Selasa, 23 Julai 2013

PANASS! Cerita Kurang Menarik Mengenai Jentera Pas di #KualaBesut!!


Tak ramai orang tahu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut sudah banyak malam tidak turun berkempan. Kerana beliau menganggap bahawa dirinya yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sebagai Pengarah Pilihanraya) disebabkan Kuala Besut dibawah Pas Terengganu.

Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada Pas Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut. Disebabkan itu Wahid Endut menghantar sms mempertikaikan Pas Kelantan mengetuai jentera di Kuala Besut.


Disebabkan itu, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Sabah, telah mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK dun Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri.

Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.

Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu. Malah sambutan dari Pas Kuala Besut sendiri pun kurang memberangsangkan.

Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun.

Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu.

Itu baru sikit kepincangan yang dihadapi oleh jentera Pas di sini. Mc diberitahu banyak lagi, kalau nak tau lagi boleh klik kat KLIK SINI


McTheory:
Sebab tu setiap kempen, ramai orang Kelantan dari Kuala Besut sendiri..

Tiada ulasan: