Mc cukup tertarik dengan gaya cerita dari TheUnspinners, tentang krisis Lahad Datu dan penghinaan barua-barua negara terhadap anggota polis yang terkorban,
Kurang ajar pembangkang ... jika pagi ini punya posting SINI tak cukup melihat penghinaan ke atas wira yang terkorban dan tercedera, rupanya ianya tak habis di situ.
Macam-macam dikata, dihina dan diperkecilkan kematian anak muda ...
Selain itu, cybertrooper DAP dan PKR dari kalangan bangsa asal pendatang berkata, "... our troop, who died, “coward” who run away when they heard gun shot."
Tahukah binatang-binatang ini bahawa tentera kita ditipu. Menurut konvensyen perang, apabila ada pihak mengangkat bendera putih, ini bermakna mahu menyerah kalah.
Ini kami juga ingin membetulkan kesalahan maklumat yang berkemundang di sana sini. Komando dan askar kita TIDAK tidak menyerang. Mereka TIDAK di ambush dengan mortar.
SEBENARNYA, pihak tentera SULU mengangkat bendera putih untuk KONON-KONON MENYERAH DIRI. Ketika Komando VAT69 berpangkat Inspector mula mendekati, mereka melakukan pukul curi dengan menghantar serangan mortar.
Ini sebabnya keluar kenyataan menjadikan kita hilang sabar. Baca Outsyed The Box SINI.
Wanita pun hilang sabar dengan Tian Chua yang mula menghina perwira kita. Pergerakan Wanita UMNO seluruh negara akan membuat laporan polis terhadap Tian CHua.
Patutnya juga dibuat laporan polis terhadap Anwar yang sudah banyak laporan keluar luar negara mengatakan dia adalah dalang kepada pencerobohan untuk memalukan pihak berkuasa kita.
Adakah Lt General Bersara Dato Ghafir ada juga terlibat? Juga Hady Al Khattab? Turut sama bekas polis Dato Fauzi Shaari?
Belum pun habis Dato Jat membuat kenyataan, petang tadi Wanita UMNO Sabak Bernam sudah buat laporan polis diketuai oleh Ketua Wanita Bahagian, Cik Siti Aminah. Ketua Wanita Negeri Sembilan, Dr Yati Omar telah membuat laporan polis di Kuala Pilah.
Patutnya puak Pakatan ni kena sensitif naluri seorang ibu yang kehilangan anak, berkorban untuk negara dan kini dihina dan diperkecilkan pengorbanannya memang tidak boleh ditahan kemarahannya. Jangan sekali memperkecilkan kekuatan semangat seorang ibu!!!
McTheory:
Puak Pakatan Haram Jadah ni, mana ada perasaan. Buta tuli, buta hati.
7 ulasan:
mereka menghina kerana yang TERKORBAN itu bukannya DARI KAUM KELUARGA ATAU SANAK SAUDARA MEREKA.kalau yang terkorban itu saudara atau keluarga mereka sudah pasti mereka akan menyalahkan KEREJAAN/UMNO pulak.
SAYA BERPENDAPAT, ELOK KITA LIHAT KEPADA PERMASALAHAN POKOK. SEMUANYA BERPUNCA DARIPADA UMNO YG RAKUS MAHU MEMPERTAHANKAN KUASA DGN MEMBERI IC KPD MEREKA. AKHIRNYA MEREKA LAWAN TUAN. INILAH KESANNYA. SOKONG LA LAGI UMNO. HIDUP MELAYU.
Bodohnya kenyataan dari tanpa nama 4.06 PTG.. Yang ceroboh Lahad Datu merupakan tentera kesultanan sulu dari Filiphina yang merancang mahu menuntut hak mereka.. Apasal pulak nak melalut kot lain.. aku dah semakin meluat dengan PR ni walau aku ni tak berapa suka UMNO.
mengapa semua benda nak kaitkan dengan politik.
Tk pyh nk mkritik la korang ni baik la prbetulkn diri dan dkatkn diri dgn allah sbb smua ni tanda2 nk kiamat islam dgn islam pn nk bunuh mbunum..renung2kn la.
Saya rasa ada sebab kerajaan beri kerakyatan pada mereka..mereka adalah dikalangan orang tempatan di Sabah pada suatu masa dahulu. Sesetengah bangsa Tausug yg mengikut Sultan Sulu ke kepulauan Sulu yg lalu diperintah oleh Kerajaan Filipina selepas ditakluk oleh kerajaan Spanyol..rasanya.maaf jika tersalah fakta..
Betul..mereka adalah orang Islam .itulah sebabnya rundingan lebih baik ..
Catat Ulasan