Jumaat, 26 April 2013
HOT INFO! Rahmat Kepada Felda yang tak ramai orang tahu #Felda!
Bertuah betul jadi anak peneroka Felda ni. Awat la Mc dulu tak dilahirkan dalam keluarga peneroka. Pada yang bijak pandai, ada biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran. Pada yang agak kurang pandai pun tak dilupakan, Felda tetap membantu.
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata matlamat Felda ialah memberi peluang kedua kepada generasi kedua Felda yang kurang cemerlang di bidang akademik bagi mendapat latihan untuk bersaing di pasaran kerja.
“Setakat ini sebanyak 80 buah institut latihan kemahiran menjalin kerjasama dengan Felda dalam usaha menyediakan program latihan kemahiran itu.
“Sejak 2005 seramai 35,000 orang generasi kedua Felda yang kurang cemerlang dalam bidang akademik telah mengikuti pelbagai program latihan yang disediakan, sekurang-kurangnya seorang satu kemahiran,” katanya.
Mohd Isa berkata setiap tahun Felda memperuntukkan RM50 juta untuk program latihan kemahiran kepada generasi kedua.
Pada anak peneroka yang dapat keputusan SPM kurang baik. Mc rasa tak perlu risau dengan peluang yang diberikan oleh Felda.
Sudahlah dapat lot saham, dapat durian runtuh, nak sambung belajar pun dibantu lagi? Tapi mengapa masih ada peneroka yang menyokong pembangkang?
Malah ada yang percaya betul dengan pengkhianat Felda si, Mazlan Aliman. Kalau ada masalah dengan pengurusan tu, perkara biasa. Bawak-bawaklah berbincang. Takkan disebabkan sedikit hal yang kecil, telah memadam memori bantuan Felda kepada peneroka? Fikirkanlah..
McTheory:
Fikir betul-betul yang mana lebih banyak berjasa..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Mc...masa zaman aku sekolah dulu ... orang tak pandang pun pada orang Felda. Sekarang bila Najib highlight semula Felda dan merupakan legasi allahyarham ayahandanya... baru ko rasa beruntung jadi warga Felda.
Tapi kena ingat... Yang senang hari ini tak ada yang datang bergolek...yang pipih pun tak ada yang datang melayang. Jerit perih kami semasa memulakan hidup di Felda ada siapa yang tahu?
Catat Ulasan