Rabu, 13 Mac 2013
HOT! Sabri Menjawab Fitnah Mazlan Aliman Pada Saham #FGVH!
Mazlan Aliman memfitnah lagi, ternyata apa yang diperkatakanya tidak benar sama sekali dari fakta penyenaraian syarikat Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Mazlan Aliman seperti orang hilang akal, mengadu domba merata tempat dengan fitnah tanah peneroka tergadai.
Presiden FGVH, Datuk Sabri Ahmad berkata, segala yang disampaikan oleh Mazlan kepada media itu tidak tepat dan sangat bercanggah dari realiti penyenaraian syarikat tersebut.
Beliau berkata, Mazlan mengutarakan empat kerisauannya mengenai penyenaraian FGVH mengikut kaca matanya iaitu tanah Felda Plantation yang dikatakan akan dipajak, modus operandi Felda Plantation Industries (MPI), isu ‘durian runtuh’ dan penubuhan sebuah syarikat khas (SPV).
Menurut Sabri, tanah seluas 360,000 hektar yang terlibat dalam penyenaraian tersebut melibatkan tanah Felda Plantation yang diserahkan kerajaan kepada Lembaga Felda pada tahun 1990 dan tidak sekali-kali melibatkan 500,000 hektar tanah milik para peneroka di seluruh negara.
“Premium tanah milik Felda Plantation tu semua dibayar oleh Felda, bukan free (percuma).
“Saya nak tekankan di sini bahawa tanah Felda Plantation tu bukannya dipajak seperti yang dikatakan Mazlan Aliman, tanah tu di sewa…FGVH sewa dari Felda..kita bayar..kita sewa dalam jangka masa panjang..jadi ia milik kekal Felda,” tegas Sabri.
Justeru itu beliau berkata, kenyataan Mazlan yang kononnya tanah Felda Plantation tersebut akan tergadai itu sepatutnya tidak timbul memandangkan faktanya tidak benar sama sekali.
Selain itu, Sabri melahirkan rasa hairan dengan kerisauan AJK Pas Pusat itu mengenai modus operandi MPI yang dikatakan akan berubah dan tidak menyebelahi kepentingan para peneroka.
“Selama ini MPI tu saya yang uruskan, modus operandinya tak berubah sama saja sama ada sebelum penyenaraian atau selepas penyenaraian (FGVH)..termasuk harga sawit mentah, jadi apa yang Mazlan Aliman takutkan sangat?
“Tak berbeza, tak bertukar, saya pun tak tahu apa yang dia risaukan sangat,” katanya lagi.
Sebenarnya Mc pun pelik dengan Mazlan ni, mungkin dia ni sakit jiwa. Atau pun mengalami masalah kemurungan yang amat sangat. Sebab tu dia selalu bersifat negatif dan bersangka buruk.
Pesanan pada peneroka dan rakyat Malaysia, jika ada sesuatu berita buruk mengenai Felda atau FGVH, hubungi pihak yang bertanggung jawab, jangan cepat percaya, sebab syaitan mencucuk dimana-mana.
McTheory:
Kalau Syaitan tu nama Mazlan Aliman, lagi la jangan percaya, jahat tuu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
geng saitan sulu agaknya..dah sewel ka apa aliman ni..merapu yg bukan2..kalu nak pelingkup bgi kat dia laa..dia ingat orang felda otak letak kat kepala lutut ka..orng feldaa dah matang sekarang bleh fikir mana baik mana buruk..hahawakaka
Catat Ulasan