dieropah...

Satu perkara yang saya banggakan anak-anak FELDA ini ialah mereka sangat bermotivasi untuk memajukan diri mereka disamping membawa nama FELDA di persada dunia...

Apa pula tanah peneroka?



Tanah peneroka ini adalah hak milik peneroka. Pada waktu dulu, felda akan dibagikan 1/2-1 ekar untuk tempat tinggal...Felda akan membahagikan 1 bahagian mengikut sistem blok yang mana satu block terdapat 10 ekar tanah..
Dalam 10 ekar ini terdapat 4 orang pemilik...setiap orang pemilik akan dapat memperolehi 10 ekar tanah di blok yang berbeza..makanya setiap orang pemilik akan dapat 2.5 ekar tanah di setiap blok yang mana mereka akan ada hak 2.5 ekar dalam 4 blok berbeza...ini adalah salah satu pendekatan untuk memudahkan urusan...

Felda akan memberi tanah dan rumah ini dalam bentuk ansuran yang mana harganya sangat berpatutan..sebelum ini, para peneroka diberi hak sebanyak 2.5 ekar x 4 bahagian...1 bahagian itu dikongsi dengan orang lain..sampai 1 masa, kesemua tanah ini akan dicantumkan menjadi 10 ekar..bolehlah nego suka sama suka...

Tanah dan rumah yang diansuran akan menjadi hak mutlak setelah semua bayaran selesai..para peneroka juga akan dapat geran...

Peneroka Boleh Buat Pilihan...


Bila tanah dah jadi hak milik para peneroka..mereka ada 2 pilihan samada nak urus sendiri atau suruh FELDA urus...sekiranya mereka menebang pokok untuk penanamn semula tiada income akan diperolehi sehingga pokok mengeluarkan hasil...

Jika peneroka tidak mampu untuk mengurus sendiri tanah mereka, maka mereka boleh mengambil inisiatif untuk FELDA menguruskan...sepanjang FELDA menguruskan tanah ini, mereka akan menerima hasil walaupun duduk goyang kaki di rumah...

Manakala sekiranya mereka mampu mengurus sendiri, mereka boleh upah pekerja dari kalangan anak peneroka mahupun warga indonesia...FELDA akan memberi bantuan dari segi baja subsidi...cumanya mereka perlu mengeluarkan modal sendiri untuk tanam semula dan pengurusan...hasilnya mereka boleh menjual kepada FELDA walaupun mereka menguruskan sendiri...

Walaupun peneroka memilih untuk mengurus sendiri tanah, mereka tetap mendapat hak seperti peneroka yang mengamanahkan FELDA mengurus tanah...jikalau FELDA memberi bonus raya, bonus hasil sawit dan apa sahaja betuk bonus...semua peneroka akan mendapat manfaat...

Lihatlah betapa bertuahnya badan peneroka, itu pun tak, masih ada yang tak tahu bersyukur. Kalau Mc jadi peneroka, tadah tangan dan bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Malah Mc rasa bertuah kerana Allah kekalkan negara kita dibawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Moga kekal atas kehendaknya, Aminn...

Tiada ulasan: