Selasa, 23 Julai 2013

PANASS! Muslimat Pas #KualaBesut Anti Che Long!




Tak sangka pulak ada puak Pas yang tolak calon mereka si Che Long ni. Ingat semua dah patuh pada pimpinan. Rupanya ada cerita disebalik tentang Che Long yang kita tak tahu.

Cerita tu  Mc ambil dari blog Keris7Lok,

Boleh baca ceritanya dibawah,

Petang tadi sengaja jalan-jalan di Seberang Barat, kebetulan berhenti untuk melihat suasana di sana yang Keris lihat agak tenang di waktu Ramadhan yang mulia ini. Terlihat sekumpulan muslimah PAS yang duduk tetapi tidak berkempen.

Mereka sekadar duduk di pondok mereka tanpa berbuat apa-apa. Keris mengambil kesempatan ini untuk bertanya beberapa perkara berkenaan dengan calon PAS Kuala Besut iaitu Che Long.

Secara tiba-tiba salah seorang daripada mereka mendengus menyampah. Eh! Keris hairan maka tanya lagi sehingga akhirnya mereka mendedahkan satu cerita hangat yang berkaitan dengan masalah dalam PAS.

Pertama menurut mereka, pihak muslimah berasa amat marah apabila calon lama mereka yang tewas kepada Allahyarham Dr. A Rahman tidak dicalonkan semula. Kemudian apa yang membuatkan pihak Muslimah Terengganu lebih panas hati adalah keputusan semua dibuat oleh PAS Kelantan.

Bukannya PAS Terengganu yang buat keputusan calon dan jadi pengarah pilihanraya. Kata mereka kalau ada ternampak muslimah yang meraih undi, itu semua import daripada PAS Pasir Puteh dan Kuala Selangor.

Dimaklumkan juga calon PAS sendiri tidak yakin untuk bertanding dan dia bagaikan 'boneka' kepada PAS Kelantan jika menang. Erti kata lain bagaikan calon ini bukan daripada Terengganu.


McTheory:
Rupanya boneka, patut la orang tempatan tak suka!!

Tiada ulasan: