Maklumat ni Mc dapat bila berjalan dikampung-kampung sekitar Kuala Besut ni, macam-macam cerita Mc dengar.
Salah satunya cerita tentang kisah silam Che Long yang dikatakan dulu pernah 'menagih dadah' sewaktu dia muda dulu. Terkejut juga Mc dengar. Sebelum ni kita dah didedahkan dengan Che Long ada berpuluh saman jalanraya yang dah 14 tahun tidak dijelaskan, kemudian Che Long juga dikatakan jarang balik ke Kuala Besut kerana sibuk berniaga di Kelantan, almaklumlah kontraktor klas A. Kemudian Che Long ni bekas Pemuda UMNO yang belot disebabkan tiada jiwa UMNO dan lebih kejar kontrak dari berjuang untuk rakyat.
Orang macam Che Long rasanya layak ka jadi Wakil kepada rakyat Kuala Besut? Bukan nak pertikaikan dirinya tu, tapi latar belakang Che Long yang agak teruk dan kepentingannya untuk berniaga lebih dari jaga rakyat tu mendatangkan rasa sangsi kepada Mc.
Jika Mc sebagai orang luar pun sangsi, macam mana rakyat Kuala Besut boleh percayakan orang macam ni? Malah pada mula-mula Che Long dicalonkan jadi Pas, beliau juga pernah kata akan meneruskan bisnesnya dan meletakan 'orang upahan'nya di sini untuk menjaga Dun Kuala Besut.
Wakil rakyat apa ni, main 'sub' 'sub' DUN kepada orang lain. Dia ingat jaga DUN ni macam kontrak ka, maincon sub dekat subcon untuk jaga projek. Macam tu? Kalau macam tu, parah la DUN Kuala Besut jika Che Long ni jadi wakil rakyat, sebab mungkin dalam setahun hanya hari raya saja la mereka berpeluang untuk berjumpa dengannya. Sebab hari lain, Che Long di Kelantan sibuk berniaga!
Dah la latar belakangnya agak teruk, komitmennya untuk jaga kawasan pun boleh dipertikaikan, soo.. Mc harap orang Kuala Besut fikir elok-elok untuk buat keputusan.
BN tawar calon Abe Ku tu 20 kali lebih baik dari Che Long. Dah ada yang elok, nak pilih buat apa yang buruk tu kan?
McTheory:
Hanya yang kurang waras saja ambil benda yang tak elok tu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan