Jumaat, 12 April 2013
INFO! Peneroka Harus Terus Menyokong #Felda!
Timbalan Perdana Menteri berkata, masyarakat FELDA pada hari ini semakin membangun dengan penempatan mereka mempunyai sistem jalan raya yang baik dan peneroka memiliki rumah yang selesa berbanding dahulu.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, walaupun ada cubaan pembangkang untuk meracuni fikiran masyarakat Felda, namun beliau yakin mereka tidak terpedaya dengan tipu helah itu.
"Pembangkang berkempen dengan membuat janji yang sedap didengar tetapi tidak menjelaskannya secara terperinci.
"Jadi, saya harap masyarakat Felda jangan tertipu. Kita kena bijak menilai demi masa depan generasi anak muda," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin turut memuji program kolaborasi strategik yang bertujuan membangunkan persekitaran lestari di kawasan komuniti itu.
Selain meningkatkan pendapatan, katanya, warga FELDA perlu memberi penekanan kepada usaha memelihara alam sekitar dan mencantikkan kawasan persekitaran.
Program tiga hari itu adalah kerjasama antara FELDA, Universiti Teknologi Malaysia, Landskap Johor dan Kolej Komuniti Muar.
Selagi FELDA ditangan yang betul, percayalah FELDA akan maju seperti mana syarikat Multinasional yang lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan