Sponsor

Memaparkan catatan dengan label polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label polis. Papar semua catatan

Khamis, 18 Julai 2013

HOT! PRK Kuala Besut Polis Trafik Di Langgar Putus Kaki!





Kuala Besut - Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.

Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.

Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.

Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.

Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh.

"Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini.

Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut.

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.
Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.

Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Isnin, 25 Mac 2013

HOT INFO! #OpsDaulat Anggota Keselamatan Tubuhkan #ESSCOM di Sabah?




Pertama sekali Mc nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Polis ke 206. Sejak kebelakangan ini pihak Polis yang bertindak sebagai penjaga keselamatan rakyat telah dihina dan dicaci.

Malahan ada yang berkata kematian para pejuang ini ketika di Lahad Datu sebagai satu sandiwara. Mereka seringkali digelar sebagai anjing dan pelbagai lagi hinaan. Namun begitu mereka masih terus menjalankan amanah yang ditugaskan kepada mereka.

Sambutan Hari Polis kali ini lain dari yang lain kerana ada anugerah Posthumous akan diberikan kepada balu-balu pahlawan yang gugur semasa Ops Daulat. Satu penghargaan dalam mengenang jasa mereka yang terkorban dalam mempertahankan negara daripada serangan pengganas.

Kini di Sabah telah ditubuhkan ESSCOM (The Eastern Sabah Community Command). Apa itu ESSCOM?

Klik Untuk Besarkan Imej

Segala perincian mengenai ESSCOM akan diperbutirkan pada sidang media kelak oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Mc mendoakan dengan wujudnya ESSCOM ini, keselamatan di Sabah lebih terjamin dan tiada lagi pencerobohan berlaku.

Ini memberi bukti bahawa Kerajaan Malaysia begitu serius dalam menangani polemik yang sedang bergelut di Sabah.


McTheory:
Tahniah PDRM!