Pertama sekali Mc nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Polis ke 206. Sejak kebelakangan ini pihak Polis yang bertindak sebagai penjaga keselamatan rakyat telah dihina dan dicaci.
Malahan ada
yang berkata kematian para pejuang ini ketika di Lahad Datu sebagai satu
sandiwara. Mereka seringkali digelar sebagai anjing dan pelbagai lagi
hinaan. Namun begitu mereka masih terus menjalankan amanah yang
ditugaskan kepada mereka.
Sambutan Hari
Polis kali ini lain dari yang lain kerana ada anugerah Posthumous akan
diberikan kepada balu-balu pahlawan yang gugur semasa Ops Daulat. Satu
penghargaan dalam mengenang jasa mereka yang terkorban dalam
mempertahankan negara daripada serangan pengganas.
Klik Untuk Besarkan Imej
Segala perincian mengenai ESSCOM akan diperbutirkan pada sidang media kelak oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Mc mendoakan dengan wujudnya ESSCOM ini, keselamatan di Sabah lebih terjamin dan tiada lagi pencerobohan berlaku.
Ini memberi bukti bahawa Kerajaan Malaysia begitu serius dalam menangani polemik yang sedang bergelut di Sabah.
McTheory:
Tahniah PDRM!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan