Rabu, 13 Mac 2013
INFO TERKINI! Lagi Pertempuran, Ketua Penganas Di Kepung! #LahadDatu #Pray4Sabah
Krisis di Lahad Datu belum pun tamat. Ops Daulat kini memasuki hari ke-9 dan pihak keselamatan memberi tumpuan di kawasan sekitar Tanjung Batu dan Sungai Bilis.
Anggota Keselamatan Negara yakin ketua penceroboh, Azzumudie Kiram bersama lebih 30 orang pengikutnya masih berada dalam kawasan kepungan pihak keselamatan negara.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dia yakin ketua penceroboh itu tidak akan meninggalkan kumpulan pengganas tersebut bagi memberikan arahan seterusnya.
Pihak keselamatan yakin akan dapat menumpaskan pengganas dalam masa terdekat.
Sementara itu dalam Ops Daulat hari ke-8 mencatatkan seorang anggota tentera terkorban, manakala pagi tadi, seorang lagi cedera parah selepas ditembak kumpulan pengganas Sulu dalam pertempuran di Kampung Sungai Nyamuk di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, pasukan keselamatan turut menembak mati dua pengganas Sulu.
Anggota yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, manakala anggota yang cedera di pipi ialah Khairul Anuar Amar, 35, dari Langgar, Kedah.
Pihak keselamatan percaya perbuatan serang hendap itu adalah untuk melemahkan semangat anggota keselamatan bagi meneruskan ops Daulat.
Bersama-samalah kita berdoa agar anggota keselamatan kita selamat berjuang.
Iringi mereka dengan doa, bukan fitnah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Ya Allah..Ya Tuhan ku...Lindungilah keselamatan tentera Malaysia...makbulkan lah doa serta harapan kami semua agar pengganas dpt dimusnahkan kesemuanya.
hapuskan pengganas sulu walau berapa lama sekalipun masa yg diambil..
berhati-hatilah biar lambat asalkan semuanya selamat..amin
Catat Ulasan