Belum pun keluar keputusan rasmi, BN sudah pun meraikan kemenangan. ha ha ha.. saja nak bagi puak PR panas dengan video ni. terbaik dari ladang! Alhamdullilah kita menang!
Memaparkan catatan dengan label prk kuala besut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk kuala besut. Papar semua catatan
Rabu, 24 Julai 2013
PANASS!! Video BN Raikan Kemenangan Di #KualaBesut!
Belum pun keluar keputusan rasmi, BN sudah pun meraikan kemenangan. ha ha ha.. saja nak bagi puak PR panas dengan video ni. terbaik dari ladang! Alhamdullilah kita menang!
TERKINI! Keputusan PRK #KualaBesut Meh Tengok Meh!!
Tahniah pada semua jentera PRK Kuala Besut!! Pada jentera Pas, Lain kalilah!! Ana kalah laaa.. he he..
TERKINI! BN Tawan Dua Peti Undi Pas dan Menang di Kuala Besut? #kualabesut
Menurut statistik SPR setakat ini, seramai 12,919 pengundi atau 78.14 peratus sudah keluar mengundi. Jumlah keseluruhan, termasuk undi awal sebanyak 911, menjadikan seramai 13,830 orang (79.24 peratus) keluar mengundi.
Paling menarik apabila Mc diberitahu dua PDM yang kalah pada PRU ke 13 berjaya ditawan oleh BN. Iaitu PDM Kampung Nangka dan PDM Bukit Puteri.
Keputusan tak rasmi, pengundi putih mendahului 60% disemua peti undi.
Itu bermakna BN menang di Kuala Besut, namun kita tunggu update seterusnya nanti.
HOT! Video Gelagat Pakcik Pakar Kempen Untuk Pas! #KualaBesut
Dalam banyak-banyak peraih undi Pas. Mc tertarik dengan gelagat seorang pakcik yang tak henti-henti bercakap dan berkempen untuk Pas, sampai mulut berbuih. Kesian la tengok pakcik sorang ni, punya la semangat nak masuk syurga Pas, sampai tak tentu hala bercakap yang bukan-bukan. Apa la yang Pas 'racun' kat otak dia sampai jadi macam tu sekali.
Tengok gelagat pakcik tu kat video kat bawah ni,
McTheory:
Dah tua masuk Pas, nak mudoh cari surga la kot. he he..
PANASS!! Adun BN Cuba Di Pukul Muslimah Pas!! #KualaBesut
Dalam banyak-banyak kejadian yang berlaku semasa pengundian dijalankan tengah hari tadi, ada satu insiden yang melibatkan Jentera Perak dan peraih undi Pas.
Ianya berlaku betul-betul di hadapan pusat pengundi di Kampung Nangka.
ADUN Kuala Kangsar, YB Maslinsham telah diacuh dan cuba dipukul, dihalau oleh muslimah PAS apabila beliau bersama jentera Perak bertemu dengan jentera PAS untuk mengucapkan selamat jalan kerana jentera Perak akan berangkat pulang.
Namun tindakan muslimat Pas yang mengacukan payung dan cuba memukul ADUN itu dilihat amat keterlaluan.
Politik pun politik la, agama kita tetap sama. Orang minta maaf apa salah terima dengan baik. Buat apa nak halau dan pukul dengan payung. Akai ada ka?
Atau memang ajaran Pas suka pukul orang?
PANASS! Perkara yang Kurang Menarik Tentang Che Long yang perlu anda tahu! #KualaBesut
Maklumat ni Mc dapat bila berjalan dikampung-kampung sekitar Kuala Besut ni, macam-macam cerita Mc dengar.
Salah satunya cerita tentang kisah silam Che Long yang dikatakan dulu pernah 'menagih dadah' sewaktu dia muda dulu. Terkejut juga Mc dengar. Sebelum ni kita dah didedahkan dengan Che Long ada berpuluh saman jalanraya yang dah 14 tahun tidak dijelaskan, kemudian Che Long juga dikatakan jarang balik ke Kuala Besut kerana sibuk berniaga di Kelantan, almaklumlah kontraktor klas A. Kemudian Che Long ni bekas Pemuda UMNO yang belot disebabkan tiada jiwa UMNO dan lebih kejar kontrak dari berjuang untuk rakyat.
Orang macam Che Long rasanya layak ka jadi Wakil kepada rakyat Kuala Besut? Bukan nak pertikaikan dirinya tu, tapi latar belakang Che Long yang agak teruk dan kepentingannya untuk berniaga lebih dari jaga rakyat tu mendatangkan rasa sangsi kepada Mc.
Jika Mc sebagai orang luar pun sangsi, macam mana rakyat Kuala Besut boleh percayakan orang macam ni? Malah pada mula-mula Che Long dicalonkan jadi Pas, beliau juga pernah kata akan meneruskan bisnesnya dan meletakan 'orang upahan'nya di sini untuk menjaga Dun Kuala Besut.
Wakil rakyat apa ni, main 'sub' 'sub' DUN kepada orang lain. Dia ingat jaga DUN ni macam kontrak ka, maincon sub dekat subcon untuk jaga projek. Macam tu? Kalau macam tu, parah la DUN Kuala Besut jika Che Long ni jadi wakil rakyat, sebab mungkin dalam setahun hanya hari raya saja la mereka berpeluang untuk berjumpa dengannya. Sebab hari lain, Che Long di Kelantan sibuk berniaga!
Dah la latar belakangnya agak teruk, komitmennya untuk jaga kawasan pun boleh dipertikaikan, soo.. Mc harap orang Kuala Besut fikir elok-elok untuk buat keputusan.
BN tawar calon Abe Ku tu 20 kali lebih baik dari Che Long. Dah ada yang elok, nak pilih buat apa yang buruk tu kan?
McTheory:
Hanya yang kurang waras saja ambil benda yang tak elok tu..
Selasa, 23 Julai 2013
PANASS! UMNO Fitnah Pas, atau Pas yang Fitnah UMNO? #KualaBesut
Fitnah terbaru Pas di Kuala Besut! Blackops bodoh macam ni pun Pas sanggup buat untuk tuduh UMNO. Mangkuk hayun sungguh!
Sebenarnya Mc ada rakaman dari ceramah di Kampung Tok Saboh yang diambil malam tadi. Selesai sesi ceramah, pengacara telah meminta perhatian hadirin terhadap satu SMS palsu yang kononnya telah disebarkan kepada penduduk kampung supaya beramai-ramai pergi ke rumah Che Long untuk menerima zakat padahal ianya tidak berlaku.
Paling menarik bila Pas menuduh UMNO yang menyebarkan sms tersebut semata-mata untuk meraih simpati. Betul ka UMNO yang buat?
Video kat bawah ni, ada jawapannya!
TUDIAA!! Jentera Perlis dan Kedah Bergabung Mengamuk Di #KualaBesut
Kepada blogger, media sosial yang Datuk Seri Shahidan Kassim katakan tu, bukannya media pro UMNO tapi media pro pembangkang, soo jangan terasa pulak. Memang betul sekarang ni cybertropers PR memang dahsyat memfitnah, depa punya fitnah tu seolah-olah macam tak ada agama.
Kemudian komen Datuk Shahidan dan YB Det tentang jentera UMNO di Bukit Puteri tu, merupakan satu pendekatan yang bagus. UMNO/BN gunakan 'personel touch' untuk berkempen. Manakala pembangkang pula lebih gunakan ceramah menipu orang kampung, import orang luar ramai-ramai, bagi penuh ceramah. Kononnya orang Kuala Besut sokong dorang.
Rasa-rasa diantara kedua-dua kempen tu, mana yang lebih bagus? Tak payah jawab, kita tengok keputusannya nanti. PDM Bukit Puteri akan BN tawan!
PANASS!! Penduduk Tolak Kempen Bodoh Pas 16:16!! #KualaBesut
Kita tahu, kempen Pas di Kuala Besut mahu kerusi Dun Terengganu menjadi 16:16. Kata mereka, mahu membuat perubahan baru dan mengutamakan rakyat, sebab kerusi pembangkang sama dengan kerajaan. Tapi benarkah semua itu berlaku? Atau Pas mempunyai agenda lain?
Kita dengar apa kata orang Kuala Besut!
McTheory:
Huru-hara, takdak kerja, takdak projek jika Pas menang, apa itu yang penduduk Kuala Besut mahu?
PANASS! Cerita Kurang Menarik Mengenai Jentera Pas di #KualaBesut!!
Tak ramai orang tahu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut sudah banyak malam tidak turun berkempan. Kerana beliau menganggap bahawa dirinya yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sebagai Pengarah Pilihanraya) disebabkan Kuala Besut dibawah Pas Terengganu.
Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada Pas Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut. Disebabkan itu Wahid Endut menghantar sms mempertikaikan Pas Kelantan mengetuai jentera di Kuala Besut.
Disebabkan itu, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Sabah, telah mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK dun Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri.
Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.
Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.
Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu. Malah sambutan dari Pas Kuala Besut sendiri pun kurang memberangsangkan.
Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun.
Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu.
Itu baru sikit kepincangan yang dihadapi oleh jentera Pas di sini. Mc diberitahu banyak lagi, kalau nak tau lagi boleh klik kat KLIK SINI
McTheory:
Sebab tu setiap kempen, ramai orang Kelantan dari Kuala Besut sendiri..
PANASS! Muslimat Pas #KualaBesut Anti Che Long!
Tak sangka pulak ada puak Pas yang tolak calon mereka si Che Long ni. Ingat semua dah patuh pada pimpinan. Rupanya ada cerita disebalik tentang Che Long yang kita tak tahu.
Cerita tu Mc ambil dari blog Keris7Lok,
Boleh baca ceritanya dibawah,
Petang tadi sengaja jalan-jalan di Seberang Barat, kebetulan berhenti untuk melihat suasana di sana yang Keris lihat agak tenang di waktu Ramadhan yang mulia ini. Terlihat sekumpulan muslimah PAS yang duduk tetapi tidak berkempen.
Mereka sekadar duduk di pondok mereka tanpa berbuat apa-apa. Keris mengambil kesempatan ini untuk bertanya beberapa perkara berkenaan dengan calon PAS Kuala Besut iaitu Che Long.
Secara tiba-tiba salah seorang daripada mereka mendengus menyampah. Eh! Keris hairan maka tanya lagi sehingga akhirnya mereka mendedahkan satu cerita hangat yang berkaitan dengan masalah dalam PAS.
Pertama menurut mereka, pihak muslimah berasa amat marah apabila calon lama mereka yang tewas kepada Allahyarham Dr. A Rahman tidak dicalonkan semula. Kemudian apa yang membuatkan pihak Muslimah Terengganu lebih panas hati adalah keputusan semua dibuat oleh PAS Kelantan.
Bukannya PAS Terengganu yang buat keputusan calon dan jadi pengarah pilihanraya. Kata mereka kalau ada ternampak muslimah yang meraih undi, itu semua import daripada PAS Pasir Puteh dan Kuala Selangor.
Dimaklumkan juga calon PAS sendiri tidak yakin untuk bertanding dan dia bagaikan 'boneka' kepada PAS Kelantan jika menang. Erti kata lain bagaikan calon ini bukan daripada Terengganu.
Petang tadi sengaja jalan-jalan di Seberang Barat, kebetulan berhenti untuk melihat suasana di sana yang Keris lihat agak tenang di waktu Ramadhan yang mulia ini. Terlihat sekumpulan muslimah PAS yang duduk tetapi tidak berkempen.
Mereka sekadar duduk di pondok mereka tanpa berbuat apa-apa. Keris mengambil kesempatan ini untuk bertanya beberapa perkara berkenaan dengan calon PAS Kuala Besut iaitu Che Long.
Secara tiba-tiba salah seorang daripada mereka mendengus menyampah. Eh! Keris hairan maka tanya lagi sehingga akhirnya mereka mendedahkan satu cerita hangat yang berkaitan dengan masalah dalam PAS.
Pertama menurut mereka, pihak muslimah berasa amat marah apabila calon lama mereka yang tewas kepada Allahyarham Dr. A Rahman tidak dicalonkan semula. Kemudian apa yang membuatkan pihak Muslimah Terengganu lebih panas hati adalah keputusan semua dibuat oleh PAS Kelantan.
Bukannya PAS Terengganu yang buat keputusan calon dan jadi pengarah pilihanraya. Kata mereka kalau ada ternampak muslimah yang meraih undi, itu semua import daripada PAS Pasir Puteh dan Kuala Selangor.
Dimaklumkan juga calon PAS sendiri tidak yakin untuk bertanding dan dia bagaikan 'boneka' kepada PAS Kelantan jika menang. Erti kata lain bagaikan calon ini bukan daripada Terengganu.
McTheory:
Rupanya boneka, patut la orang tempatan tak suka!!
Isnin, 22 Julai 2013
GEMPAR!! Wanita Ini Membongkarkan Siapa Sebenarnya Tengku Zaihan!! #KualaBesut
Kalau tanya Mc, sudah tentu Mc kata calon BN Kuala Besut Tengku Zaihan ni bagus, boleh buat kerja. Tapi betul ka bagus? Kalau tak percaya cuba kita tanya pendapat makcik ni, orang kampung sini.
Klik video kat bawah!
Video ini ada sambungannya, nantikan cerita yang lepas panas dari Kuala Besut!
Ahad, 21 Julai 2013
Video Hot! Pesanan Kumpulan Rabbani Kepada Pengundi #KualaBesut, Supaya Undi Kerajaan!! @Tunfaisal
Dalam sibuk berkempen, Mc tersempak dengan kumpulan nasyid paling popular di Malaysia, iaitu Kumpulan Rabbani, mereka sedang mengadakan persembahan nasyid di Kuala Besut.
Dalam pada itu sempat juga mereka memberi pesanan 'keramat' kepada pengundi Kuala Besut supaya berfikir sebelum memberi undi dan terus menyokong untuk mendapat bantuan dari Kerajaan.
Mc tak cakap Rabbani sokong sebelah mana, tapi bila Rabbani cakap macam tu, faham-faham saja la ya.
McTheory:
Buat apa nak pilih yang buruk, sebab yang ada ni doh comei doh!!
PANASS!! Bila Orang Pas Sendiri Tolak Calon Pas? #KualaBesut
Seorang bekas ahli PAS yang sekian lama memegang jawatan di PAS Kuala Besut, pernah memegang jawatan sebagai Bendahari PAS Gong Penaga akhirnya menyatakan PAS penuh dengan kepincangan berbanding Barisan Nasional.
56 tahun beliau duduk dalam PAS, penuh ceramah dengan ayat Al-Quran bagai tapi nak singgah rumah orang-orang bawahan memang tak la. Erti kata lain memang susah nak jumpa dan sombong sangat bila dah menang. Sebelum menang pun jarang nak jumpa melainkan di ceramah PAS!
Beliau juga menyatakan PAS hanya menjadikan nama Islam sebagai tarikan politik sahaja. Selama ini ramai yang telah termakan dengan pembohongan ‘Isle’ yang cuba PAS bawa.
Berkenaan dengan calon Barisan Nasional, beliau menyatakan sokongan serta bersetuju dia sebagai calon berbanding calon PAS, rata-rata pengundi tahu dia sendiri tidak mahu jadi calon tetapi dipaksa untuk menjadi calon PAS [minit 05:08].
Rupanya calon yang dibisukan ini sendiri tak gembira nak bertanding! Jadi apa yang PAS cuba buat sekarang? Perjudikan kerusi DUN Kuala Besut semata-mata untuk parti! Bukan untuk rakyat!
INFO! Pengundian Awal dan dakwat Kekal di Kem Tentera Ada Masalah? #KualaBesut
Mc pagi tadi sempat memantau pengundian awal di markas tentera udara Gong Kedak. Ternyata, pengundian awal telah dijalankan di Markas Tentera Gong Kedak bagi Pegawai-Pegawai dan Anggota ATM, POLIS dan Pegawai-pegawai SPR yang bertugas pada Piliharaya kecil kali ini, berlangsung dalam keadaan yang cukup teratur.
Seramai 1,148 Pengundi yang akan mengundi awal pada hari ini.
Timbalan Datuk Wira Hj Wan Ahmad Wan Omar memaklumkan dakwat kekal pada kali ini lebih tahan lama dan yakin bahawa dakwat tidak akan hilang selepas 6 hari selepas pembuangan undi katanya.
Menyatakan tidak ada seorang pun rakyat malaysia yang mengundi lebih dari 2 kali kerana sebelum membuang undi,terlebih dahulu pemilih mendaftar nama di kerani pendaftar.
Pasal dakwat kekal Mc ada video yang menjawab, sama ada dakwat itu kekal atau tidak!
Tengok video kat bawah ni,
Basuh guna clorox pun tak keluar. Kalau nak buang juga dakwat tu, terpaksa kerat jari la kot. Harap video ini menjelaskan dulu sebelum puak pembangkang buat isu. Kalau dorang kata keluar juga, memang sah menipu la!
McTheory:
Tunggu la, macam mana pun mesti ada spin jahat nanti..
PANASS!! MB Kedah Mahu Pengundi Kuala Besut Pertahankan Kemenangan BN! #prkKualaBesut
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut mengekalkan pemerintahan Terengganu di bawah Barisan Nasional (BN) dengan memilih BN pada pilihan raya kecil DUN itu 24 Julai ini.
"Oleh kerana sudah ada yang baik-baik di negeri Terengganu ini, sehinggakan kami dari Kedah dan negeri-negeri lain pun datang untuk belajar dengan Terengganu, maka saya rasa tidak ada sebarang keperluan untuk penduduk negeri ini menukar kerajaan.
"Kami lihat kerajaan BN Terengganu adalah satu kerajaan yang begitu progresif dan mempunyai wawasan serta pendekatan luar kotak yang telah berjaya melonjakkan negeri ini ke tahap jauh lebih baik berbanding terdahulu termasuklah bidang pendidikan," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kedah.
Beliau turut menyampaikan wang zakat kepada lebih 100 penerima dari Kampung Air Terjun dekat sini hari ini.
Mukhriz juga berkata, Kedah akan mencontohi teknik pendidikan Terengganu terutama dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga mencatat keputusan cemerlang untuk 11 tahun berturut-turut.
Selain itu, Terengganu juga membuktikan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) paling cemerlang empat tahun berturut-turut dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tiga tahun berturut-turut.
Mukhriz turut menaruh keyakinan terhadap perwatakan dan peribadi calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk membawa kemenangan pada 24 Julai ini.
"Oleh kerana saya difahamkan pengundi muda di sini sebanyak 54 peratus, saya yakin dengan pendekatan secara terus dan perwatakannya yang rendah diri itu mampu menarik pengundi terutama golongan muda," katanya.
Mukhriz turut melawat seorang warga emas, Hasan Ali, 68 serta bersolat Asar di rumah bekas bendahari Pas Gong Penaga. - Bernama
PANASS!! Misi Penting UMNO Kedah Di PRK #KualaBesut
Mc diberitahu, jentera UMNO Kedah diletakan di Bukit Puteri, Kampung Tok Has. Menjaga PDM Bukit Puteri yang dulu BN kalah pada PRU 13. Sememangnya untuk memenangi semula peti undi hanya pada dua bulan lepas, agak sukar. Namun itulah cabaran yang terpaksa dilakukan oleh jentera UMNO Kedah dalam PRK kali ini.
Mc sendiri berkesempatan turun ke kawasan berkenaan, sememangnya kawasan tersebut 'hijau' dan agak pekat, sukar untuk jentera UMNO tembusi. Mungkin disebabkan itu jentera UMNO Kedah ditugaskan kekawasan berkenaan.
UMNO Kedah turun dengan jentera pilihanraya kecil paling kuat yang diketuai oleh Datuk Rozai Speaker Dun negeri Kedah yang juga Ketua Bahagian UMNO Pendang. Turut bersama Rozai ialah Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena Harris Che Mat, yang sekarang ini menjawat jawatan sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Kedah.
Mc kagum melihat pergerakan jentera UMNO Kedah yang turun dari rumah ke rumah untuk membawa semangat gelombang biru kepada penduduk sekitar Bukit Puteri.
Berbekalkan semangat merampas semula Kedah dari tangan Pas, seorang demi seorang pemimpin UMNO Kedah turun berkempen bersama jentera Kedah di Bukit Puteri. Kempen semakin rancak apabila suntikan
semangat dari Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang turut turun padang meninjau beberapa tempat untuk bersama penduduk.
Selepas itu kemudiannya, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah bersama Datuk Seri Mahadir Khalid juga turun padang melawat kawasan sekitar bagi membela nasib rakyat di sekitar Bukit Puteri.
Dari permulaan waktu berkempen hinggalah sekarang, jentera UMNO Kedah terus menerus bertemu, mengadakan ceramah, penerangan dan melakukan aktiviti bersama rakyat.
Malah ketika Mc menemubual Harris Che Mat, beliau yakin bahawa untuk PRK kali ini, BN akan menang di PDM Bukit Puteri sekaligus kawasan yang selama ini hitam kepada BN Terengganu akan berjaya di putihkan.
Mengenai tentangan Pas di sana, Mc tak rasa Pas akan turun berkempen 'all out' kerana Pas merasakan Bukit Puteri adalah kubu kuat Pas dan mereka yakin akan kekalkan PDM tersebut menjadi fix deposit kepada Pas.
Keyakinan Pas itu menjadi senjata utama UMNO Kedah untuk terus bersama rakyat, kerana sewaktu Pas sibuk berkempen gila di PDM lain, mereka akan mengabaikan terus Bukit Puteri dan membiarkan penduduk disana rasa seolah-olah Pas tidak pedulikan mereka lagi.
Mc harap kempen ini akan terus berjalan hingga habis waktu kempen, kerana pada PRU yang lepas, BN kalah sebanyak 90 undi di Bukit Puteri, dan jumlah itu bukan sesuatu yang kecil bagi sebuah peti undi.
Namun berbekal jentera terkuat UMNO Kedah di sana, Insyallah PDM Bukit Puteri akan berjaya dimenangi oleh BN pada kali ini. Sama-sama kita doakan.
McTheory:
Dari masa kesemasa, akan update perkembangan disana..
HOT!! Dakwat Kekal Baru Pun Tak Kekal? #prkKualaBesut
Lepas ni puak Pakatan dah tak boleh nak bising kata dakwat kekal tak kekal. Kalau tak percaya tengok video kat bawah ni,
Basuh guna clorox pun tak keluar. Kalau nak buang juga dakwat tu, terpaksa kerat jari la kot. Harap video ini menjelaskan dulu sebelum puak pembangkang buat isu.
Sabtu, 20 Julai 2013
PANASS!! Video Penceramah Pas 'Hina' Sultan?! #prkKualaBesut
Mc agak terkilan apabila Takiyuddin cuba menjadi batu api dengan memainkan sentimen daerah, kononnya kerajaan negeri BN menganaktirikan rakyat Besut melalui perlantikan Menteri Besar. Beliau cuba menabur fitnah yang Idris Jusoh sengaja dipinggirkan dari terus menjadi MB selepas kemenangan BN PRU12 kerana beliau anak Besut tapi sedarkah Takiyudin yang hak untuk melantik MB adalah dibawah bidang kuasa Sultan Terengganu?
Dari percakapan beliau, nyata Takiyuddin SEDAR yang Sultan yang berkuasa melantik siapa yang baginda berkenan untuk menjadi MB.
Namun beliau tetap membangkitkan pemilihan MB itu sebagai satu isu menganaktirikan warga Besut, tidak kah itu seperti beliau mempertikaikan kuasa Sultan?
Apa sebenarnya yang sedang Takiyudin cuba sampaikan? Mencabar kuasa Sultan?
Kalau tak percaya boleh tengok video kat bawah,
McTheory:
Sampai kuasa Sultan pun dorang cabar?
EKSKLUSIF! Gambar MB Kedah Berkempen Di Kuala Besut!! #prkKualaBesut
![]() |
| Ziarah ramadhan di kampung Tok Has |
![]() |
| bersama jemaah masjid Kampung Tok Has |
![]() |
| Dijemput bagi tazkirah lepas Jumaat |
![]() |
| Bermesra dengan warga kampung Air Terjun |
![]() |
Laju MB Kedah berkempen di Pilihanraya Kecil Kuala Besut. Tak terkejar jentera nak ikut..tapi itulah cara kerja Datuk Mukhriz, betul-betul seperti Ayahandanya Tun Dr Mahathir. Pemimpin muda la katakan.
Tapi paling Mc tak boleh tahan bila dengar Datuk Mukhriz kecek Ganu, terer deh MB Kedah kecek Ganu, macam air. he he he..
McTheory:
MB boleh laju kempen, jentera takkan slow kot.. heh..
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)




.jpg)













