Khamis, 14 Mac 2013

PANASS!! Pas Kantoi Sogok Duit Untuk Tarik Orang Muda! #PasRasuah


Bukan main lagi penyokong PAS sebelum ini menghentam UMNO kononnya UMNO membayar peserta-peserta konvoi terutamanya peserta-peserta konvoi Skuad Kembara TUKAR.

Hakikat sebenarnya adalah PAS tidak ada cara lain untuk menafikan kemampuan UMNO menarik sokongan rakyat Kelantan.

Hari ini, tuduhan yang dilontarkan penyokong-penyokong PAS terkena pada pihak mereka sendiri apabila sebuah video yang menunjukkan bakal calon PAS di DUN Gaal membayar wang bernilai RM50 kepada peserta-peserta konvoi PAS tersebar di Youtube.

Cerita ni Mc ambil dari blog TukarKelantan.




Jika dilihat di video, nampak seperti PAS membayar RM50 seorang. Banyaknya duit PAS sampai boleh bayar RM50 seorang! Kalaulah 1000 orang yang menyertai konvoi, didarabkan dengan RM50, sudah RM50,000 habis hanya untuk membayar peserta-peserta konvoi!

Nasib baiklah konvoi PAS tidak mendapat sambutan sebagaimana sambutan yang diberikan kepada Skuad Kembara TUKAR. Jadi tak perlulah PAS membayar jumlah wang yang banyak kepada peserta konvoi.

Hari ini penyokong-penyokong PAS yang mengatakan UMNO membayar peserta-peserta konvoi pastinya terduduk diam apabila terbukti pemimpin mereka sendiri membayar peserta-peserta konvoi.

Jika sebelum ini mereka menuduh UMNO membayar RM15 kepada peserta-peserta konvoi, di dalam video di atas pula PAS membayar RM50 seorang.

Persoalan yang timbul adalah di mana sumber PAS mendapatkan wang yang sebegitu banyak? Adakah derma Lebuhraya Rakyat disalurkan untuk tujuan seperti ini? Sama-sama kita menilai.


McTheory:
Jihad konon?? Puii!!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu bukan rasuah,itu sedekah

Tanpa Nama berkata...

itu bukan rasuah,itu sedekah

Mukmin (MZ) berkata...

Umngok yg kuat rasuah x nampak ke wahai blogger cerdik pandai. Haha.

Tanpa Nama berkata...

Mukminngok...itu rasuah le namanya..
Kalau dah buat salah jgn lah nak palit
pada org lain pulak...hamPAS

Tanpa Nama berkata...

sengkek betol la pengikut2 PAS nie..kesian ..sungguh memalukan parti yg membawa agama bru yg menyesatkan ini...sedar2 umat Islam yg takot pada Allah...