Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang
dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk
menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 53 daripada mereka mati
ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac
lalu.
Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh
pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran
kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.
Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada
pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan
amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.
Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu
dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang
ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.
“Pengganas berkenaan percaya pemakaian tangkal berkenaan menjadikan
mereka kebal dan dapat mengalahkan pasukan keselamatan. ~ Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan