Selasa, 5 Mac 2013

HOT! Lagi Durian Runtuh Untuk Pemegang Saham #FGV, Buat Mazlan Makin Meroyan!!


Bertuah badan sungguh pada pemegang saham FGV ni. Disebabkan keuntungan akhir tahun lepas, peneroka pemegang saham FGV telah diberi dividen mengikut lot yang mereka pegang. Kalau banyak, lot, makin banyak la dapat.

Lembaga Pengarah FGVH telah meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 8.5 sen sesaham yang akan dibayar ada tarikh yang akan diumumkan kelak. Kiranya pengarah FGVH akan buat sidang media rasmi pasal ni.

Semuanya disebabkan, dividen akhir ini adalah tambahan kepada pembayaran dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham yang dibayar pada 22 Oktober 2012, menjadikan jumlah dividen untuk tahun 2012 sebanyak 14 sen sesaham.

Malah pembayaran dividen ini dijangka akan memanfaatkan kira-kira 180,000 pemegang saham termasuk majoriti 112,635 peneroka yang merupakan pemegang saham FGV.

Di samping itu, melalui Tabung Amanah Peneroka, semua peneroka di seluruh negara akan menerima kira-kira RM550 setiap orang, daripada dividen akhir atas 20% saham yang dipegang oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berjumlah RM62.02 juta.

Ini adalah tambahan kepada RM40.13 juta daripada dividen interim 5.5 sen sesaham yang dibayar pada Oktober 2012, menjadikan jumlah disalurkan kepada Tabung Amanah Peneroka dalam tahun kewangan 2012 sebanyak RM102.15 juta.

Pada peneroka yang termakan racun Mazlan Aliman dan tidak menerima saham FGV. Mc rasa ia merupakan satu perkara yang amat rugi. Rezeki sudah didepan mata, namun bila termakan hasutan syaitan, rezeki dalam tangan pun boleh hilang.

Walaupun ekonomi negara dan dunia tak stabil, namun saham FGV tetap semakin kukuh dan menunjukan prestasi yang stabil. Malah syarikat FGVH juga makin mengukuhkan kedudukannya dalam negara dan antarabangsa.

Dalam keadaan tak berapa stabil pun untung besar, kalau ekonomi stabil, rasanya pemegang saham FGV makan tak habis la keuntungan mereka nanti.

Bila berita ni keluar, Mc teringin nak tengok muka Mazlan Aliman. Apa pula mangkuk hayun tu nak 'spin' lagi lepas ni. he he..


McTheory:
Meroyan lagi la Mazlan lepas ni.. heh..

Tiada ulasan: