Jumaat, 8 Mac 2013

HOT INFO! Presiden Filipina Dakwa Ada 'Dalang' Disebalik Pencerobohan di Sabah! #Pray4Sabah

MANILA – Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini berkata, terdapat tanda-tanda yang jelas wujudnya konspirasi dalam tindakan Jamalul Kiram III dan para pengikutnya menggunakan kekerasan dalam tuntutan mereka ke atas Sabah.

Presiden itu berkata, beliau tidak buta kepada tanda-tanda yang menunjukkan konspirasi dalam ketegangan berterusan itu.

Aquino kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau telah menerima laporan perisikan dan pihak berkuasa negaranya sedang memantau “orang berkepentingan” dalam isu Sabah.

Aquino berkata, semua individu yang bersetuju dengan tindakan Jamalul Kiram dilihat mengulangi baris-baris kata yang sama berulang kali.

GROUP: President Benigno S. Aquino III poses for photograph immediately after confering US Senator Daniel Inouye (7th from left) and US Senator Thad Cochican (6th from left) the Order of Sikatuna and Order of Lakandula respectively in a ceremony Monday in Malacanang. Standing from left are malacanang chief of protocol Manuel Perez-Rubio, House Speaker Feliciano Belmonte, Senate President Juan Ponce-Enrile,  DFA Secretary Albert del Rosario, President Aquino, Sen. Thad Cochican, Sen. Daniel Inouye and wife Irene, and US Ambassador to the Philippines Harry Thomas. (Photo by Gil Nartea/Malacanang Photo Bureau)

Beliau juga menyatakan bahawa Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu
Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah.

Aquino menzahirkan Jamalul Kiram tidak mampu membiyai operasi seperti itu.
Malah katanya, Jamalul Kiram yang menghadapi masalah buah pinggang, terpaksa menerima sokongan kewangan dari Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO) untuk melakukan rawatan dialisis dengan kerap.

“Dana untuk makanan, wang yang ditinggalkan, kumpulan yang disepadukan, kritikan yang senada, semuanya berarah kepada satu konspirasi,” katanya.

Aquino menegaskan beliau bukan bercakap tanpa bukti dalam tuduhannya bahawa wujud konspirasi dalam isu pencerobohan di Sabah.

Aquino menambah, beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata rundingan dengan kumpulan Jamalul Kiram tidak mungkin akan diadakan selepas kematian komando polis Malaysia minggu lepas.

Dalam satu kenyataan, Aquino memberitahu, Jamalul Kiram, salah satu daripada pihak yang menuntut Kesultaan Sulu, bahawa adalah tidak munasabah untuk meminta kefahaman “apabila anda meletakan pistol di kepala saya”. - Mynewshub

Tentu kita rasa pelik bila orang yang daif dan miskin mampu membiayai pencerobohan dengan senjata yang canggih. Malah jika dikira dengan teliti, kos pencerobohan mereka ke Malaysia dan senjata canggih, menelan belanja ratusan ribu ringgit.

Bagaimana seorang yang daif seperti Kiram ni mampu berbuat demikian? Siapa yang membiayai segala keperluan mereka untuk menceroboh ni? 

Kita kena tangkap si Kiram ni, dan paksa dia dedahkan siapa 'BOS' dia yang sebenar!

McTheory:
Jika orang Malaysia, kita hukum gantung saja dia tu.

Tiada ulasan: