Datuk Sabri Ahmad
Sebenarnya Mc baru mendapat info mengenai FGV. FGV akan melebarkan lagi perniagaan dan pelaburan mereka ke Myanmar pulak. Dahsyat betul, lagi dihentam, lagi dikutuk, lagi bersemangat FGV mengorak langkah.
FGV bakal memuktamadkan satu pengambilalihan asset berkaitan perladangan getah di Myanmar dalam tempoh 6 bulan ini. Selama ni ada yang kata FGV akan merudum adalah fitnah yang sangat besar..kalau fikir secara logik, kalau syarikat nak merudum, takkan mampu ambil alih syarikat lain..kalau syarikat dalam Negara tak apalah juga..ini syarikat negara luar.
Menurut Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Sabri Ahmad, beliau menjelaskan bahawa pihaknya sedang mengadakan rundingan dan kajian daya maju bagi menilai potensi sumbangan pengambilalihan aset berkenaan…pengambilalihan ini mungkin berupa sebuah aset kilang pemprosesan getah di Myanmar.
Penyenaraian ini perlu dilakukan berhati-hati kerana ingin memastikan peningkatan pendapatan yang lumayan untuk masa depan…memang gilalah kemajuan yang pencapai FGV ni..memang patut pun digelar syarikat perladangan ketiga terbesar di dunia!
Untuk makluman, prestasi FGV kini berada dalam kedudukan selesa untuk melaksanakan sebarang pengambilalihan kerana mempunyai kedudukan tunai yang kukuh selepas penyenaraian selain ditambah dengan dana hasil pelupusan 20 peratus kepentingan dalam Kumpulan Tradewind.
Disebabkan itu, Mazlan Aliman sekarang ni diam saja. Sebab FGV dah stabil, kalau dia sentuh hal FGV lagi, tentu dia kena maki nanti. he he..
Patutnya rakyat Malaysia berbangga dengan FGV, selain menambah pendapat negara, FGV juga bakal membawa nama Malaysia kepersada antarabangsa. Contoh macamnya Petronas. Mazlan? dia tak pi mana-mana, orang jahat kaki fitnah mana berjaya. Semua orang benci!
McTheory:
Punyala takut, Mazlan tak berani jadi calon pun.. he he
Tiada ulasan:
Catat Ulasan