Ahad, 21 Julai 2013

INFO! Pengundian Awal dan dakwat Kekal di Kem Tentera Ada Masalah? #KualaBesut


Mc pagi tadi sempat memantau pengundian awal di markas tentera udara Gong Kedak. Ternyata, pengundian awal telah dijalankan di Markas Tentera Gong Kedak bagi Pegawai-Pegawai dan Anggota ATM, POLIS dan Pegawai-pegawai SPR yang bertugas pada Piliharaya kecil kali ini, berlangsung dalam keadaan yang cukup teratur.

Seramai 1,148 Pengundi yang akan mengundi awal pada hari ini.

Timbalan Datuk Wira Hj Wan Ahmad Wan Omar memaklumkan dakwat kekal pada kali ini lebih tahan lama dan yakin bahawa dakwat tidak akan hilang selepas 6 hari selepas pembuangan undi katanya.

Menyatakan tidak ada seorang pun rakyat malaysia yang mengundi lebih dari 2 kali kerana sebelum membuang undi,terlebih dahulu pemilih mendaftar nama di kerani pendaftar.

Pasal dakwat kekal Mc ada video yang menjawab, sama ada dakwat itu kekal atau tidak!

Tengok video kat bawah ni,



Basuh guna clorox pun tak keluar. Kalau nak buang juga dakwat tu, terpaksa kerat jari la kot. Harap video ini menjelaskan dulu sebelum puak pembangkang buat isu. Kalau dorang kata keluar juga, memang sah menipu la!


McTheory:
Tunggu la, macam mana pun mesti ada spin jahat nanti..

Tiada ulasan: